Pakatan Rakyat merupakan sebuah parti politik yang amat
sinonim dengan kerosakan. Selama kewujudannya, parti itu hanya memainkan
peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas,
selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum,
agama mahupun sesama Islam. Malah, PR juga
dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu.....Pendek kata, sehingga
kini, tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini
walaupun parti itu membawa slogan keadilan, kebebasan dan hak asasi
manusia.
Tidak lama dahulu, PR begitu bangga apabila kerajaan
tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta
Hasutan. Kononnya, dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan,
kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan.
Walaubagaimanapun, hasil dari ‘perjuangan’ PR hanya membawa kerosakan
yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin
menjadi-jadi.
Apa yang pelik ialah PR bukan sahaja tidak
merasa bersalah, tetapi bertindak membela penjenayah pula. Beberapa
peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai tindakan polis
serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah. PR langsung menghiraukan
ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat.
Hakikatnya,
parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit dan memusing
fakta. Malah, antara personaliti PR yang paling lantang ialah Karpal
Singh, juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan homoseksual
Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya menjadi
pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat. Ini sudah
cukup untuk membuktikan betapa kotor, busuk dan jahatnya politik PR.
Secara dasarnya, peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia gelap.
Antaranya, bapa ayam, pengedar CD haram, pengedar dadah, gangster dan
berbagai-bagai lagi. Pendek kata, membela penjenayah sudah menjadi
tugas mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari dakwaan,
ganjarannya sudah pasti lumayan, tidak termasuk dengan jaminan
‘keselamatan’. Ini tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik
mereka pula.
Maka, tidak hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau Pinang, sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri.
Jika kita imbas kembali kes pembunuhan berprofil tinggi, Dato’
Sosilawati iaitu jutawan kosmetik yang terkemuka, kita akan dapati kes
tersebut juga dikaitkan dengan peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam
yang mana diketahui menjadi tulang belakang kepada PR.
Bukan
setakat kes berprofil tinggi, tetapi dalam kes-kes biasa juga PR sering
cenderung membela pesalah atau orang yang disyaki. Dalam isu
demonstrasi ganas BERSIH, PR langsung tidak mengambil kira tindakan
peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela keganasan
peserta. Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah engkar
arahan polis untuk berhenti, PR telah mengambil sepenuh kesempatan untuk
menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi kejadian.
Nampaknya, PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana sanggup
berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas dan
berbuat jenayah.
Justeru, kita jangan terkejut jika melihat
peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops
Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke
muka pengadilan. Kita pasti PR akan terus mempertahankan gangster
kerana gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan