SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

JUMLAH KEMATIAN NAHAS BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS MUNGKIN AKAN MENGEJUTKAN???

Mangsa terkorban dalam nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands. Doktor dilaporkan sedang mengesahkan status mangsa di dalam bas belum dibawa naik lagi.
"Saya mendapat berita lebih 30 mangsa masih di dalam bas, status mereka belum diketahui lagi dan doktor sedang mengesahkan samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia," ujar sumber.

Walau bagaimanapun statistik itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

BERNAMA pula melaporkan, menurut pasukan Bomba dan Penyelamat, 33 dikhuatiri maut. Sebelum ini 19 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 antara mereka maut.

Jika benar kenyataan itu, maka itu antara kejadian paling ngeri berlaku di pusat peranginan tanah tinggi terkemuka di Malaysia itu. Seperkara lagi, bas terbabit dalam tragedi itu ternyata menbawa lebih penumpang, 49 orang, berbandung bilangan dibenarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan