Nampaknya banyak pihak yang marahkan kepada Anwar Ibrahim atas
keputusannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang.
Bukan itu sahaja, malah sekutunya, Pas juga menghentam Anwar yang dianggap
rakus, gelojoh dan tamakkan kuasa sehingga menyusahkan rakyat dan juga
pembangkang. Anwar sanggup membazir wang dan masa rakyat tatkala isu
kenaikan kos sarahidup hangat diperkatakan.
Baginya, 'survival' politik dirinya sendiri jauh lebih penting daripada menangani masalah rakyat yang lebih serius.
Malah tindakan beliau meminta Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN
Kajang bukan dibuat atas dasar darurat tetapi bagi membolehkannya
mendapat lebih kuasa dan pengaruh. Simpati harus diberi kepada rakyat
Kajang yang memilih calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tetapi
beginikah pembangkang membalas budi pengundi? Anwar anggup mengorbankan
sebuah kerusi hanya kerana hendak menyelesaikan masalah kronik antara
Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.
Benarkah dengan mengosongkan kerusi Kajang dapat merungkaikan kemelut Khalid-Azmin dan bagaimana pula caranya?
Anwar sah sah tidak boleh menjadi menteri besar menggantikan Khalid
kerana ia bercanggah dengan undang-undangt ubuh Selangor yang mewajibkan
penjawat anak jati kelahiran negeri itu. Lagipun kuasa mutlak
perlantikan menteri besar terletak di dalam tangan sultan.
Malah
Khalid pandai bermain politik 'survival' dengan Anwar dengan mengikut
sahaja kata bos politiknya tetapi beliau sendiri tegas menyatakan
pendirian tidak akan meletakan jawatan.
Kalaupun Khalid
mengundur diri tidak semestinya kerusi tersebut akan kekal di dalam
tangan PKR. Azmin juga tidak layak menjadi menteri besar kerana walaupun
beliau anak Selangor tetapi lahir di Singapura.
Lagi pun pemecatan
beliau dari PKNS sebagai anggota lembaga pengarah membangkitkan isu
ketelusan samada Azmin terbabit dalam gejala rasuah dan penyelewengan
kuasa. Sudah tentu Khalid memegang banyak rahsia penyelewengan Azmin di
Selangor dan akan menggunakan maklumat ini sekiranya kedudukan beliau
tercabar.
Pas juga awal-awal sudah menyatakan jika Khalid berundur ia akan meminta sultan melantik wakilnya kejawatan itu.
Hujah Pas agak sukar untuk ditolak kerana parti itu mempunyai majoriti
kerusi daripada PKR. Pas berkompromi dengan PKR hanya kerana ia sudah
memerintah Kelantan manakala Dap mentadbir Pulau Pinang.
Walaupun pahit hendak ditelan Pas terpaksa juga memberi laluan kepada PKR di Selangor.
Dengan percaturan politik 'kangkung' yang dimainoleh Anwar menyebabkan
peluang parti itu untuk terus memegang jawatan itu mungkin tergugat
sekiranya Khalid meletak jawatan.
Disebabkan ini ada pihak yang
sudah melabel PKR sebagai 'PartiKangkung Rakyat' kerana gemar suka
putarbelit dan mengamalkan politik kepentingan peribadi. Jika dibaca
komen-komen pemimpin PKR untuk menjustifikasikan tindakan Anwar boleh
layak masuk pertandingan Raja Lawak. Az Lunmin mengatakan rakyat Kajang
bertuah kerana mendapat calon yang bertaraf pemimpin dunia kerana bukan
sahaja pemimpin hebat di Malaysia tetapi juga di kalangan
negara-negaraTimur Tengah.
Jika begitu, elok sahaja Anwar
berhijrah kemana-mana negara Arab kerana sudah tentu tidak jadi masalah
rakyat di sana memilih beliau sebagai perdana menteri atau lebih baik
lagi sebagai raja.
Komen beliau juga menghina Lee yang menjadi Adun
sebelumnya yang tidak dihargai pengorbanannya kepada parti malah
direndah-rendahkan martabatnya dimata penduduk rakyat Kajang.
Jika Anwar jadi Adun Kajang sekalipun pada usia 67 tahun bagaimana
beliau mahu kehulu kehilir memberi khidmat secara berkesan kepada
pengundi di Permatang Pauh danjuga di Selangor?
Semua ini perlu
difikirkan rakyat mengapa mereka harus terus mengundi pembangkang kerana
buktinya sudah cukup jelas pengundi telah dikangkungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan