SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 5 Februari 2014

PRK Kajang Anwar Punya Agenda Tersirat????

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sudah pun bermesyuarat dan menetapkan tarikh 23 Mac 2014 sebagai tarikh pembuangan undi manakala penamaan calon pula pada 11 Mac 2014.Jika di hitung daripada tarikh hari ini semua pihak punya tempoh masa lebih dari sebulan untuk menetapkan calon.


Namun seperti biasa apabila sesuatu itu sudah di rancang sebegitu rapi dan nama calon pengganti pun sudah tersedia sebelum si kambing hitam meletakkan jawatan , ianya sudah hampir pasti punya perancangan atau agenda tertentu yang sebenarnya sudah tersusun.

Segala kemelut yang wujud di antara parti PAS dan DAP yang sebelum ini melahirkan rasa terkejut mereka sebenarnya tidak ubah sekadar polemik politik pembangkang.

Perkara yang perlu rakyat tahu adalah Kajang menjadi mangsa kepada kerakusan politik pembangkang dan ianya amat perlu di korbankan untuk menutup segala kepincangan yang berlaku sebelum ini melibatkan PKR di Selangor.

Isu sebenarnya adalah kemelut dan permasalahan dalaman yang wujud dalam Parti Keadilan Nasional dan bukannya masalah kerajaan negeri Selangor itu sendiri.

Jika kita melihat kembali kepada beberapa perkara yang sebelum ini menghiasi kalendar 2013 sudah cukup untuk menunjukkan betapa Anwar Ibrahim perlu segera menutup lubang yang tersedia sebelum ianya menjadi kawah berapi kepada parti.

Bayangkan sekiranya itu berlaku sudah hampir pasti Anwar adalah orang pertama yang akan menerima kesannya memandangkan beliau kini sebenarnya sudah jauh tertinggal dalam Pakatan rakyat sekalipun.

Jika di bandingkan di antar 3 pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat melibatkan parti PAS ,DAP dan PKR banyak pihak akan melihat Lim Guan Eng lebih berkuasa daripada Anwar Ibrahim sendiri.Hadi Awang pula sejak mulanya gandingan 3 parti dalam Pakatan Rakyat hanya menjadi penghias pentas politik malah tidak salah kiranya label kuda tunggangan di berikan kepada beliau.

Segalanya bermula apabila wujud pergeseran di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali dalam beberapa perkara melibatkan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Antaranya adalah berkenaan dana kepada parti PKR di Selangor yang menimbulkan ketidakpuasan hati Azmin apabila Khalid di lihat lebih mementingkan kerajaan negeri daripada parti sendiri.

Kemudiannya tindakan Azmin sendiri yang menggesa Khalid menggunakan perbendaharaan kerajaan negeri untuk belanja pembangunan dan bukannya mengurus sehingga mengumpul rizab berjumlah hampir RM3 bilion tahun lalu.

Malah pelantikan Khalid sebagai menteri besar bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi oleh PKR Selangor pimpinan Azmin namun oleh kerana PAS dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahukan Khalid kekal, Azmin terpaksa mendiamkan diri.

Selain itu, Azmin juga mengkritik isu kenaikan gaji ADUN Selangor yang termasuk dalam belanja mengurus dan menggesa pelaksanaan kenaikan gaji itu ditangguhkan sambil Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menyebelahi Azmin.

Pergeseran itu berlarutan sehingga Azmin di gugurkan daripada daripada jawatan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ).Paling menarik insiden ini berlaku pada ketika PKR bakal mengadakan pemilihan parti dalam masa tak sampai 2 bulan ini.

Dalam masa yang sama kes penceraian Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak kepada Anwar Ibrahim ini turut meletakkan PKR dalam keadaan terumbang ambing.Sikap Nurul Izzah yang sebelum ini di lihat terlalu lantang mengkritik kepimpinan dalam UMNO dan Barisan Nasional kemudianya memakan diri apabila berita berkenaan tuntutan cerai pasangan itu tersebar.

Selain daripada itu klip video yang menggemparkan seluruh negara pada tahun lalu yang menyerupai Nurul Izzah sedang melakukan seks oral dengan pensyarahnya juga di beritakan sebagai punca kepada tuntutan cerai pasangan terbabit.

Di sebabkan kes dan isu tersebut Nurul Izzah kini menyepi dan barangkali di minta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi meredakan keadaan.

Kemudiannya perbalahan di antara Rafizi Ramli Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat dan Faekah Husin Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor juga menjadikan PKR Selangor sentiasa bergolak.Walaupun kedua-duanya mengaku tidak punya sebarang perselisihan sesama mereka namun angin bertiup kencang mengatakan berlaku perbalahan berkenaan pendidikan percuma di negeri itu termasuk dalam pengagihan RM300 juta melalui Geran Selangorku.

Selain dari itu kegagalan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah air bersih di Selangor juga di lihat antara penyumbang kepada pergolakan yang sebenarnya jauh lebih besar daripada yang di jangkakan.

Dan sudah semestinya perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim melibatkan Mohd Saiful Bukhari pada 11 hingga 13 Februari 2014 ini memerlukan Anwar segera mencari ruang dan peluang untuk mengalih perhatian rakyat supaya melihat beliau seolah-olah di aniaya.

Inilah sebenarnya yang memaksa satu keputusan drastik di buat oleh PKR Selangor.

Bagi menyelamatkan politik PKR khususnya di Selangor maka seseorang perlu segera di korbankan dan kerana itu Adun Kajang di pilih dan sudah tentu Anwar Ibrahim perlu di senaraikan kerana mereka yakin setiap tutur bicara Anwar akan pasti di terima banyak pihak walaupun ada di antaranya tidak bersetuju.

Gerakan turun padang yang di ketuai oleh Azmin berjumpa semua kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat setelah keputusan Anwar di calonkan di DUN Kajang juga sebenarnya adalah usaha bagi menutup mulut semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat.

Perkara paling penting adalah persetujuan atau lakonan untuk bersetuju dengan kedudukan Anwar di kerusi DUN Kajang di buat semata-mata bagi mengaburi mata rakyat kononnya kehadiran Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu bagi menyelamatkan rakyat Selangor.

Walaupun banyak pihak sedar Anwar Ibrahim sebenarnya GAGAL di Permatang Pauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan