SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 18 Ogos 2013

ANWAR TAK BERANI SAMAN DR. MAZLAN DAN YUKTEV TAPI BERLAGAK DENGAN LAPORAN POLIS????


Kalau kenal Anwar Ibrahim, sudah tentulah akan dapat menjangka, apakah yang akan dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu setiap kali dia melihat ada ruang untuknya melepaskan diri daripada perbuatan jahatnya dan menutup mulut pihak lawan.....
Malangnya, tindakan saman dengan jumlah ratusan juta ringgit sebagaimana yang sering dilakukannya, tidak pula dilakukan kali ini walaupun pendedahan yang dibuat oleh calon BN Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail dan bekas pembantu peguamnya, boleh menimbulkan implikasi yang amat besar terhadap Anwar Ibrahim.

Mengapa agaknya Anwar Ibrahim terlalu takut dengan surat-surat serta butiran terperinci yang telah diserahkan oleh Dr. Mazlan kepada SPRM? Mengapa agaknya Anwar Ibrahim langsung tidak memanggungkan kepala dan mencari-cari jawapan yang paling kelakar untuk menjawab tuduhan Yuktev bahawa dia menipu sijil sakit bagi menangguhkan perbicaraan liwatnya berkali-kali?

Kebelakangan ini, Anwar agak kurang menonjol berbanding sebelum-sebelumnya. Pelbagai cara telah digunakan oleh Anwar Ibrahim termasuklah membesar-besarkan lagi temberangnya konon dia sepatutnya yang jadi Perdana Menteri Malaysia kerana Pakatan Rakyat menguasai 53% undi popular berbanding BN yang hanya mendapat 47% undi popular.

Anwar Ibrahim masih lagi memperkatakan tentang undi popular, walaupun sistem di Malaysia ialah sistem penguasaan jumlah kerusi, bukannya penguasaan jumlah undi keseluruhan. Pelbagai temberang yang dibuat oleh Anwar Ibrahim untuk menolak keputusan PRU-13 yang memberi kelebihan kepada Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak, termasuklah kisah 40 ribu orang Bangla dan black-out di pusat-pusat penjumlahan undi.

Bagaimanapun, di sebalik pekik sorak dan salakan kuat, akhirnya yang dibuat laporan polis hanyalah berkenaan dakwat kekal. Sedangkan pada masa yang sama, laporan tentang dakwat kekal itu pula langsung tidak disertakan dengan bukti wujudkan pengundian lebih dari sekali.

Hanya golongan yang memang bodoh sahaja yang akan terus mempercayai Anwar Ibrahim, atau golongan pemimpi yang mengharapkan satu keajaiban berlaku berpunca daripada kata-kata temberang Anwar Ibrahim!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan