Bahasa Malaysia dipandang ringan oleh mereka yang
bersikap rasis dan bencikan Raja Berperlembagaan yang melindungi
hak-hak keistimewaan orang Melayu yang merupakan TUAN TANAH MELAYU
yang kini dikenali sebagai Malaysia. Penghinaan yang berterusan
terhadap bahasa Melayu yang merupakan jiwa Melayu yang mencerminkan
identiti sebenar negara telah cuba dipesongkan dengan kasar dan tidak
berperikemanusiaan demi kerakusan politik.
Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai
bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi
dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan
1967.
Kesungguhan ramai bangsa Cina yang menghantar anak-anak
mereka ke sekolah Venakular Cina membuktikan pandangan dan jiwa mereka
terhadap bahasa Malaysia. Walaupun sudah berabad mereka berhijrah ke
Malaysia dari Negara Cina dan ramai juga bangsa Cina yang lahir di
Malaysia namun tahap kefasihan mereka berbahasa Malaysia amatlah rendah.
Kefasihan anak muda Cina berbahasa Inggeris jauh lebih baik
daripada kefasihan mereka berbahasa Malaysia. Mengapakah perkara ini
boleh berlaku? Kerajaan harus meneliti dengan lebih terperinci punca
masalah ini. Kita berada di negara Malaysia dan bahasa rasmi negara
juga adalah bahasa Malaysia. Begitu juga bahasa pertuturan majoriti
rakyat Malaysia. Namun kefasihan bangsa Cina berbahasa Malaysia berada
ditahap yang cukup teruk dan kritikal.
Malahan bangsa Cina di
negara kita dengan angkuh mendabik dada mengatakan bahasa Cina merupakan
bahasa yang jauh lebih baik dari bahasa Malaysia kerana ianya merupakan
kononnya bahasa antarabangsa . Oleh itu juga mereka telah menjadikan
kemasukkan anak mereka ke sekolah vernacular Cina satu kemestian
disamping perasaan rasis melampau mereka terhadap bangsa Melayu.
Kebanyakkan syarikat besar yang dimiliki oleh bangsa Cina di negara
kita juga telah meletakkan syarat fasih berbahasa mandarin sebagai
syarat utama memohon pekerjaan di syarikat mereka. Malahan kenaikkan
pangkat bangsa Melayu di syarikat Cina juga terbatas walaupun mereka
lebih berkelayakkan.
Mereka yang mendabik dada mengakui diri sebagai
warga negara, tetapi sedikit pun tidak mahu menunjukkan sikap
menyanjungi bahasa negara mereka menunjukkan gerakan memperlekehkan
bahasa Melayu dan mengagungkan bahasa Mandarin. Beberapa syarikat pemaju
perumahan pula hanya menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin
dalam risalah mengenai rumah yang mereka membangunkan untuk dijual
kepada orang ramai. Di Pulau Pinang sudah kelihatan tulisan Cina diberi
keutamaan pada papan tanda kedai tertentu bagi mengurangkan penggunaan
bahasa Melayu.
Bangsa Cina di Negara kita tidak boleh
menggunakan alasan bahawa mereka jauh lebih pandai dari bangsa Melayu
kerana hakikat sebenarnya bangsa Melayu jauh lebih bijak dari mereka
kerana kita mampu mencapai kemerdekaan hanya dengan jalan keamanan
sedangkan Negara China terpaksa menghapuskan Maharaja mereka dengan
pertumpahan darah yang banyak tetapi menukar Negara mereka kepada sebuah
Negara komunis yang menjalankan pemerintahan kuku besi yang menghadkan
jumlah harta yang boleh dimiliki termasuk juga jumlah anak atas alasan
samarata. Ianya seolah-olah menganggap rakyat hanyalah mesin yang tidak
berakal dan berperasaan.
Penghinaan secara langsung dan tidak
langsung terhadap Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara merupakan
jalan halus untuk membunuh jiwa bangsa. Kerajaan harus sedar bahawa
sekolah venakular Cina merupakan antara penyumbang terbesar masalah ini.
Ketegasan kerajaan bertindak membendung masalah ini amat diperlukan
kerana ianya akan terus merosakkan dan memamah perpaduan rakyat yang
bakal mencipta sekali lagi tragedi 31 Mei.
Apabila bangsa
Melayu terus ditindas oleh bangsa Cina dari segi ekonomi, Ketuanan
Melayu, Agama Islam dan Bahasa Melayu maka akan sampai masa disatu tahap
maka bangsa Melayu bangkit melawan penindasan kaum Cina yang bakal
memusnahkan perpaduan Negara. Maka kerajaan harus bertindak membenteras
penindasan yang berterusan secara terang dan tersembunyi ini bagi
menjaga keharmonian yang selama ini telah banyak dikorbankan oleh bangsa
melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan