Saya sangat
tertarik untuk mengulas mengenai proses pengundian Rang Undang-undang
Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang berlangsung pada
hari terakhir sidang DUN Kedah baru-baru ini....Menurut sumber, rang
undang-undang tersebut adalah berkaitan mengenai penularan fahaman Syiah
di mana satu enakmen perlu digubal bagi mencegahnya dari mempengaruhi umat Islam di negeri jelapang padi ini.
Apa yang mengejutkan saya, hasil pengundian itu menunjukkan seramai 21
ADUN BN menyokong rang undang-undang jenayah syariah itu, manakala 9
ADUN PAS membantah, 4 ADUN berkecuali dan 2 ADUN pembangkang memilih
untuk tidak mengundi.
Nah! 21 orang ADUN BN menyokong rang
undang-undang itu. Maknanya, semua ADUN BN sebulat suara menyokong
enakmen “anti-syiah” itu, termasuk ADUN-ADUN yang bukan beragama Islam!
Begitulah kesepakatan di sebelah pihak Kerajaan BN Kedah!
Namun
apa yang memusykilkan saya, mengapa sampai 9 orang ADUN PAS menolak
enakmen yang bakal menyelamatkan aqidah umat Islam dari bahaya Syiah
itu? Apakah mereka mahu Syiah terus berkembang di Kedah seperti di zaman
mereka???
Menurut sumber, ketika rang-rang undang-undang itu
diperbahas di sidang DUN tempohari, maka bangkitlah Ketua Pemuda PAS
Kedah, Ahmad Yahaya, bagaikan “mursyidul am buih pepsi cola”, menjual
ayat-ayat Al-Quran untuk meraih sokongan politik membantah kerajaan
memerangi Syiah.
Dia berhujah kononnya jenayah syariah di dalam
rang undang-undang itu fahamnya adalah mirip pada keperluan Hudud di
dalam perlaksanaannya. Dia menolak rang undang-undang itu kononnya
kerana ia tidak mengikut garis panduan hukum hudud…
Sekonyong-konyong itu, bangkitlah ADUN PAS yang paling senior di dalam
dewan, Datuk Phahrolrazi. Selamba saja dia berhujah mengatakan rang
undang-undang itu adalah berkaitan hukum takzir di mana hukum tersebut
boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa!
Terkedu
Ahmad Yahaya “ditampar” bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu di
dalam dewan! Tak perlu ADUN BN tampil “ketuk” kepala Ketua Pemuda PAS
Kedah, dia “diketuk” dulu oleh seniornya. Nak tunjuk pandai tak kena
tempat…
Berbalik pada persoalan pokok, mengapa sayang sangat
ADUN-ADUN PAS pada fahaman Syiah? Mereka bertanya di dalam dewan tentang
tindakan Kerajaan BN Kedah pada golongan berfahaman songsang itu. Tapi
mereka sendiri enggan menyokong kerajaan untuk bertindak?
Sebetulnya, rang undang-undang itu sudah tentu telah dikaji secara
mendalam oleh pihak yang berkenaan. Sudah tentu para ulama muktabar dan
Mufti telah dirujuk ketika membuat draf enakmen jenayah syariah
tersebut.
Mungkin mereka sendiri sedar bahawa rang
undang-undang itu benar-benar bakal memberi impak terhadap gerakan Syiah
yang semakin berani menonjol diri di Kedah. Mungkin takut hilang
sokongan politik, maka Ketua Pemuda PAS terpaksa berlakon “bodoh”
membantah enakmen “anti-syiah” itu....Atau, mungkin ada di kalangan ADUN
PAS Kedah sendiri yang berfahaman Syiah? Biasalah. Mereka diwajibkan
bertaqiyyah di khalayak umum. Apatah lagi mereka-mereka yang berada di
pentas politik, bukan?
Ada juga bunyi-bunyi sumbang dari
segelintir pemimpin PAS yang kononnya mahu tunjuk alim dan mengatakan
bahawa Syiah itu tidak semuanya sesat serta merupakan sebuah mazhab.
Pelik betul! Setahu saya, seluruh jumhur ulama Sunnah wal Jamaah
sepakat mengatakan bahawa Syiah itu bukan sebuah mazhab dan hanyalah
satu fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Maksudnya, Syiah tidak diiktiraf sebagai mazhab!
Jadi, apa
perlunya membantah rang undang-undang yang memerangi golongan yang
menghina dan mengkafirkan Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar RA dan
Sayyidina Uthman RA? Apakah PAS setuju supaya tiada sebarang tindakan
diambil pada golongan berfahaman songsang itu?
Khabarnya PAS
pejuang Islam sejati. “Pejuang” jenis apa yang menyokong Syiah
diamalkan? Atau PAS sendiri bertaqiyyah, barangkali?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan