AZMIN TERAGAK - AGAK CERITA PASAL JAWATAN PRESIDEN????
Kalau kita tengok
kenyataan Si Azmin bila ditanya mengenai jawatan Presiden PKR, nampak
sangat dia teragak - agak untuk memberikan jawapan.....Apa yang jelas,
Si Azmin tu hanya dilihat cuba untuk mengalih perhatian dengan
mengaitkan isu - isu lain yang tidak menjurus kepada soalan asal.
Tak sampai setengah baris ayat, dia dah mula beralih kepada soalan lain
yang berkaitan dengan isu hubungan Si Khalid Gagap tu yang ditimbulkan
sebelum ini.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini
menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden
menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu yang
dijadualkan awal tahun depan.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, ahli Parlimen Gombak itu
menegaskan fokus utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda
akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam
tempoh lima tahun akan datang.
"Itu (soal bertanding jawatan
Presiden) kita bincang kemudian ... saya nak fokus kerja supaya PR boleh
gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR,"
katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbukanya di Ampang, merujuk
kepada Pakatan Rakyat.
"Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik," katanya lagi.
Azmin juga turut menepis dakwaan wujudnya agenda memboikot Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan media
sebelum ini, sebaliknya mengakui hubungan beliau selaku Pengerusi PKR
Selangor amat rapat dengan Abdul Khalid yang juga merupakan Pengerusi PR
Selangor.
"Kita ada muafakat cukup baik ... wacana agak
berkala bagaimana parti boleh b ersama kerajaan negeri melaksanakan
manifesto. Hubungan kerja cukup baik, jangan layan fitnah dan tohmahan,"
katanya lagi.
Beliau juga berkata, hasil perbincangan ketika
temu rapat antara pemimpin PR di Pulau Pinang yang berlangsung pada Ahad
dan Isnin lalu juga perlu dilaksanakan.
"Kita nak selaraskan
dan laksanakan apa yang kita bincangkan di temu rapat," katanya ringkas,
sebelum kembali melayan tetamu di jamuan rumah terbukanya.
Dulu pun
masa nak bertanding jawatan Timbalan Presiden, Si Azmin ni pernah juga
mengeluarkan kenyataan yang sama. Tapi akhirnya?
Nah! Itu
sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa puak - puak PKR ni hanya
mementingkan diri sendiri. Diorang bukannya peduli sangat dengan benda
lain. Janji dapat kuasa. Itu je tujuan diorang pun!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan