MALANGNYA SEHINGGA HARI INI ANWAR IBRAHIM ENGGAN MEMPERTAHANKAN DIRINYA DI HADAPAN ALLAH S.W.T. BELIAU BOLEH NAIK TURUN MAHAKAMAH BERPULUH KALI TAPI TIDAK BERANI SEKALI PUN MENJEJAK KAKI KE DALAM MASJID BERSUMPAH MUBAHALAH DENGAN MANGSA BELIAU, SAIFUL BUKHARI AZLAN.
Ini bukan isu politik lucah. Ini bukan isu serangan peribadi. Kita tida peduli Anwar Ibrahim ada harta beratus juta, rumah banglo merata tempat. Kita tidak peduli jika Anwar Ibrahim ada mengambil pelacur China Doll. Itu antara beliau dengan Allah, kecuali ia dibuktikan secara tuntas di muka bumi ini maka hukuman dunia menantinya.
Yang kita perlu ambil kira bahawa ada tuduhan yang dibuat secara bersumpah terhadap satu kegiatan paling keji di sisi agama iaitu hubungan sejenis atau homoseksual.
Allah telah memusnahkan satu kaum dari muka bumi ini bukan kerana ia zalim, bukan kerana ia penzina, bukan kerana ia korup, bukan kerana ia makan harta negara TETAPI kerana mereka tergolong dalam kumpulan yang melakukan hubungan sejenis.
Orang Islam dalam Pas dan PKR jangan berdolak dalik soal peribadi. Kononnya,
isu korupsi negara, pembaziran duit rakyat lebih penting daripada isu kegiatan songsang Anwar Ibrahim. dituduh m
Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman (Nabinya). Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu sebelum fajar menyingsing, sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia (Luth) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu.” (QS. Al Qamar, 54: 33-36)
Luth hidup semasa dengan Nabi Ibrahim. Luth diutus sebagai rasul atas salah satu kaum tetangga Ibrahim. Kaum ini, sebagaimana diutarakan oleh AlQuran, mempraktikkan perilaku menyimpang yang belum dikenal dunia saat itu, yaitu sodomi (homoseksual). Ketika Luth menyeru mereka untuk menghentikan penyimpangan tersebut dan menyampaikan peringatan Allah, mereka mengabaikannya, mengingkari kenabiannya, dan meneruskan penyimpangan mereka. Pada akhirnya kaum ini dimusnahkan dengan bencana yang mengerikan.
Jangan cakap soal agama jika anda mengundi Anwar Ibrahim selagi beliau tidak bersumpah muhabalah dengan orang yang menuduhnya. Jika berjihad untuk tidak mengundi Anwar Ibrahim pun anda tidak sanggup betapa hinanya ajaran agama Islam di kalangan orang Melayu negara ini.http://www.youtube.com/
Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.
Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.
Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.
Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?
DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”
Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.
Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu, adakah kita boleh melihatnya?
DR. MOHD. RADZI: Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=a4Ea-LA222c
Tiada ulasan:
Catat Ulasan