@zahid_hamidi @NajibRazak..Kini semakin ramai penjenayah
berani mencabar kewibawaan dan kedaulatan serta keharmonian perpaduan
kaum di negara ini setelah Akta Darurat dan ISA dimansuhkan.Menurut
Sumber bernama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian
mendalam dan pandangan semua pihak. Beliau berkata kadar jenayah yang
semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan
Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah
terbaik bagi menanganinya.
Katanya, cadangan untuk
memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan
kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan
negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata
demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum
persefahaman (MoU) di antara kementerian dengan Syamille Agro Farm Sdn
Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di Putrajaya, Rabu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini
mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini
melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. Lapor benama.
Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan terdapat
segelintir generasi muda semakin berani mencabar undang-undang kerajaan.
Cadangan untuk men'wujud'kan ISA amatlah diharapkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan