Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang
‘huru-hara’, kita sering terlupa kepada perkara yang lebih besar iaitu
hala tuju negara, identiti dan pengisian jati diri anak bangsa.
Kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti,
membina imej dan mempromosi diri bagi mencari populariti. Akibatnya,
rakyat menjadi celaru, haru-biru dan buntu.
Dalam kegilaan
politik ini, tidak mustahil kita terlepas pandang bahawa musuh telah pun
mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari. Tidak mustahil juga
mereka telah bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di
hadapan mata sang papparazi. Memerintah negara memerlukan kepimpinan
yang mampu menyusun strategi. Seorang pengatur strategi yang baik pasti
tahu bahawa perkara yang paling utama ialah ‘jangan ekali-kali memandang
rendah akan kemampuan musuh’. Justeru, adalah tidak salah kita berfikir
atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh. Adalah lebih
baik dianggap ‘paranoid’ daripada gagal membaca strategi musuh. Namun,
apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh
kita dan apakah yang membezakan kita dengan mereka. Dari situlah kita boleh mengukur kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Dalam politik Malaysia, BN dan musuhnya PR, sudah tentulah berbeza dari
segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya. Sekiranya kedua-duanya membawa
aspirasi yang sama, apa perlunya mereka bersengketa, bukan begitu? oleh
itu, apakah yang membezakan BN dan PR? Apakah yang menyebabkan BN kekal
memerintah sejak sekian lama? Siapakah yang mengundi BN dan kenapa?
BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh kepada
perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa
Bumiputera. BN eletakkan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai
tonggak utama. Identiti Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang
maju, bebas namun santun beradab, sejajar dengan adat resam Melayu, Asia
dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Malaysia
di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa, apatah lagi kuasa besar
yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata dunia. Malaysia di
bawah BN adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi
terbuka menerima nilai-nilai murni dari mana-mana negara atau tamadun
serta menolak budaya barat yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk
anak bangsa. Pun begitu, Malaysia di bawah BN
bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira asalkan tahu batasnya.
BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan ‘gaya’ di tempat utama
tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti
sebagai tiangnya. PR pada dasarnya adalah
seratus peratus berbeza dari
BN. Parti DAP di dalam PR meletakkan penghapusan Hak Istimewa Melayu
sebagai tonggak utama. DAP juga diketahui menentang Raja-raja Melayu.
DAP secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menghapuskan klausa Islam
sebagai agama rasmi negara. DAP ingin menjadikan Malaysia seperti
Singapura iaitu sebuah Republik tanpa Raja.
PKR pula secara
terbuka mendokong kebebasan total ala barat. Pemimpin PKR tanpa segan
silu duduk bersama-sama pejuang murtad dan LGBT. Malah, pemimpin
tertinggi PKR sendiri menyatakan yang undang-undang Islam yang
mengharamkan homoseksual adalah lapuk. Beliau juga terkenal dengan
pendirian pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama. Selain
itu, pemimpin tertinggi PKR juga merujuk kepada Paul Wolfowitz dan
Al-Gore iaitu dua personaliti yang terlibat secara langsung dalam
penyembelihan umat Islam di negara Arab sebagai ‘sahabat’. Kedua mereka
ini juga telah beberapa kali menghulur bantuan kepada pemimpin tertinggi
PKR itu dalam berbagai cara; antaranya, memberi
beliau pekerjaan
sebagai Pensyarah di Amerika, berkempen menyokongnya di barat, memberi
tekanan kepada kerajaan Malaysia dan berbagai-bagai cara lagi yang sukar
untuk dibayangkan oleh seorang rakyat biasa dari Malaysia.
Parti PAS, sebaliknya, membawa aspirasi yang langsung berbeza dengan DAP
mahupun PKR kerana ia membawa slogan Negara Islam dengan undang-undang
hudud sebagai matlamat utama. PAS berpendekatan ekstrem di mana parti
itu ingin menghapuskan segala bentuk hiburan di dalam negara termasuk
merobohkan kilang arak. Walaubagaimanapun, itu cerita lama. PAS hari ini
sudah terlalu keliru, buntu dan tidak tahu lagi mana hendak dituju.
Pemimpinnya telah tersesat jauh membontoti DAP, sementara penyokongnya
pula termangu-mangu di belakang Anwar Ibrahim. Hari ini, PAS telah
memilih untuk bersama pejuang murtad, LGBT, Kristian dan pastinya turut
menikmati wang Yahudi. PAS sudah tiada pendirian mahupun maruah dan
harga diri kerana semuanya
sudah digadai, terbarai dalam kegilaan untuk merampas kuasa dari BN.
Hakikatnya, kewujudan PAS di dalam PR hanyalah sebagai pembekal
pengundi dan penyokong buta tuli kepada gabungan parti pembangkang itu.
Justeru, apapun pendirian PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada
sesiapa. PAS boleh bertakbir, melalak dan berlakon apa saja, tetapi
parti itu tidak mungkin dapat menentukan hala tuju negara sekiranya PR
mengambil alih pemerintahan. Secara ringkasnya, sekiranya PR menjadi
pemerintah, maka Malaysia akan dibentuk mengikut acuan DAP dan PKR iaitu
menjadi sebuah negara republik yang berpegang
kepada pluralisme agama dan berfahaman liberal yang mana 100% berbeza dari pemerintahan BN.
Pendirian dan gaya pemerintahan inilah yang memastikan BN menang dalam
setiap PRU. Malangnya, BN pada hari ini, tidak lagi sekuat dahulu.
Kedudukan BN menjadi rapuh apabila rakyat mengesyaki yang adanya usaha
untuk mengubah pendirian dan gaya pemerintahan serta cenderung menyamai
PR. Semakin perubahan itu ketara, semakin BN menjadi lemah sehingga
akhirnya mencatat keputusan pilihanraya paling buruk dalam sejarah pada
PRU-13.
Perubahan di dalam BN tidak mungkin berlaku secara
semulajadi. Ia pastinya dibawa oleh pemikiran-pemikiran pro-PR yang
kini, entah bagaimana, berada di dalam BN. Usaha mengubah BN menjadi PR
cukup jelas apabila satu demi satu tuntutan PR dan NGO-NGO yang
didalangi mereka dituruti oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan rakyat
semakin menolak BN. BN dilihat ‘takut’ untuk mengambil tindakan tegas ke
atas pihak penentang kerajaan, penghasut perkauman dan juga pencabar
perlembagaan yang hampir semuanya mempunyai rangkaian terus kepada PR.
Walaupun PR dilihat semakin ‘berkuasa’ di dalam BN, namun parti itu
tidak mampu bertindak lebih jauh melepasi halangan Raja-raja.
Dari
situlah kita perlu mengambil serius akan idea si Hishamuddin Rais bahawa
antara faktor utama Anwar Ibrahim ingin menjadi Menteri Besar Selangor
ialah beliau ingin ‘dekat’ kepada Sultan dan Raja-raja Melayu. Idea
Hishamuddin Rais ini kemudiannya dipetik pula oleh Lim Kit Siang di
dalam blognya melalui tulisan Augustine Anthony. Dengan minat yang
ditunjukkan DAP mengenai Raja-raja secara tiba-tiba, maka kita
sewajarnya memberi perhatian penuh kepada PRK Kajang. Walau betapa
kecilnya kemungkinan yang Anwar mampu memberi kesan kepada Institusi
Raja sekiranya beliau menjadi Menteri Besar, kita tidak harus
mengenepikannya.
Jika ini benar, ia bermakna musuh telah berada
di garisan pertahanan terakhir dan hanya menunggu masa untuk
‘check-mate’. Dengan dana Selangor yang begitu banyak, tiada apa-apa
yang mustahil lagi bagi orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim.
Mungkin ada yang berkata bahawa imaginasi penulis terlalu jauh dan
tidak masuk akal, namun adalah lebih baik bagi kita untuk membaca segala
kemungkinan dan bersedia menghadapinya - kecualilah, jika kita
benar-benar tidak peduli atau sengaja ingin merelakannya.
Sekiranya
kepimpinan BN serius untuk menentang Anwar dan ideologi PKR-DAP maka BN
perlu terlebih dahulu mengembalikan kekuatan parti. Dan satu-satunya
cara untuk mengembalikan kekuatan itu adalah dengan meletakkan Malaysia
kembali di atas paksi asalnya.
Rakyat telah menolak PR kerana
rakyat tidak gemar dan tidak yakin dengan aspirasi parti itu. Oleh itu,
BN tidak perlulah meniru-niru parti yang ditolak kerana akibatnya BN
akan turut ditolak. Ingatlah, golongan liberal, plural, LGBT bukanlah
majoriti. Begitu juga dengan golongan korporat, konglomerat atau
taikun-taikun - mereka bukannya
mewakili majoriti. BN tidak perlu
terikut-ikut cara PR mengambil hati mereka ini. Cara BN sebelum ini
sudah cukup baik dan terbukti membawa hasil yang berpanjangan kepada
golongan korporat, konglomerat dan taikun-taikun tersebut serta seluruh
rakyat dan negara.
Maka yakinlah dengan diri sendiri dan
berdiri megahlah atas paksi yang dibina oleh datuk nenek moyang kita di
dalam UMNO, MCA dan MIC. Tidak perlu diubah apa-apa yang tidak rosak -
hanya perlu perbaiki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan