SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Februari 2014

Anwar Akan Ubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988????

Photo: Anwar Akan Ubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988????Wawancara Malaysiakini.com dengan bakal Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan sikap jelas bahawa beliau akan mengubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan mendesak enakmen ini dipinda bagi menjaga kepentingan agama selain Islam. Mereka mendesak dikaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia

(a) dalam mana-mana penerbitan; atau

(b) dalam ucapan awam atau kenyataan;

(c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau

(d) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan,

menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Ketika ditanya oleh Malaysiakini.com, bekas Presiden Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) seperti biasa memberi jawapan berdolak dalih dalam isu yang boleh memerangkap beliau.

Namun secara tersirat beliau memberitahu bahawa Enakmen ini akan dipinda.

Secara terselindung beliau memberi analogi berikut:

If Anwar becomes Selangor menteri besar, would he then support a change in the state enactment to bar non-Muslims from using ‘Allah’?

In answer, he related the anecdote of a Permatang Pauh Muslim scholar who had questioned him as to why non-Muslims want to change the enactment.

“I told him, Tuan Guru, if you have a non-Muslim living on Jalan Masjid, then technically he cannot use the term ‘Jalan Masjid’.

“(The scholar) said, ‘He can.’ I said, ‘But this is the law.’ Then he was shocked and his immediate reaction was (that) you have to correct the law, not knowing the implications.

“So I think we have to explain. People say, no, we change the law. But I think give it time, we have to explain. Don’t underestimate or overestimate your influence or power without engaging with the people.”

Terjemahan longgar:

Adakah Anwar maka menyokong perubahan dalam enakmen negeri bagi menghalang orang bukan Islam daripada menggunakan ‘Allah’ jika beliau menjadi Menteri Besar Selangor?

Sebagai jawapan, Anwar menceritakan anekdot seorang ulama Permatang Pauh Islam yang telah bertanya kepadanya tentang mengapa orang bukan Islam mahu mengubah enakmen itu.

“Saya memberitahu beliau, Tuan Guru, jika seorang bukan Islam tinggal di Jalan Masjid, maka secara teknikal dia tidak boleh menggunakan istilah ‘Jalan Masjid’ itu.

“Tuan guru itu berkata, ‘Dia boleh guna nama Jalan Masjid’.”

“Saya (Anwar) berkata, ‘Tetapi ini adalah undang-undang’. Kemudian dia terkejut dan reaksi segera beliau (yang) anda perlu membetulkan undang-undang, tanpa mengetahui implikasinya.”

“Jadi saya fikir kita perlu menjelaskan. Orang kata, tidak, kita menukar undang-undang. Tetapi saya fikir memberikan masa, kita perlu menerangkan. Jangan memandang rendah atau harga yg terlalu tinggi pengaruh atau kuasa anda tanpa melibatkan dengan orang ramai.

Beliau bukan sahaja akan mengubah Enakmen tersebut malah beliau juga mendedahkan bagaimana beliau telah menipu seorang ulama di Permatang Pauh mengenai isu ini.

Amatlah mustahil Anwar Ibrahim tidak memahami Enakmen 1988 ini yang jelas larangan penggunaan perkataan-perkataan tertentu adalah terhadap kegiatan: “untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.”

Apa kena mengena alamat Jalan Masjid tersebut dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988? Jawapannya tidak ada. Bukan Islam bebas mengguna dan menyebutnya asalkan ia bukan dalam konteks penyebaran agama lain seperti menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah atau Gereja kepada Masjid.

Sangat menghairankan sampai begitu sekali Anwar Ibrahim sanggup menipu ulama kampung demi kepentingan politiknya.Wawancara Malaysiakini.com dengan bakal Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan sikap jelas bahawa beliau akan mengubah Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Pakatan mendesak enakmen ini dipinda bagi menjaga kepentingan agama selain Islam. Mereka mendesak dikaji semula sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu.

Seksyen itu menyatakan, seseorang didapati bersalah jika dia

(a) dalam mana-mana penerbitan; atau

(b) dalam ucapan awam atau kenyataan;

(c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau

(d) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan,

menggunakan perkataan “Allah” atau 34 perkataan Arab termasuk Hadith, Syariah, Kalifah, Fatwa, Alhamdulillah, Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Ketika ditanya oleh Malaysiakini.com, bekas Presiden Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) seperti biasa memberi jawapan berdolak dalih dalam isu yang boleh memerangkap beliau.

Namun secara tersirat beliau memberitahu bahawa Enakmen ini akan dipinda.

Secara terselindung beliau memberi analogi berikut:

If Anwar becomes Selangor menteri besar, would he then support a change in the state enactment to bar non-Muslims from using ‘Allah’?

In answer, he related the anecdote of a Permatang Pauh Muslim scholar who had questioned him as to why non-Muslims want to change the enactment.

“I told him, Tuan Guru, if you have a non-Muslim living on Jalan Masjid, then technically he cannot use the term ‘Jalan Masjid’.

“(The scholar) said, ‘He can.’ I said, ‘But this is the law.’ Then he was shocked and his immediate reaction was (that) you have to correct the law, not knowing the implications.

“So I think we have to explain. People say, no, we change the law. But I think give it time, we have to explain. Don’t underestimate or overestimate your influence or power without engaging with the people.”

Terjemahan longgar:

Adakah Anwar maka menyokong perubahan dalam enakmen negeri bagi menghalang orang bukan Islam daripada menggunakan ‘Allah’ jika beliau menjadi Menteri Besar Selangor?

Sebagai jawapan, Anwar menceritakan anekdot seorang ulama Permatang Pauh Islam yang telah bertanya kepadanya tentang mengapa orang bukan Islam mahu mengubah enakmen itu.

“Saya memberitahu beliau, Tuan Guru, jika seorang bukan Islam tinggal di Jalan Masjid, maka secara teknikal dia tidak boleh menggunakan istilah ‘Jalan Masjid’ itu.

“Tuan guru itu berkata, ‘Dia boleh guna nama Jalan Masjid’.”

“Saya (Anwar) berkata, ‘Tetapi ini adalah undang-undang’. Kemudian dia terkejut dan reaksi segera beliau (yang) anda perlu membetulkan undang-undang, tanpa mengetahui implikasinya.”

“Jadi saya fikir kita perlu menjelaskan. Orang kata, tidak, kita menukar undang-undang. Tetapi saya fikir memberikan masa, kita perlu menerangkan. Jangan memandang rendah atau harga yg terlalu tinggi pengaruh atau kuasa anda tanpa melibatkan dengan orang ramai.

Beliau bukan sahaja akan mengubah Enakmen tersebut malah beliau juga mendedahkan bagaimana beliau telah menipu seorang ulama di Permatang Pauh mengenai isu ini.

Amatlah mustahil Anwar Ibrahim tidak memahami Enakmen 1988 ini yang jelas larangan penggunaan perkataan-perkataan tertentu adalah terhadap kegiatan: “untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.”

Apa kena mengena alamat Jalan Masjid tersebut dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988? Jawapannya tidak ada. Bukan Islam bebas mengguna dan menyebutnya asalkan ia bukan dalam konteks penyebaran agama lain seperti menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah atau Gereja kepada Masjid.

Sangat menghairankan sampai begitu sekali Anwar Ibrahim sanggup menipu ulama kampung demi kepentingan politiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan