Mahkamah Persekutuan perlu membuat
ketetapan pada 11 Februari ini dan tidak wajar menangguhkan lagi
keputusan rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat.
Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan Pilihanraya Kecil
[PRK]di Kajang dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti.
Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di situ dan seterusnya apabila
menang, akan diangkat menjadi Menteri Besar.
Rata-rata orang
ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang membazir wang rakyat
dan tidak bertanggungjawab. Seperti yang diketahui, sesebuah PRK memakan
kos jutaan ringgit. Memandangkan Kajang merupakan kawasan berpenduduk
padat maka kosnya tentulah jauh lebih tinggi lagi. Berdasarkan hakikat
ini, mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka hati
tanpa sebab musabab yang konkrit.
Apa yang berlaku, membuktikan
bahawa PKR langsung tidak mempedulikan rakyat atau wang negara yang
dibazirkan, dan sebaliknya bertindak semata-mata atas kepentingan
pemimpin dan politik parti.
Kenyataan Azmin Ali bahawa
keputusan ini merupakan tindakan taktikal mengesahkan persepsi rakyat
bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan politik dan diri sendiri. Azmin,
kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa yang sama
menyatakan bahawa Selangor memerlukan pemimpin ‘nasional’ seperti Anwar
untuk kukuhkan kedudukan Pembangkang.
Bagaimanapun, Azmin tidak
pula menjelaskan bagaimana kedudukan Anwar sebagai ADUN dan bukan MB,
boleh membantu mengukuhkan Pembangkang.
Penjelasan Rafizi pula
lebih menarik lagi iaitu kononnya
Anwar bertanding di Kajang adalah
untuk menghalang Barisan Nasional yang bakal menjadi lebih kuat akibat
‘kejatuhan Datuk Sri Najib’ nanti.
Menurut Rafizi, Datuk Sri
Najib akan dijatuhkan oleh satu gerakan yang didalangi oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Setelah kejatuhan itu, isu
perkauman dan agama akan ‘meletup’ dan PKR dan Pembangkang perlu
bersedia untuk menghadapinya. Untuk itu, Anwar diperlukan di DUN Kajang
serta tidak menolak kemungkinan yang Anwar juga akan menerajui Selangor.
Jika teori Azmin mengenai keperluan PRK Kajang mengundang gelak ketawa
rakyat, teori Rafizi pula mengundang rasa loya di tekak orang yang
mendengarnya.
Kenyataan Rafizi hanya memperlihatkan kepada
rakyat akan usaha PR untuk melagakan Mahathir dengan Najib. Kenyataan
Azmin pula memperlihatkan yang beliau sendiri berada dalam keadaan
‘bingung’ dengan apa yang berlaku dalam partinya akhir-akhir ini.
Kedua-dua mereka bagaimanapun, cuba sedaya upaya untuk merasionalkan
keputusan parti walaupun tahu yang ianya tidak masuk akal sama sekali.
Namun, rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka.
Semua orang tahu bahawa keputusan Anwar untuk melakukan kejutan ini
adalah sebagai persediaan untuk menghadapi keputusan rayuan kes liwatnya
di mahkamah. Ini berikutan kegagalan rayuan ke 2 Anwar pada 20 Disember
lalu, untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada
mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes tersebut.
Rayuan
tersebut sepatutnya diperdengarkan pada 28 Januari lepas, tetapi telah
ditangguhkan sehingga 11 Februari atas sebab ketidakhadiran peguam
Anwar, Tommy Thomas. Maka, kerana itulah kejutan mengenai Kajang timbul
dalam rangka masa yang sama.
PRK Kajang merupakan strategi yang
baik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kes liwatnya. Malangnya,
ianya hanyalah bersifat sementara sahaja. Oleh itu, harapan Anwar,
sekiranya beliau menang dan menjadi Menteri Besar maka sebarang
keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya pasti akan mencetuskan isu
besar. Malah, beliau juga akan berpeluang untuk mencipta isu lain di
celah-celah kegilaan itu seperti ‘menjolok’ istana Selangor pula.
Pendek kata, Anwar kini hanya mengharapkan strategi menimbulkan
kekecohan apabila keputusan kes liwatnya semakin hampir dan Selangor
merupakan platform yang paling sesuai untuk itu selain memberinya
capaian kepada dana yang besar.
Anwar kini berada dalam ‘mode’
panik. Anwar yang kita tahu, akan sanggup berbuat apa saja apabila
beliau panik. Beliau pernah lari ke Kedutaan Turki kerana panik tetapi
Anwar tidak boleh lagi lari ke tempat yang sama tanpa mengambil risiko
diketawakan oleh pihak Turki.
Apa yang pasti disini ialah, Anwar enggan masuk penjara lagi...
Justeru itu ada baiknya jika kita bersiap sedia dengan segala
kemungkinan yang akan dilakukan oleh Anwar untuk memastikan dirinya TAK
akan kembali masuk penjara!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan