SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Februari 2014

Diibaratkan Sudah Bercerai, Disaman Pula Oleh Raja #1Malaysia #Kajang #PRKKajang??????

Photo: Diibaratkan Sudah Bercerai, Disaman Pula Oleh Raja #1Malaysia #Kajang #PRKKajang??????Kali ini Nurul Izzah bertemu buku dengan ruas kerana slogan biar berputih tulang Raja Nong Chik tak akan layan penyelesaikan kes diluar Mahkamah. 

Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini. Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu. Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala LumpurKali ini Nurul Izzah bertemu buku dengan ruas kerana slogan biar berputih tulang Raja Nong Chik tak akan layan penyelesaikan kes diluar Mahkamah.

Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini. Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu. Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur.
 

NGO tawar ganjaran RM1,200 tampar Teresa Kok????

Photo: NGO tawar ganjaran RM1,200 tampar Teresa Kok????Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
“Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200,” kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
“Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita.”
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.
Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
“Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita,Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
“Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200,” kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
“Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita.”
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.
Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.
“Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita.

BERI AMARAN PALING KERAS TERHADA PEMIMPIN CINA DAP & PKR BIADAP???

Photo: BERI AMARAN PALING KERAS TERHADA PEMIMPIN CINA DAP & PKR BIADAP???Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh rakyat biasa dan ahli NGO diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur semalam.Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu beragama Islam.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh rakyat biasa dan ahli NGO diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur semalam.

Biadap sungguh macai PR ni, kenapa mereka perlu biadap sampai macai ni sekali ????

Photo: Biadap sungguh macai PR ni, kenapa mereka perlu biadap sampai macai ni sekali ????Inilah yang puak puak PR sanjung sangat dengan mamat ni...walaupun dengan kata kata tak elok sekali pun.
Inilah yang puak puak PR sanjung sangat dengan mamat ni...walaupun dengan kata kata tak elok sekali pun.

SPR, Bila Bermulanya Tempoh Berkempen PRK Kajang?”????

Photo: SPR, Bila Bermulanya Tempoh Berkempen PRK Kajang?”????Sekadar bertaraf pemerhati, penulis amat terganggu dengan tindakan PKR yang sudah pun memulakan kempen untuk pilihanraya kecil Kajang sejak beberapa hari yang lalu.

Apa yang lebih membimbangkan, kempen ini telah pun dijalankan sebelum Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting untuk PRK Kajang. Semalam, 5 Februari 2014, SPR mengumumkan bahawa tarikh pengundian umum untuk PRK Kajang adalah pada 23 Mac 2014.

Pada pengetahuan penulis, selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah.   Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Namun, apa yang sedang berlaku di Kajang pada ketika ini sangat kontra dengan apa yang menjadi amalan SPR yang berlandaskan undang-undang pilihanraya.

Anwar hadir di Masjid Kg Batu 10 pada 31 Januari 2014, dan mengatakan bahawa kedatangannya bukanlah untuk berkempen pilihanraya, sebaliknya sekadar ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di Kajang.

Pada 3 Februari 2014, dua hari sebelum SPR bermesyuarat, PKR telah mengadakan program Pelancaran Jentera PRK Kajang di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Masyarakat Hulu Langat. Isi kandungan program? Penuh dengan ayat-ayat politik!

Pada 5 Februari 2014, PKR menganjurkan majlis Hi-Tea bersama Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Komuniti DUN Kajang yang juga penuh dengan ayat-ayat politik. Ia diikuti dengan tazkirah politik di Surau Taman Muhibah dan ceramah Perdana di Taman Kajang Baru, Sungai Jelok.

Bukankah ini juga disifatkan sebagai berkempen?

Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim secara terang-terangan memberitahu kepada umum akan perjalanan kempen di laman sosial Facebook miliknya. Dan mengikut maklumat, program kempen ini akan berlangsung sehingga tarikh PRK Kajang iaitu 23 Mac 2014.

Bukankah mengikut undang-undang, waktu berkempen ialah selepas penamaan calon? Dan jika mengikut keputusan mesyuarat SPR, tempoh berkempen hanya akan bermula pada 11 Mac 2014.

Sikap membisu SPR berhubung perkara ini dikhuatiri akan membuatkan penguatkuasaan undang-undang pilihanraya menjadi lemah dan dimanipulasi oleh PKR itu sendiri.

SPR harus bertindak segera, sebagaimana SPR bertindak dengan mengecam Ahmad Maslan baru-baru ini. SPR harus perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya.

Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka ‘tidak bertaring’ dan takut kepada tekanan dari Anwar Ibrahim dan sekutunya.
Sekadar bertaraf pemerhati, penulis amat terganggu dengan tindakan PKR yang sudah pun memulakan kempen untuk pilihanraya kecil Kajang sejak beberapa hari yang lalu.

Apa yang lebih membimbangkan, kempen ini telah pun dijalankan sebelum Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting untuk PRK Kajang. Semalam, 5 Februari 2014, SPR mengumumkan bahawa tarikh pengundian umum untuk PRK Kajang adalah pada 23 Mac 2014.

Pada pengetahuan penulis, selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Namun, apa yang sedang berlaku di Kajang pada ketika ini sangat kontra dengan apa yang menjadi amalan SPR yang berlandaskan undang-undang pilihanraya.

Anwar hadir di Masjid Kg Batu 10 pada 31 Januari 2014, dan mengatakan bahawa kedatangannya bukanlah untuk berkempen pilihanraya, sebaliknya sekadar ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di Kajang.

Pada 3 Februari 2014, dua hari sebelum SPR bermesyuarat, PKR telah mengadakan program Pelancaran Jentera PRK Kajang di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Masyarakat Hulu Langat. Isi kandungan program? Penuh dengan ayat-ayat politik!

Pada 5 Februari 2014, PKR menganjurkan majlis Hi-Tea bersama Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Komuniti DUN Kajang yang juga penuh dengan ayat-ayat politik. Ia diikuti dengan tazkirah politik di Surau Taman Muhibah dan ceramah Perdana di Taman Kajang Baru, Sungai Jelok.

Bukankah ini juga disifatkan sebagai berkempen?

Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim secara terang-terangan memberitahu kepada umum akan perjalanan kempen di laman sosial Facebook miliknya. Dan mengikut maklumat, program kempen ini akan berlangsung sehingga tarikh PRK Kajang iaitu 23 Mac 2014.

Bukankah mengikut undang-undang, waktu berkempen ialah selepas penamaan calon? Dan jika mengikut keputusan mesyuarat SPR, tempoh berkempen hanya akan bermula pada 11 Mac 2014.

Sikap membisu SPR berhubung perkara ini dikhuatiri akan membuatkan penguatkuasaan undang-undang pilihanraya menjadi lemah dan dimanipulasi oleh PKR itu sendiri.

SPR harus bertindak segera, sebagaimana SPR bertindak dengan mengecam Ahmad Maslan baru-baru ini. SPR harus perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya.

Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka ‘tidak bertaring’ dan takut kepada tekanan dari Anwar Ibrahim dan sekutunya.

Anwar Akan Ubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988????

Photo: Anwar Akan Ubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988????Wawancara Malaysiakini.com dengan bakal Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan sikap jelas bahawa beliau akan mengubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan mendesak enakmen ini dipinda bagi menjaga kepentingan agama selain Islam. Mereka mendesak dikaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia

(a) dalam mana-mana penerbitan; atau

(b) dalam ucapan awam atau kenyataan;

(c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau

(d) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan,

menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Ketika ditanya oleh Malaysiakini.com, bekas Presiden Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) seperti biasa memberi jawapan berdolak dalih dalam isu yang boleh memerangkap beliau.

Namun secara tersirat beliau memberitahu bahawa Enakmen ini akan dipinda.

Secara terselindung beliau memberi analogi berikut:

If Anwar becomes Selangor menteri besar, would he then support a change in the state enactment to bar non-Muslims from using ‘Allah’?

In answer, he related the anecdote of a Permatang Pauh Muslim scholar who had questioned him as to why non-Muslims want to change the enactment.

“I told him, Tuan Guru, if you have a non-Muslim living on Jalan Masjid, then technically he cannot use the term ‘Jalan Masjid’.

“(The scholar) said, ‘He can.’ I said, ‘But this is the law.’ Then he was shocked and his immediate reaction was (that) you have to correct the law, not knowing the implications.

“So I think we have to explain. People say, no, we change the law. But I think give it time, we have to explain. Don’t underestimate or overestimate your influence or power without engaging with the people.”

Terjemahan longgar:

Adakah Anwar maka menyokong perubahan dalam enakmen negeri bagi menghalang orang bukan Islam daripada menggunakan ‘Allah’ jika beliau menjadi Menteri Besar Selangor?

Sebagai jawapan, Anwar menceritakan anekdot seorang ulama Permatang Pauh Islam yang telah bertanya kepadanya tentang mengapa orang bukan Islam mahu mengubah enakmen itu.

“Saya memberitahu beliau, Tuan Guru, jika seorang bukan Islam tinggal di Jalan Masjid, maka secara teknikal dia tidak boleh menggunakan istilah ‘Jalan Masjid’ itu.

“Tuan guru itu berkata, ‘Dia boleh guna nama Jalan Masjid’.”

“Saya (Anwar) berkata, ‘Tetapi ini adalah undang-undang’. Kemudian dia terkejut dan reaksi segera beliau (yang) anda perlu membetulkan undang-undang, tanpa mengetahui implikasinya.”

“Jadi saya fikir kita perlu menjelaskan. Orang kata, tidak, kita menukar undang-undang. Tetapi saya fikir memberikan masa, kita perlu menerangkan. Jangan memandang rendah atau harga yg terlalu tinggi pengaruh atau kuasa anda tanpa melibatkan dengan orang ramai.

Beliau bukan sahaja akan mengubah Enakmen tersebut malah beliau juga mendedahkan bagaimana beliau telah menipu seorang ulama di Permatang Pauh mengenai isu ini.

Amatlah mustahil Anwar Ibrahim tidak memahami Enakmen 1988 ini yang jelas larangan penggunaan perkataan-perkataan tertentu adalah terhadap kegiatan: “untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.”

Apa kena mengena alamat Jalan Masjid tersebut dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988? Jawapannya tidak ada. Bukan Islam bebas mengguna dan menyebutnya asalkan ia bukan dalam konteks penyebaran agama lain seperti menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah atau Gereja kepada Masjid.

Sangat menghairankan sampai begitu sekali Anwar Ibrahim sanggup menipu ulama kampung demi kepentingan politiknya.Wawancara Malaysiakini.com dengan bakal Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan sikap jelas bahawa beliau akan mengubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan mendesak enakmen ini dipinda bagi menjaga kepentingan agama selain Islam. Mereka mendesak dikaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia

(a) dalam mana-mana penerbitan; atau

(b) dalam ucapan awam atau kenyataan;

(c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau

(d) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan,

menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Ketika ditanya oleh Malaysiakini.com, bekas Presiden Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) seperti biasa memberi jawapan berdolak dalih dalam isu yang boleh memerangkap beliau.

Namun secara tersirat beliau memberitahu bahawa Enakmen ini akan dipinda.

Secara terselindung beliau memberi analogi berikut:

If Anwar becomes Selangor menteri besar,

Alasan Rafizi Dangkal – Faekah Husin????

Photo: Alasan Rafizi Dangkal – Faekah Husin????Bekas setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyelar kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang sebelum ini cuba mempertahankan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim sebagai ‘dangkal’.
Bagi mempertahankan tindakan bodoh parti itu, yang mengkhianati amanah rakyat, Rafizi mengatakan kehadiran Anwar bertanding di Kajang adalah penting untuk menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) dari menggunakan situasi darurat untuk merampas negeri itu.
“Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri dan ia pernah berlaku sebelum ini,” katanya sebelum ini.

Faekah yang dipetik melalui laman twitternya pada 4 Februari lalu, menyifatkan kenyataan Raizi itu sebagai ‘dangkal’kerana cuba menjadikan alasan yang tidak masuk akal itu untuk memujuk hati rakyat yang sedang marah dengan permainan ‘politik kotor’ PKR.
Menurut laman web rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud bagi bagi penggunaan perkataan ‘dangkal’ ialah :
1.    Tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu) atau cetek.
Sila rujuk : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dangkal%3B&d=10
Paling menarik apabila, ‘tweet’ faekah itu turut di sokong oleh para penyokong parti PKR yang jelas tidak bersetuju dengan cara yang digunakan. Ia juga secara tidak langsung membuktikan parti itu sanggup mengkhianati amanah rakyat dan mempermainkan sistem demokrasi semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi Anwar.
Berikut adalah antara komen yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Faekah itu:
Berguling-guling baca kak. Patut bagi tahu je yang betul. Tak ada la (kena) kutuk-kutuk – JDT Scouse
It is hilarious how your chief strategist @rafiziramli spins strategy but surprisingly @Ambiga_S believes it – Rais Hussin
Awat la bodoh piang sangat si rafizi ni? – Abu Hanim
Bila kera dapat kuasa, pisang di sangka senjata.. itu je standard pengarah strategi #wasted – Tuan Penasihat
Bagus ler @faekah_qkn5 sudah tahu rafizi ni dengkal dan bodoh sombong @HasniYatim @MediaSelangorku – Ismail Ahmad
Pilihan raya kecil dah jadi pilihan raya kelakar. Tak rasional langsung – Khairi al-Attas
Bila sudh tepu + tiada lg justifikasi yg kukuh utk mmberikn alasan = merapu? – RasbimaBekas setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyelar kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang sebelum ini cuba mempertahankan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim sebagai ‘dangkal’.
Bagi mempertahankan tindakan bodoh parti itu, yang mengkhianati amanah rakyat, Rafizi mengatakan kehadiran Anwar bertanding di Kajang adalah penting untuk menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) dari menggunakan situasi darurat untuk merampas negeri itu.
“Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri dan ia pernah berlaku sebelum ini,” katanya sebelum ini.

Faekah yang dipetik melalui laman twitternya pada 4 Februari lalu, menyifatkan kenyataan Raizi itu sebagai ‘dangkal’kerana cuba menjadikan alasan yang tidak masuk akal itu untuk memujuk hati rakyat yang sedang marah dengan permainan ‘politik kotor’ PKR.
Menurut laman web rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud bagi bagi penggunaan perkataan ‘dangkal’ ialah :
1. Tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu) atau cetek.
Sila rujuk : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dangkal%3B&d=10
Paling menarik apabila, ‘tweet’ faekah itu turut di sokong oleh para penyokong parti PKR yang jelas tidak bersetuju dengan cara yang digunakan. Ia juga secara tidak langsung membuktikan parti itu sanggup mengkhianati amanah rakyat dan mempermainkan sistem demokrasi semata-mata untuk memenuhi agenda peribadi Anwar.
Berikut adalah antara komen yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Faekah itu:
Berguling-guling baca kak. Patut bagi tahu je yang betul. Tak ada la (kena) kutuk-kutuk – JDT Scouse
It is hilarious how your chief strategist @rafiziramli spins strategy but surprisingly @Ambiga_S believes it – Rais Hussin
Awat la bodoh piang sangat si rafizi ni? – Abu Hanim
Bila kera dapat kuasa, pisang di sangka senjata.. itu je standard pengarah strategi #wasted – Tuan Penasihat
Bagus ler @faekah_qkn5 sudah tahu rafizi ni dengkal dan bodoh sombong @HasniYatim @MediaSelangorku – Ismail Ahmad
Pilihan raya kecil dah jadi pilihan raya kelakar. Tak rasional langsung – Khairi al-Attas
Bila sudh tepu + tiada lg justifikasi yg kukuh utk mmberikn alasan = merapu? – Rasbima

PRK Kajang: Kena Kat Kamu, Resign, Kena Kat Aku, Dicalonkan?????

Photo: PRK Kajang: Kena Kat Kamu, Resign, Kena Kat Aku, Dicalonkan?????BAGI memelihara integriti parti dan kerajaan di mata rakyat, mana-mana pemimpin BN/UMNO yang dikaitkan dengan kes salah laku jenayah dan moral, mereka perlulah meletakkan jawatan kerajaan yang dipegang  dan menyelesaikan kes masing-masing di Mahkamah terlebih dahulu.

Tujuannya bagi memelihara imej parti dan kerajaan dari dikaitkan dengan salah laku tersebut sepanjang perbicaraan berjalan.

Jawatan sebagai wakil rakyat itu lain, kerana tidak ada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan wakil rakyat yang di dakwa di Mahkamah untuk meletakkan jawatan, melainkan telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi tempoh satu tahun atau denda melebih RM 2,000.

Inilah amalan UMNO/BN sejak zaman berzaman, melihat kepada beberapa kes antaranya melibatkan bekas Menteri Besar Selangor (kes bawa wang keluar), bekas Ketua Menteri Melaka (dakwaan rogol) dan beberapa orang lagi.  Kesemua mereka meletakkan jawatan untuk menghadapi kes mereka di Mahkamah.

Malah ada juga Menteri Kabinet yang terpaksa meletakkan jawatan berikutan suaminya menghadapi pertuduhan menyeleweng pinjaman mudah yang diberikan kerajaan berhubung satu projek penternakan lembu.  Macam itu sekali UMNO/BN memelihara intergriti parti dan kerajaan dari salah laku yang mungkin dilakukan pemimpinnya, termasuk ahli keluarga mereka.

Pembangkang bila tahu konsep yang macam itu diamalkan BN, mereka melebih-lebih pulak.  Baru dengar dakwaan hearsay sana sini, dah disuruhnya pemimpin kerajaan yang berkenaan meletakkan jawatan, walhal tidak ada pertuduhan di Mahkamah pun sampai sudah.

Sedangkan dalam masa yang sama, bila perkara serupa berlaku dalam parti mereka, lagi orang itu dihadapkan ke Mahkamah (apatah lagi disabitkan dengan kesalahan), lagilah hebatlah orang itu diarak menjadi pemimpin sehingga ke tahap jadi Perdana Menteri.  Kononnya semua dakwaan dan tuduhan tersebut adalah fitnah walaupun beberapa mahkamah dah sahkan yang perkara itu memang berlaku.

Dalam kes Anwar Ibrahim, dia sekarang sedang menghadapi proses rayuan oleh pendakwaraya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya dari dakwaan kes liwat pada Januari 2012, yang mana kalau didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan jawatannya sebagai wakli rakyat akan gugur secara automatik.

Sebelum ini, 10 Mahkamah mengesahkan pembabitan Anwar dalam hubungan seksual termasuk Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya dari dakwaan tersebut (teknikal) pada 2004.

Tapi dengan semua kemungkinan macam itu, pun dia masih ligat mengejar jawatan.  Tak cukup jadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia nak jadi ADUN dan Menteri Besar Selangor pulak dah.  Pelik tu, ramai jugak yang menyokong, sungguh penulis tak faham politik apa yang macam ini.

Masa inilah rakyat perlu menilai perbezaan antara 2 pihak ini, BN dan pembangkang.  Pemimpin BN, kita tidak mabuk kuasa, malah kuasa yang ada diagihkan sama rata biar semua merasa.  Pembangkang, cerita lain, semua orang bodoh, melainkan Anwar Ibrahim, sampaikan nak jadi Menteri Besar Selangor pun kena import juga orang dari Cheruk Tok Kun sana.

Kalau bersih macam kain putih takpe juga, ini kusut masai macam kain lap pinggan (banyak kes Mahkamah dan salah laku moral).BAGI memelihara integriti parti dan kerajaan di mata rakyat, mana-mana pemimpin BN/UMNO yang dikaitkan dengan kes salah laku jenayah dan moral, mereka perlulah meletakkan jawatan kerajaan yang dipegang dan menyelesaikan kes masing-masing di Mahkamah terlebih dahulu.

Tujuannya bagi memelihara imej parti dan kerajaan dari dikaitkan dengan salah laku tersebut sepanjang perbicaraan berjalan.

Jawatan sebagai wakil rakyat itu lain, kerana tidak ada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan wakil rakyat yang di dakwa di Mahkamah untuk meletakkan jawatan, melainkan telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara melebihi tempoh satu tahun atau denda melebih RM 2,000.

Inilah amalan UMNO/BN sejak zaman berzaman, melihat kepada beberapa kes antaranya melibatkan bekas Menteri Besar Selangor (kes bawa wang keluar), bekas Ketua Menteri Melaka (dakwaan rogol) dan beberapa orang lagi. Kesemua mereka meletakkan jawatan untuk menghadapi kes mereka di Mahkamah.

Malah ada juga Menteri Kabinet yang terpaksa meletakkan jawatan berikutan suaminya menghadapi pertuduhan menyeleweng pinjaman mudah yang diberikan kerajaan berhubung satu projek penternakan lembu. Macam itu sekali UMNO/BN memelihara intergriti parti dan kerajaan dari salah laku yang mungkin dilakukan pemimpinnya, termasuk ahli keluarga mereka.

Pembangkang bila tahu konsep yang macam itu diamalkan BN, mereka melebih-lebih pulak. Baru dengar dakwaan hearsay sana sini, dah disuruhnya pemimpin kerajaan yang berkenaan meletakkan jawatan, walhal tidak ada pertuduhan di Mahkamah pun sampai sudah.

Sedangkan dalam masa yang sama, bila perkara serupa berlaku dalam parti mereka, lagi orang itu dihadapkan ke Mahkamah (apatah lagi disabitkan dengan kesalahan), lagilah hebatlah orang itu diarak menjadi pemimpin sehingga ke tahap jadi Perdana Menteri. Kononnya semua dakwaan dan tuduhan tersebut adalah fitnah walaupun beberapa mahkamah dah sahkan yang perkara itu memang berlaku.

Dalam kes Anwar Ibrahim, dia sekarang sedang menghadapi proses rayuan oleh pendakwaraya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya dari dakwaan kes liwat pada Januari 2012, yang mana kalau didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan jawatannya sebagai wakli rakyat akan gugur secara automatik.

Sebelum ini, 10 Mahkamah mengesahkan pembabitan Anwar dalam hubungan seksual termasuk Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya dari dakwaan tersebut (teknikal) pada 2004.

Tapi dengan semua kemungkinan macam itu, pun dia masih ligat mengejar jawatan. Tak cukup jadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia nak jadi ADUN dan Menteri Besar Selangor pulak dah. Pelik tu, ramai jugak yang menyokong, sungguh penulis tak faham politik apa yang macam ini.

Masa inilah rakyat perlu menilai perbezaan antara 2 pihak ini, BN dan pembangkang. Pemimpin BN, kita tidak mabuk kuasa, malah kuasa yang ada diagihkan sama rata biar semua merasa. Pembangkang, cerita lain, semua orang bodoh, melainkan Anwar Ibrahim, sampaikan nak jadi Menteri Besar Selangor pun kena import juga orang dari Cheruk Tok Kun sana.

Kalau bersih macam kain putih takpe juga, ini kusut masai macam kain lap pinggan (banyak kes Mahkamah dan salah laku moral).

Khamis, 6 Februari 2014

Wayang Lebih....!! PAS Tak Pernah Bangkang Kalau Anwar Jadi MB Baru Selangor????

Ramai di kalangan penyokong dan pemimpin UMNO yang dilihat begitu teruja dengan tindakan beberapa tokoh pimpinan PAS yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan PKR.


Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus yang mengatakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ada yang mengatakan PAS sudah mula ‘celik hati’ kerana berani untuk bangkit menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Namun ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi bentuk lakonan di dalam lakonan. Ini kerana PAS sedar, sejak parti itu memutuskan untuk ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR dan DAP, sokongan terhadap mereka sudah semakin berkurangan khususnya di kalangan masyarakat melayu dan Islam di luar bandar.

Ditambah pula dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan melayu terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati pimpinan rakan sekutu mereka. Malah ada ketikanya parti itu turut dilihat seperti akur dan tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara itu terus dijadikan isu untuk melemahkan PAS, mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Maka jalan terbaik adalah mewujudkan ‘kumpulan kecil’ untuk membuat ‘sedikit’ tentangan terhadap mana-mana tindakan PKR dan DAP yang dilihat agak melampau.

Motifnya mudah, supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu dapat melihat PAS bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di dalam Pakatan Pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.

Hanya dengan cara itu sahaja, PAS dapat membuktikan dan meyakinkan penyokong dan ahli mereka, parti itu masih mempunyai maruah untuk bersuara lantang dan garang.

Sedangkan pada akhirnya, PAS tetap terpaksa bersetuju dan menerima segala keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan DAP. Contoh paling mudah, Pemuda PAS Pusat sebelum ini begitu hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang menjadi ‘pelacur politik’.

Namun selang beberapa hari, nada dan suara mereka itu mula berubah sehingga akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang dicorakkan oleh Anwar Ibrahim....

Begitu juga Pemuda PAS Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya kecil sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.

Percayalah, kini setelah SPR mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi, semua jentera parti itu akan berhempas pulas bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang. Semua ancaman, ugutan dan kritikan yang dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum ini, kononnya Pas akan bertegas dalam soal perlantikan Menteri Besar yang baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid Ibrahim.

Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in, akhirnya parti itu tetap akan akur dan tunduk dengan segala kehendak serta kemahuan Anwar Ibrahim. Dalam bahasa mudah, inilah yang dinamakan lakonan dalam lakonan.

Baik PKR mahupun PAS semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri....

Teresa Kok... Masihkah kau ingat...????

Ingatkah lagi pada tahun 2008, kecoh kes Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang saman akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan cerpen yang merupakan satira politik dan beliau dakwa mempunyai kaitan dengannya.


Teresa ketika itu menyaman Utusan dan pengarang cerpen Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.

Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga. Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan.

Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah selepas Chamil memohon maaf.

Dan jangan lupa... sebelumnya pada 9 Oktober 2008, dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 terhadap
Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.

Artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' itu dikatakan bertujuan memperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Ketika perbicaraan kes tersebut, dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya. Tidak lama selepas itu, Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.

Kini ketika beliau cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Menurutnya UMNO sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk ‘Onederful Malaysia’ itu kerana telah bankrap idea.

Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan, rakaman video tersebut hanyalah merupakan‘satira politik’ (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.

Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia

MELOPONG

MB Selangor hanya pandai mentadbir harta
tetapi tidak pandai mentadbir manusia
tidak pandai mentadbir rakyat
amerika pun kaya
israel pun kaya
tapi soal kemanusiaan
soal kebajikan manusia
dihenyak dan dipijak
yg penting untung, untung dan $$$$
APA NAK DIBANGGA NEGERI KAYA
tetapi kedekut, kebajikan rakyat diabai
janji kepada rakyat dimungkiri
samalah spt watak orang kaya yg bakhil
kedekut juga zalim, yg penting diri sendiri
yg penting kedudukan tidak terjejas
agaknya kalau anak syarikat bangsa cina
hal ini tak akan terjadi
tersengehlah dap sambil kopek limau
siboneka dah jalankan tugas
SELANGOR NEGERI BERKRISIS
BERSKANDAL DAN CATUR POLITIK
pkr berantakan
pas ketakutan
dan dap mengatur ajenda
dan anak negeri yg melayu
dok melopong!

Isu PKNS: Jangan Jadikan Penjawat Awam Mangsa Kemelut Politik - Cuepacs????

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda meminta supaya penjawat awam tidak dijadikan mangsa kemelut politik yang didakwa dikaitkan dengan isu pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


Azih yang mengulas mengenai 20 kakitangan kontrak anak syarikat PKNS, PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada Selasa berkata, kemungkinan wujud campur tangan politik sehingga menyebabkan tindakan pemecatan itu.

“Kesemua kakitangan ini hanya menjadi mangsa keadaan. Jika ada masalah lain yang tidak melibatkan pekerja, jangan turut sama heret penjawat awam.

“Apapun sebab atau masalah yang berlaku, PKNS atau anak syarikatnya perlu melihat dari semua aspek, dalam konteks menyeluruh sebelum membuat keputusan. Tindakan menamatkan perkhidmatan serta-merta itu adalah tidak adil,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

PKNS menerusi kenyataannya pada Rabu menyifatkan pemecatan seramai 20 kakitangan PHSB merupakan langkah perkhidmatan cekap atau 'value for money'.

Menurut kenyataan itu, keputusan menamatkan kontrak dibuat dalam

Alahai MB Selangor !!!

MB Selangor hanya pandai mentadbir harta
tetapi tidak pandai mentadbir manusia
tidak pandai mentadbir rakyat
amerika pun kaya
israel pun kaya
tapi soal kemanusiaan
soal kebajikan manusia
dihenyak dan dipijak
yg penting untung, untung dan $$$$
APA NAK DIBANGGA NEGERI KAYA
tetapi kedekut, kebajikan rakyat diabai
janji kepada rakyat dimungkiri
samalah spt watak orang kaya yg bakhil
kedekut juga zalim, yg penting diri sendiri
yg penting kedudukan tidak terjejas
agaknya kalau anak syarikat bangsa cina
hal ini tak akan terjadi
tersengehlah dap sambil kopek limau
siboneka dah jalankan tugas
SELANGOR NEGERI BERKRISIS
BERSKANDAL DAN CATUR POLITIK
pkr berantakan
pas ketakutan
dan dap mengatur ajenda
dan anak negeri yg melayu
dok melopong!

Kerusi Menteri Besar Langkah ‘Check-Mate’ Anwar ke atas BN????

Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang ‘huru-hara’, kita sering terlupa kepada perkara yang lebih besar iaitu hala tuju negara, identiti dan pengisian jati diri anak bangsa. Kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti, membina imej dan mempromosi diri bagi mencari populariti. Akibatnya, rakyat menjadi celaru, haru-biru dan buntu.

Dalam kegilaan politik ini, tidak mustahil kita terlepas pandang bahawa musuh telah pun mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari. Tidak mustahil juga mereka telah bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di hadapan mata sang papparazi. Memerintah negara memerlukan kepimpinan yang mampu menyusun strategi. Seorang pengatur strategi yang baik pasti tahu bahawa perkara yang paling utama ialah ‘jangan ekali-kali memandang rendah akan kemampuan musuh’. Justeru, adalah tidak salah kita berfikir atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh. Adalah lebih baik dianggap ‘paranoid’ daripada gagal membaca strategi musuh. Namun, apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh kita dan apakah yang membezakan kita dengan mereka. Dari situlah kita boleh mengukur kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Dalam politik Malaysia, BN dan musuhnya PR, sudah tentulah berbeza dari segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya. Sekiranya kedua-duanya membawa aspirasi yang sama, apa perlunya mereka bersengketa, bukan begitu? oleh itu, apakah yang membezakan BN dan PR? Apakah yang menyebabkan BN kekal memerintah sejak sekian lama? Siapakah yang mengundi BN dan kenapa?


BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh kepada perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa Bumiputera. BN eletakkan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai tonggak utama. Identiti Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang maju, bebas namun santun beradab, sejajar dengan adat resam Melayu, Asia dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Malaysia di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa, apatah lagi kuasa besar yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata dunia. Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi terbuka menerima nilai-nilai murni dari mana-mana negara atau tamadun serta menolak budaya barat yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk anak bangsa. Pun begitu, Malaysia di bawah BN
bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira asalkan tahu batasnya.

BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan ‘gaya’ di tempat utama tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti sebagai tiangnya. PR pada dasarnya adalah

Khalid ‘Kureng’ Bab Politik, Tapi Dilantik Pengarah P/Raya Kajang?????

SILAP mata, manipulasi politik. demokrasi, percanggahan kenyataan dan segala macam yang berkaitan dengan itu sedang berlaku di sana sini dalam negeri Selangor akhir-akhir ini, kalau ada sesiapa perasanlah.


Contoh pertama, Khalid si Menteri Besar ini terbaik yang Selangor pernah ada, tapi perlu Anwar masuk campur untuk selesai beberapa masalah. Terbaik, tapi apsal Anwar kena masuk campur?

Konfius

Paling menarik contoh kedua. Khalid si Menteri Besar dikatakan terbaik dalam ekonomi, dalam hal urus duit tapi bab politik kureng. Pun begitu, Khalid (yang dikatakan kureng bab politik), dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Kajang!!

Konfius lagi.

Bukankah sepatutnya orang yang pegang jawatan Pengarah Pilihanraya ini mesti orang yang mahir bab politik? Dah kata Khalid kureng dalam politik, tapi lantik dia sebagai Pengarah Pilihanraya pulak, tak bercanggah ke kenyataan tu?

Pengarah Pilihanraya ni tak semesti bijak belajar tapi mesti mau bijak politik. Mahfuz Omar sebagai contoh, ikutkan paling bebal dari segi akademik, tapi bab putar alam politik, dia ada PhD tau!!

Sebab itu Mahfuz dilantik ketuai beberapa kempen PRK PAS (terbaru Sungai Limau), sebab politik memang makanan dia (walaupun sekolah bodoh). Ada ramai lagi doktor, engineer dalam PAS tapi tak lantik orang ini sebab ilmu politik setakat cukup makan, tak macam Mahfuz.

Dari segi merit, Rafizilah yang sepatutnya jadi Pengarah Pilihanraya sebab, selain dia Ahli Parlimen Pondan, dia juga Pengarah Strategi PKR. Kerja-kerja mencipta pilihanraya kecil ni memang kerja dialah. Rafizi rancang punya bagus sampai berlaku kekosongan, alih-alih Khalid yang ketuai jentera?

Apa cita?

Khalid, kalau dia bijaklah, pasti

Pass Piss Puss

pas tonggak utama dalam merusuh..
pas tonggak utama cari pengundi hantu…
pas tonggak utama mebenarkan orang kafir tak tutup masuk dalam masjid..
pas tonggak utama buat2 mati hidup balik.
pas tonggak utama dalam kafir orang islam.
pas tonggak utama syiah..
pas tonggak utama membenar kelimah allah di gunakan..
pas tonggak utama sembayang dua iman..
pas tonggak utama menpertahan pemimpin berzina..
pas tonggak utama dalam menyokong lgbt..
fikir2 kan lah apa belaku jika orang macam ini memrintah negara hanya pemimpin aje di benar buat salah.

Sekali Lagi PAS Buat Lawak dan Sekali Lagi PAS Jadi Badut Tak Bertelur????


Seperti yang dijangkakan dari awal lagi, berani dan kelantangan PAS tidak akan bertahan lama apabila berdepan dengan Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Lainlah kalau berhadapan dengan UMNO, disuruh menjilat jalanraya yang panas pun mereka sanggup dan sangat istiqomah melakukannya. Tetapi apabila membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, seberani-berani pahlawan PAS yang telah membunuh puluhan ribu jin dan ifrit pun, dijerkah dek Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, boleh menyebabkan mereka terkencing terberak kalau tidak pun demam tak kebah-kebah tujuh lapan minggu.


Itulah yang berlaku dalam PRK DUN Kajang. Pada peringkat awalnya, PAS terutama sekali menerusi Dewan Pemuda PASnya begitu lantang dan begitu garang. Walaupun digelak-gelakkan oleh UMNO dan menyatakan, keberanian serta kelantangan Pemuda PAS itu ibarat embun pada waktu pagi, timbul cahaya hilanglah dia, ramai pula para penyokong PAS terutama sekali dari kalangan Pemudanya menyatakan bahawa kali ini PKR dan DAP akan tunduk kepada PAS.

Yalah, membayangkan PAS sebagai tonggak utama yang membekalkan kaum yang sanggup berguling-guling di atas jalanraya dengan hanya semangat jihad bengong mereka dan ditokok pula dengan tadahan tin milo, pastinya kekerasan dan ketegasan PAS amat diharapkan. Tanpa bantuan daripada PAS, PKR dan DAP tidak akan berjaya dalam sebarang demo atau kempen yang dijalankan, termasuklah usaha memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isterinya.

Yang benar-benar berusaha kuat untuk Pakatan Rakyat sebenarnya adalah PAS. Secara logik, sebarang tuntutan PAS pasti akan didengar oleh DAP dan PKR. Sebarang ugutan PAS terutama daripada Dewan Pemudanya pula akan menyebabkan PKR dan DAP terpaksa memujuk PAS dengan jajan-jajan yang lebih bernilai tinggi.

Malangnya itu tidak berlaku. Yang berlaku adalah sebaliknya.

Dalam kenyataan terbaru, Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kaiat menyatakan bahawa PAS memutuskan

PKR Susahkan Rakyat Untuk Kepentingan Mereka – PSM???

Rakan Pakatan Rakyat, Parti Sosialis Malaysia kesal sikap berdolak dalik Parti Keadilan Rakyat mengenai Pilihan Raya Kecil Dun Kajang...Apa lagi agenda mereka jika tidak untuk meliampas nafsu dalam mengejar cita cita untuk berkuasa. Terlalu kepingin mereka pada apa yang dinamakan kuasa atau power. kerana dengan power mereka raja dan boleh berbuat apa saja.
Jika dulu tidak pernah berlaku perkara sebegini kerana tiada pihak yang memiliki kuasa selain dari pemerintah sendiri. SEkarang setelah mereka diberi sedikit kuasa setidak2nya di SElangor, mereka rasakan diri bagai raja dan boleh berbuat apa saja disitu.
Yang menjadi santapan enak kita hari ini ialah Datuk Nalla telah keluar dari khemahnya dan merayu untuk dicalunkan di kajang memenentang Anwar. Kita tak rasa ini akan dibuat dengan mudahnya kerana beberapa perkara perlu diambil kira dan dihurmati. Kita ada cara dan peraturan yang perlu diikut. Jika kerusi itu kerusi china , maka MCA seharusnya tetap mendominasi disitu.
Atau jika ikhtiar lain sudah kehabisan Nalla boleh keluar bertanding seiring dengan MCA dibawah payung lain.
W/bagaimana pun kita teruja dengan kesungguhan Nalla yang bekerja bukan untu kuasa tetapi untuk santapan hati dia yang hanya akan puas jika gimmick politik oleh pakar gimmick itu dapat dihentikan serta merta.
sama2 kita tunggu calun mana bakal diletak disitu oleh ke2 pihak menjelang 11 Mac nanti.


http://youtu.be/94d8b80z_sU 

Zalimmm....30 Kakitangan PKNS Holdings Dipecat Tanpa Sebab???

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) hari ini memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi Selasa selepas hadir bekerja seperti biasa.

Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Wakil pekerja terbabit, Dr Alif Aiman berkata mereka berasa amat terkejut dengan pemecatan itu berikutan tiada sebarang perbincangan diadakan sebelum ini dan menganggap pemberhentian serta-merta itu menganiaya mereka.

"Kejutan yang kami terima semasa

Rabu, 5 Februari 2014

ANWAR KATA BN KETANDUSAN CALON KREADIBILITY UNTUK BERTANDING DI DUN KAJANG.????

Mendengar nama Lee Chong Wei, tergelak Anwar Ibrahim kerana jaguh badminton itu bukan tandingan beliau di PRK DUN Kajang. Secara berseloroh, jelas Anwar Ibrahim jika bertanding perlawanan badminton pasti beliau akan kalah, tetapi dalam pilihan raya berlaku sebaliknya.

Kenyataan itu sebenarnya ditujukan kepada BN yang sehingga kini masih belum mempunyai calon yang sesuai untuk bertanding di DUN Kajang. Desas-desus mengatakan BN akan menyenaraikan Presiden MCA, Datuk Seri Liew Tiong Lai sebagai calon memandangkan itu kerusi MCA masih belum diputuskan

PRK Kajang Anwar Punya Agenda Tersirat????

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sudah pun bermesyuarat dan menetapkan tarikh 23 Mac 2014 sebagai tarikh pembuangan undi manakala penamaan calon pula pada 11 Mac 2014.Jika di hitung daripada tarikh hari ini semua pihak punya tempoh masa lebih dari sebulan untuk menetapkan calon.


Namun seperti biasa apabila sesuatu itu sudah di rancang sebegitu rapi dan nama calon pengganti pun sudah tersedia sebelum si kambing hitam meletakkan jawatan , ianya sudah hampir pasti punya perancangan atau agenda tertentu yang sebenarnya sudah tersusun.

Segala kemelut yang wujud di antara parti PAS dan DAP yang sebelum ini melahirkan rasa terkejut mereka sebenarnya tidak ubah sekadar polemik politik pembangkang.

Perkara yang perlu rakyat tahu adalah Kajang menjadi mangsa kepada kerakusan politik pembangkang dan ianya amat perlu di korbankan untuk menutup segala kepincangan yang berlaku sebelum ini melibatkan PKR di Selangor.

Isu sebenarnya adalah

Selangor Sudah Jadi Negeri “Kunta Kinte” – Ahli Parlimen Kuala Langat???

Ahli Parlimen Kuala Langat (PKR) merangkap Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan menamatkan kontrak lebih 20 pekerja PKNS Holdings Sdn Bhd sebagai tindakan zalim ibarat negari ‘kunta-kinte’.

Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melanggar Akta Pekerja kerana tidak memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kontrak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja.

“Saya difahamkan ada perjanjian kontrak bersamaan seksyen 10 (Akta Pekerja) yang wajib diikuti tak kira siapa pun.

“Pihak PKNS telah melanggari Seksyen 12 iaitu pelanggaran kontrak,” katanya yang juga MP Kuala Langat.

“Ini bukan negara ‘kunta-kinte’. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu,” kata beliau lagi di hadapan pejabat Kementerian Sumer Manusia hari ini.

Semalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.

Kesemua kakitangan PHSB – anak syarikat PKNS – menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Anwar Tidak Boleh Lari Dengan Pelbagai Alasan Penangguhan Perbicaraan Kali Ini.???

Mahkamah Persekutuan perlu membuat ketetapan pada 11 Februari ini dan tidak wajar menangguhkan lagi keputusan rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat.

Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan Pilihanraya Kecil [PRK]di Kajang dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti. Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di situ dan seterusnya apabila menang, akan diangkat menjadi Menteri Besar.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang membazir wang rakyat dan tidak bertanggungjawab. Seperti yang diketahui, sesebuah PRK memakan kos jutaan ringgit. Memandangkan Kajang merupakan kawasan berpenduduk padat maka kosnya tentulah jauh lebih tinggi lagi. Berdasarkan hakikat ini, mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka hati tanpa sebab musabab yang konkrit.

Apa yang berlaku, membuktikan bahawa PKR langsung tidak mempedulikan rakyat atau wang negara yang dibazirkan, dan sebaliknya bertindak semata-mata atas kepentingan pemimpin dan politik parti.

Kenyataan Azmin Ali bahawa keputusan ini merupakan tindakan taktikal mengesahkan persepsi rakyat bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan politik dan diri sendiri. Azmin, kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa yang sama menyatakan bahawa Selangor memerlukan pemimpin ‘nasional’ seperti Anwar untuk kukuhkan kedudukan Pembangkang.

Bagaimanapun, Azmin tidak pula menjelaskan bagaimana kedudukan Anwar sebagai ADUN dan bukan MB, boleh membantu mengukuhkan Pembangkang.

Penjelasan Rafizi pula lebih menarik lagi iaitu kononnya

Pemuda PAS tetap tak mau Anwar jadi MB Selangor....KEsian...Kesiannnn???

Kalau Presiden PAS Datuk Seri Haji hadi Awang buat kenyataan yang bunyinya ' lain macam'...Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat pula tidak dapat menyembunyikan rasa bengang pada tindak tanduk PKR suka-suka kosongkan kerusi Dewan Undangan negeri Kajang.


Perasaan itu terpancar semasa sidang akhbarnya di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pagi Selasa.

Beliau terpaksa kata sekalipun mereka tidak setuju dengan pilihanraya kecil DUN Kajang kerana ia merugikan wang rakyat tetapi mereka tidak dapat beri kemenangan percuma kepada BN.

Serentak dengan itu beliau menegaskan agar mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat tidakm ulangi ' kesilapan' ini.

Suhaizan kata ramai golongan muda yang temui mereka untuk beritahu tidak gemar dengan semua ini.

Beliau bimbang tindak tanduk kosongkan kerusi DUN suka-suka akan menyebabkan lunturnya sokongan rakyat pada mereka.

Apapun Suhaizan mengingat sokongan PAS untuk memastikan kemenangan PKR adalah selagi kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak diganggu.

Katanya sekalipun mereka sokong Anwar sebagai calaon di Kajang ini tidak bermakna meerka sokong beliau sebagai Menteri Besar

Pengundi Islam DUN Kajang: Ingat Bala Allah Ke Atas Kaum Nabi Luth????

Sehingga hari ini, Anwar Ibrahim enggan bersumpah mubahalah dengan orang yang membuat tuduhan terbuka terhadap beliau. Dalam Islam sendiri jika tiada penyelesaian dalam tuduh menuduh antara seorang muslim yang mengatakan beliau dizalimi dengan seorang muslim lagi yang menzalimi, maka jalan yang terakhir ialah bersumpah mubahalah.

MALANGNYA SEHINGGA HARI INI ANWAR IBRAHIM ENGGAN MEMPERTAHANKAN DIRINYA DI HADAPAN ALLAH S.W.T. BELIAU BOLEH NAIK TURUN MAHAKAMAH BERPULUH KALI TAPI TIDAK BERANI SEKALI PUN MENJEJAK KAKI KE DALAM MASJID BERSUMPAH MUBAHALAH DENGAN MANGSA BELIAU, SAIFUL BUKHARI AZLAN.

Ini bukan isu politik lucah. Ini bukan isu serangan peribadi. Kita tida peduli Anwar Ibrahim ada harta beratus juta, rumah banglo merata tempat. Kita tidak peduli jika Anwar Ibrahim ada mengambil pelacur China Doll. Itu antara beliau dengan Allah, kecuali ia dibuktikan secara tuntas di muka bumi ini maka hukuman dunia menantinya.

Yang kita perlu ambil kira bahawa ada tuduhan yang dibuat secara bersumpah terhadap satu kegiatan paling keji di sisi agama iaitu hubungan sejenis atau homoseksual.

Allah telah memusnahkan satu kaum dari muka bumi ini bukan kerana ia zalim, bukan kerana ia penzina, bukan kerana ia korup, bukan kerana ia makan harta negara TETAPI kerana mereka tergolong dalam kumpulan yang melakukan hubungan sejenis.

Orang Islam dalam Pas dan PKR jangan berdolak dalik soal peribadi. Kononnya,


Nasihat Dat'o Zul Nordin kepada Tan Sri Khalid Ibrahim????SELEPAS sah diumum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil Dun N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi) barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi Dun Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa Umno/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!

Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!

Sejarah berulang - Kes Saiful Bukhari menghantui Anwar

Teringat saya selepas PRU12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.

Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!

Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.

Anwar tahu kalau dia diheret ke mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008.

Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising.

UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada kerajaan yang takut dengan bunyi bising di luar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding.

Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu.

Namun kerja ALLAH tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa

ANWAR KANGKUNGKAN RAKYAT SEBAB GILA KUASA.????

Nampaknya banyak pihak yang marahkan kepada Anwar Ibrahim atas keputusannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.

Bukan itu sahaja, malah sekutunya, Pas juga menghentam Anwar yang dianggap rakus, gelojoh dan tamakkan kuasa sehingga menyusahkan rakyat dan juga pembangkang. Anwar sanggup membazir wang dan masa rakyat tatkala isu kenaikan kos sarahidup hangat diperkatakan.
Baginya, 'survival' politik dirinya sendiri jauh lebih penting daripada menangani masalah rakyat yang lebih serius.

Malah tindakan beliau meminta Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang bukan dibuat atas dasar darurat tetapi bagi membolehkannya mendapat lebih kuasa dan pengaruh. Simpati harus diberi kepada rakyat Kajang yang memilih calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tetapi beginikah pembangkang membalas budi pengundi? Anwar anggup mengorbankan sebuah kerusi hanya kerana hendak menyelesaikan masalah kronik antara Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.

Benarkah dengan mengosongkan kerusi Kajang dapat merungkaikan kemelut Khalid-Azmin dan bagaimana pula caranya?
Anwar sah sah tidak boleh menjadi menteri besar

PAS akan tolong PKR di Kajang...namun kenyataan Hadi bunyi 'lain macam ????

Kenyataan ini memang sudah dijangkakan.Apa lagi pilihan PAS ada dalam situasi ini.Presiden PAS,Datuk Seri Haji Hadi Awang pagi Selasa keluarkan satu kenyataan untuk beritahu hasil mesyuarat Biro Politik dan Pilihanraya PAS yang diadakan di ibupejabat parti itu Isnin malam.

Kenyataan itu 'agak menarik' kalaulah nak dibaca dari sudut susunan ayatnya.

Bunyi macam orang terpaksa saja.



Antara lain,katanya PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini.

Ini bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu kemudian seolah ingin mengingatkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak disentuh.

"Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit,"katanya.

Sebelum ini timbul polimek meluas dikalangan pimpinan pelbagai peringkat PAS yang mempersoalkan kewajaran Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Kajang suka-suka mengosongkan kerusi itu.

Malah PAS Selangor dan Pemuda PAS Negeri itu membuat kenyataan terbuka menegur PKR.

Malah ia mengancam akan namakan Persuruhjaya PAS Negeri Iskandar Samad sebagai calon Menteri Besar jika Khalid hendak ditukar.

PAS ada 15 kerusi DUN berbanding 14 PKR di Selangor.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH DATUK SERI HAJI HADI AWANG

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.

Mesyuarat juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. PAS mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Datuk Seri Nalla Umum Tawarkan Diri Lawan Anwar PRK N25 DUN Kajang. Akan Dedah Banyak Rahsia Anwar??????

Bertempat di Ibu Pejabat MIUP Kuala Lumpur, YB Senator Datuk Seri Nallakaruppan dengan secara rasminya membuat pengumuman untuk menawarkan dirinya bertanding menentang Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Pada sidang media petang ini, Nalla menyatakan hasrat untuk menjadi calon dan memohon Barisan Nasional memberikan laluan kepadanya agar dapat diadakan pertandingan satu lawan satu 'straight fight' diantara Anwar dan Nalla.

Sehubungan dengan itu, Nalla akan menantikan respon daripada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang diketuai oleh YAB Datuk Sri Najib Tun Razak samada mahu bersetuju atau tidak memberikan laluan kepadanya menjadi calon BN.

"Sehingga ke hari ini pucuk pimpinan BN masih belum lagi membuat sebarang keputusan samada akan bertanding dan siapakah calon untuk PRK DUN Kajang" ujar Nalla.

"Saya adalah calon yang paling sesuai untuk menghalang Anwar Bapa Putar Alam daripada terus menghancurkan negara ini" tambahnya lagi.

Pada sidang media ini juga Nalla mencabar Anwar untuk meletak jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan fokus untuk bertanding di DUN Kajang.

"Sekiranya Anwar berani untuk terima cabaran ini saya juga akan melepaskan jawatan saya sebagai Ahli Dewan Negara dan kita berdua sama sama tumpukan kepada DUN Kajang" jelas Nalla.

Menurut Nalla, amatlah pelik kerana Anwar bukanlah Ahli Parlimen dinegeri Selangor.

Berbeza dengan Azmin, beliau adalah Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa masih dalam negeri Selangor. Begitu juga dengan Khalid Ibrahim yang menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Klang kedudukan yang berhampiran. Lim Guan Eng pula merupakan Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Puteh dalam negeri Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, jelaslah ianya terlalu mustahil untuk Anwar menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN Di Kajang Selangor sedangkan dia juga merupakan Ahli Parlimen di negeri Pulau Pinang.

Anwar hanya ingin memenuhi agenda peribadinya sendiri dan tidak ada langsung cita cita membela nasib rakyat di DUN Kajang

INILAH CINA BETINA YANG DISEMBAH-SEMBAH OLEH MACAI MELAYU DAP????


Gara gara pentaksub Pakatan
Pembangkang yang bagi muka kat
betina ni maka dengan beraninya
dia hina Melayu..malah dengan
sombong enggan memohon maaf
pada kita.
Bahasa Biadap Kempen Perpaduan Kaum Teresa Kok!!!


Selasa, 4 Februari 2014

3,000 bekas ahli PKR tubuh bilik gerakan dedah sandiwara PRK Kajang...Habislah Kali ini????

 Lebih 3,000 bekas pemimpin pusat, cabang dan ahli PKR akan menubuhkan bilik gerakan khas bagi menggerakan kempen menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata penubuhan bilik gerakan itu sudah dimuktamadkan menerusi perbincangan baru-baru ini dan pihaknya akan memulakan kempen seawal 10 Febuari ini.

Katanya, fokus kempen antara lain untuk menyedarkan pengundi lain untuk menyedarkan pengundi di DUN Kajang mengenai keperibadian Ketua Pembangkang itu dan retorik sebenarnya dalam memanipulasi isu termasuk cubaan mengalihkan perhatian rakyat daripada mengikuti kes liwat yang sedang dihadapinya.

"Sekarang ini kita masih meneliti kawasan strategik yang akan dikunjungi jentera kempen. Semua kampung dan penempatan akan dimasuki bagi sesi penerangan hal sebenar mengenai politik Anwar.

"Selain penerangan dan ceramah, bilik gerakan ini akan menjadi pusat maklumat kepada mana-mana pengundi untuk mengetahui mengenai PKRselain menjawab isu dan fitnah kosong yang dilemparkan pembangkang," katanya dipetik Berita Harian.

Antara pemimpin yang akan menyertai bilik gerakan itu ialah bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin, ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Noor serta bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

Mengulas lanjut, beliau berkata PRK kali ini jelas manipulasi terancang yang diatur untuk menutup pelbagai kelemahan dalam pentadbiran PKR di Selangor.

Justeru, rakyat wajar disedarkan mengenai kemelut itu dan jangan lagi mudah percaya dengan sandiwara politik songsang yang dibawa Anwar.

"Saya kenal sangat dia (Anwar) ini, sebab itu dia boleh arah sesiapa saja letak jawatan untuk membolehkan dia bertanding walaupun di Selangor Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) lebih berkuasa kerana dia adalah Pengerusi PKR negeri," katanya lagi.

Sementara itu, Anuar berkata tindakan Anwar menawarkan diri menyertai kepimpinan Selangordilihat seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

Anwar dibelengu masalah moral yang cukup serius dan tiada kredibiliti langsung untuk menyelesaikan kemelut Selangor. Malahan campur tangan dia di negeri itu bakal meranapkan Selangor kerana Anwar lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan rakyat," tambahnya.

Cerita Di Rumah Terbuka CNY Dari Utara…????

Masih lagi di dalam “mood” Tahun Baru Cina. Tahun ini adalah Tahun Kuda. Saya masih lagi memenuhi jemputan rumah terbuka di rumah beberapa rakan kaum Tiong Hua di utara semenanjung. Banyak juga makan “lokam”, nyaris sakit perut dibuatnya…

Berkawan dengan rakan dari kaum Cina tidak salah dari sudut syarak. Atas dasar persahabatan, saya hadir dan berkongsi kemeriahan hari kebesaran mereka. Pun begitu, saya tidak pulang dengan “tangan kosong”, ada cerita di sebalik Tahun Kuda kali ini…

Rata-rata kawan Cina saya kurang menggemari politik. Mereka lebih gemar pada “ringgit Malaysia”. Kalau dapat “dollar” atau “pound sterling”, mata mereka lebih “bersinar”. Biasalah, kan? Jadi tidak hairan jika ada di kalangan rakan saya yang bekerja di UK, Singapura dan Australia. Bagi mereka, cari kekayaan adalah satu kemestian…

Saya tertarik pada perbualan mereka pada tahun baru Cina kali ini. Pada mulanya mereka bercerita tentang desas-desus yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia “susah cari makan” pada tahun 2014. Malah ada pula yang mengatakan bahawa mereka mungkin bankrap dan mati keburuan pada akhir tahun ini…

Mereka menjangkakan kos sara hidup rakyat Malaysia akan meningkat pada tahun ini. Dan itu akan menyebabkan “shopping complex” tutup, lapangan terbang akan lengang, restoran lebih banyak kerusi dari pelanggan dan mungkin tidak ada sebuah premis atau bangunan pun akan terbina pada tahun ini. Semuanya gara-gara “kos sara hidup meningkat”!

Saya hanya diam saja ketika mereka berbual. Sekali sekala saja saya menyampuk. Itu pun kerana minta dihulurkan botol air coca-cola di hujung meja. Peliknya, mereka bercerita tentang “kesusahan rakyat”, tapi wajah mereka ceria dan ketawa setiap kali “bersungut”… kenapa?

Rupanya saya tersilap! Rupanya

PRK Kajang: Anwar Ganti Khalid Untuk Selesai Masalah, Gila Ke Lawak?????


GELI betul rasanya hati ini mendengar alasan Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, kononnya nak menyelesaikan beberapa masalah di negeri tersebut yang tak mampu diselesaikan Khalid,


Antaranya kalimah Allah.

Isunya sekarang, sejak bila pulak la yang Anwar ini kita kenal sebagai penyelesai masalah? Menambah masalah lagi adalah. Tak caya, tengok krisis ekonomi 1997.

Cakap pasal kalimah Allah sekarang, toksah ukur masalah di Selangor yang besar itu, tengok Pakatan Rakyat cukup. Apa pendirian Anwar, apa pendirian PAS, apa pendirian DAP dalam isu tersebut? Bukan kata tidak ada langsung, tapi ada begitu banyak pendirian untuk gabungan 3 parti saja pun.

Ikut selidikan penulis, sekurang-kurangnya ada 3 pendirian utama. Anwar sokong - asal saja tak disalahguna, DAP sokong - salah guna atau tidak, PAS – Hadi sokong, PAS tak sokong. Itu cerita Pakatan tu, pertubuhan tak berdaftar.

Baru satu isu, belum lagi isu-isu lain yang lebih mendesak di negeri tersebut seperti air, sampah, cukai sana sini yang tinggi melampau, jalan tak rata dan sebagainya.

Setahu penulis lagi, Anwar sentiasa cari jalan selamat untuk melepaskan diri. Paling bodoh pun, dia sokong dua dua tapi guna alasan dan pendekatan berbeza.

Pendek kata, dalam hal kerusi DUN Kajang yang suka-suka dikosongkan ini, boleh ruled out alasan Anwar nak selesai masalah rakyat sebab isu itu tak berkaitan sama sekali. Ini semua wayang untuk kelebihan peribadi sendiri, bukan ada kena mengena dengan rakyat pun.

Marah Pada Anwar, Hanya Lakonan Untuk Buktikan Pas Masih Ada Maruah????


Ramai di kalangan penyokong dan pemimpin Umno yang dilihat begitu teruja dengan tindakan beberapa tokoh pimpinan Pas yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan PKR.

Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus yang mengatakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ada yang mengatakan Pas sudah mula ‘celik hati’ kerana berani untuk bangkit menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.

Namun ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi bentuk lakonan di dalam lakonan. Ini kerana Pas sedar, sejak parti itu memutuskan untuk ‘bertahaluf siyasi’ dengan PKR dan DAP, sokongan terhadap mereka sudah semakin berkurangan khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di luar bandar.

Di tambah pula dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati pimpinan rakan sekutu mereka. Malah ada ketikanya parti itu turut dilihat seperti akur dan tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara itu terus dijadikan isu untuk melemahkan Pas, mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat. Maka jalan terbaik adalah mewujudkan ‘kumpulan kecil’ untuk membuat ‘sedikit’ tentangan terhadap mana-mana tindakan PKR dan DAP yang dilihat agak melampau.

Motifnya mudah, supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu dapat melihat Pas bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di dalam pakatan pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.

Hanya dengan cara itu sahaja, Pas dapat membuktikan dan meyakinkan penyokong dan ahli mereka, parti itu masih mempunyai maruah untuk bersuara lantang dan garang.

Sedangkan pada akhirnya, Pas tetap terpaksa bersetuju dan menerima segala keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan DAP. Contoh paling mudah, Pemuda Pas Pusat sebelum ini begitu hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang menjadi ‘pelacur politik’.

Namun selang beberapa hari, nada dan suara mereka itu mula berubah sehingga akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang dicorakkan oleh Anwar Ibrahim. Begitu juga Pemuda Pas Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya kecil sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.

Percayalah, sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi semua jentera parti itu akan berhempas pulas bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang. Semua ancaman, ugutan dan kritikan yang dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum ini, kononnya Pas akan bertegas dalam soal perlantikan Menteri Besar yang baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid.

Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in, akhirnya parti itu tetap akan akur dan tunduk dengan segala kehendak serta kemahuan Anwar Ibrahim. Dalam bahasa mudah, inilah yang dinamakan lakonan dalam lakonan.

Baik PKR mahupun Pas semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri.

Bak kata Awei, ini semua poyo….