SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 5 Februari 2014

Pemuda PAS tetap tak mau Anwar jadi MB Selangor....KEsian...Kesiannnn???

Kalau Presiden PAS Datuk Seri Haji hadi Awang buat kenyataan yang bunyinya ' lain macam'...Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat pula tidak dapat menyembunyikan rasa bengang pada tindak tanduk PKR suka-suka kosongkan kerusi Dewan Undangan negeri Kajang.


Perasaan itu terpancar semasa sidang akhbarnya di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pagi Selasa.

Beliau terpaksa kata sekalipun mereka tidak setuju dengan pilihanraya kecil DUN Kajang kerana ia merugikan wang rakyat tetapi mereka tidak dapat beri kemenangan percuma kepada BN.

Serentak dengan itu beliau menegaskan agar mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat tidakm ulangi ' kesilapan' ini.

Suhaizan kata ramai golongan muda yang temui mereka untuk beritahu tidak gemar dengan semua ini.

Beliau bimbang tindak tanduk kosongkan kerusi DUN suka-suka akan menyebabkan lunturnya sokongan rakyat pada mereka.

Apapun Suhaizan mengingat sokongan PAS untuk memastikan kemenangan PKR adalah selagi kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak diganggu.

Katanya sekalipun mereka sokong Anwar sebagai calaon di Kajang ini tidak bermakna meerka sokong beliau sebagai Menteri Besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan