Anwar dah terlekat baulu dah semuanya gara-gara
tersedak apabila membaca kenyataan Presiden kelab Wartawan Muda
Malaysia.Hihihi baru dia tau !Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim digesa membuktikan dakwaan kononnya pengedaran surat misteri
tentang 'urus niaga' beliau bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah
konspirasi UMNO.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain
Taib berkata, Anwar tidak perlu berdolak-dalik dalam menafikan
dakwaan menerusi surat itu sebaliknya mengemukakan bukti kukuh.
Dalam masa sama, beliau mendesak Anwar mengisytiharkan aset yang
dimiliki secara terbuka sekali gus menolak kebenaran dakwaan menerusi
surat tersebut.
"Sebagai pemimpin, Anwar mesti menunjukkan
sikap amanah terhadap rakyat, bukannya hanya mencanangkan kepada umum
demi kepentingan sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini, bekas calon BN Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail
mendedahkan menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks
Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' bernilai puluhan juta antara
Anwar dengan Karpal.
Namun, ketika membuat laporan polis
berhubung pengedaran surat misteri tersebut, Anwar dan Karpal menafikan
dakwaan 'urus niaga' berkenaan sebaliknya mendakwa perkara itu sebagai
fitnah UMNO.
Mengulas isu sama, Pengerusi Gabungan Anti
Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar
bertanggungjawab menjelaskan isi kandungan surat itu sesuai dengan
kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.
Tambahnya, tindakan Anwar yang terus menyalahkan pihak lain dalam
sebarang isu yang dikaitkan dengan beliau tidak akan menyelesaikan
masalah dan dalam masa sama menafikan hak rakyat untuk mengetahui
kebenaran.
Menurut beliau, Anwar sepatutnya tidak berasa takut
membuat penjelasan berkenaan pendedahan surat misteri tersebut kepada
umum sekiranya berasakan beliau berada di pihak benar..?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan