SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 28 Ogos 2013

JENUH KUTIP DUIT DERMA, PAS KALAH PETISYEN DUN KLAWANG??????


Akibat terpedaya dengan hasutan dan taktik kotor Anwar Ibrahim, sekarang yang menanggung malu adalah PAS secara keseluruhannya. Selama ini, tanpa pengaruh Anwar Ibrahim, PAS boleh bertindak matang dan menghalusi setiap keputusan secara lebih bijak walaupun tak berapa bijak. Namun selepas PAS bergaul dengan Anwar Ibrahim, PAS tidak menjadi lebih bijak, bahkan Anwar Ibrahim seolah-olah KUDA TROJAN UMNO yang ditugaskan untuk melupuskan PAS dengan menjadikan parti yang ditubuhkan pada tahun 1951 itu sebagai sebuah parti yang dipenuhi oleh orang dungu serta berserakah besar.

Dari awal lagi, kepimpinan PAS telah menyatakan bahawa mereka menerika keputusan PRU13 dengan berlapang dada dan mengharapkan pada PRU akan datang, PAS akan menang lebih bergaya. Kepimpinan utama PAS pada asalnya mempercayai ketentuan yang telah dibuat oleh Allah Taala dengan UMNO dan Barisan Nasional sekali lagi dipilih sebagai Kerajaan Negara Malaysia.

Malangnya,

sebahagian besar pemimpin PAS yang sudah digula-gulakan dan tepredaya dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim, memilih untuk mengingkari wala' mereka kepada kepimpinan parti sendiri, sebaliknya lebih memilih untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin agung mereka. Konon-kononnya Anwar Ibrahim akan membawa mereka kepada kemenangan.

Hari ini, satu lagi petisyen yang dibuat oleh bekas calon PAS DUN Klawang, Dr. Rosli Yaakob telah ditolak oleh Mahkamah Pilihanraya Seremban. Rosli Yaakob kalah dengan majoriti 282 di tangan calon Barisan Nasional, Yunus Rahmat.

Penolakan petisyen itu membuatkan Rosli Yaakob terpaksa membayar sejumlah RM40,000 kepada Yunus dan pegawai SPR, Zaidi Johari dan SPR. Hakim Hue Siew Kheng telah menolak petisyen tersebut atas dasar terdapat kesilapan teknikal pada dokumen petisyen yang dihantar kepada mahkamah.

Sama seperti petisyen-petisyen lain yang dibuat sebelum ini, petisyen ini juga ditolak oleh mahkamah kerana fail dokumen tidak mengandungi nama orang yang membuat petisyen sebaliknya hanya nama peguambela. Menurut Hue, pembuat petisyen tidak memenuhi Artikel 9 dan 34 Undang-Undang dan Peraturan di mana dokumen petisyen mesti di atas nama pembuat petisyen, bukan peguam yang dilantik.

Itulah yang berlaku....

Tak mengapa, sekurang-kurangnya PAS cukup terkenal dengan kehebatan mereka mengumpul wang derma daripada penyokong. Pastinya jumlah kempen dan ceramah akan diperhebatkan di seluruh Klawang bagi mengumpul dana sebanyak RM40,000 itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan