Di
anggarkan hampir 300 orang yang terdiri daripada beberapa kumpulan NGO
seperti Pembela dan Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang berhimpun
sejak awal pagi tadi di hadapan Istana Kehakiman bagi mendengar
keputusan rayuan kerajaan berhubung pengunaan kalimah Allah di dalam
kitab Bible.....Namun apa yang menyedihkan apabila, tidak
ada seorang wakil kepimpinan tertinggi Pas yang hadir bagi menyatakan
sokongan terhadap isu kontroversi itu walaupun parti itu menyatakan
berjuang atas nama Islam.
Mungkin ada di kalangan mereka yang
akan mengatakan, kehadiran mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat
Isa adalah merupakan tanda parti itu menyokong perjuangan
mempertahankan kalimah Allah. Namun apakah mereka lupa, Nasharuddin yang
sinonim dengan panggilan Ustaz Nasha bukan lagi merupakan pemimpin
tertinggi parti itu.
Bukankah beliau telah dipecat sebagai ahli
Majlis Syura Pas? Malah parti itu juga tidak mencalonkan beliau untuk
bertanding bagi mewakili Pas dalam pilihan raya umum yang lalu kerana
dilihat ‘mesra’ dengan Umno. Oleh itu kehadiran Ustaz Nasha tidak boleh
diambil kira sebagai wakil kepada pemimpin tertinggi Pas.
Malah
ketika ditanya kepada mereka yang hadir, di manakah Nik Aziz, Hadi
Awang, Mat Sabu, atau setidak-tidaknya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin
Hassan? Mereka hanya memberikan senyum sinis sambil menggelengkan
kepala.
Paling menarik ada seorang pemuda yang mendakwa sebagai
bekas ahli parti itu mengatakan mungkin semua pemimpin Pas pusat masih
lagi ‘mabuk lemang’. Maklum sahajalah, raya kan sebulan, jawabnya dengan
nada yang berbaur sindiran.
Yang menghairankan, sekiranya
himpunan jalanan seperti Bersih, Black505 dan sebagainya diadakan,
merekalah (pemimpin Pas) antara yang paling awal menyatakan sokongan.
Walaupun pengerusi penganjur program tersebut adalah merupakan orang
yang sama menganjur dan menyokong ‘Seksualiti Merdeka’ yang amat jelas
bertentangan dengan Islam.
Kepada yang tidak mengetahui,
Seksualiti Merdeka adalah merupakan gerakan menuntut ‘hak kebebasan’
untuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] bagi
mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Persoalannya ialah, di manakah perjuangan Islam yang kononnya
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunah yang diperjuangkan oleh Pas? Apakah
perjuangan mempertahankan kalimah Allah ini tidak termasuk dalam cabang
perjuangan Islam?
Sedangkan isu yang diperjuangkan ini adalah
merupakan isu akidah umat Islam. Ini kerana kalimah Allah adalah
merupakan lafaz al-jalalah iaitu gelaran tertinggi dan paling mulia yang
digunakan oleh umat Islam untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan
kalimah itu termaktub lebih 20,000 kali di dalam al-Quran dan disebut
sebanyak 425 kali oleh umat Islam dalam solat lima waktu setiap hari.
Oleh yang demikian sebarang tindakan membiarkan mereka yang bukan Islam
menggunakan kalimah Allah bukanlah merupakan satu pendekatan toleransi
tetapi satu tindakan menggadaikan hak dan kedaulatan. Ia adalah
merupakan kalimah yang menjadi bahagian penting dari sudut pandangan
Islam dan jika kalimah ini dikaburkan, maka sudah tentu akan memberi
kesan kepada pemikiran dan akidah umat Islam.
Apa yang jelas,
di sebalik kemelut ini, Pas hanyalah merupakan sebuah parti politik sama
seperti PKR dan DAP dan bukannya parti yang memperjuangkan Islam
seperti yang di dakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan