SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 7 Februari 2014

SPR, Bila Bermulanya Tempoh Berkempen PRK Kajang?”????

Photo: SPR, Bila Bermulanya Tempoh Berkempen PRK Kajang?”????Sekadar bertaraf pemerhati, penulis amat terganggu dengan tindakan PKR yang sudah pun memulakan kempen untuk pilihanraya kecil Kajang sejak beberapa hari yang lalu.

Apa yang lebih membimbangkan, kempen ini telah pun dijalankan sebelum Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting untuk PRK Kajang. Semalam, 5 Februari 2014, SPR mengumumkan bahawa tarikh pengundian umum untuk PRK Kajang adalah pada 23 Mac 2014.

Pada pengetahuan penulis, selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah.   Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Namun, apa yang sedang berlaku di Kajang pada ketika ini sangat kontra dengan apa yang menjadi amalan SPR yang berlandaskan undang-undang pilihanraya.

Anwar hadir di Masjid Kg Batu 10 pada 31 Januari 2014, dan mengatakan bahawa kedatangannya bukanlah untuk berkempen pilihanraya, sebaliknya sekadar ingin berjumpa dengan rakan-rakannya di Kajang.

Pada 3 Februari 2014, dua hari sebelum SPR bermesyuarat, PKR telah mengadakan program Pelancaran Jentera PRK Kajang di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Masyarakat Hulu Langat. Isi kandungan program? Penuh dengan ayat-ayat politik!

Pada 5 Februari 2014, PKR menganjurkan majlis Hi-Tea bersama Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Komuniti DUN Kajang yang juga penuh dengan ayat-ayat politik. Ia diikuti dengan tazkirah politik di Surau Taman Muhibah dan ceramah Perdana di Taman Kajang Baru, Sungai Jelok.

Bukankah ini juga disifatkan sebagai berkempen?

Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim secara terang-terangan memberitahu kepada umum akan perjalanan kempen di laman sosial Facebook miliknya. Dan mengikut maklumat, program kempen ini akan berlangsung sehingga tarikh PRK Kajang iaitu 23 Mac 2014.

Bukankah mengikut undang-undang, waktu berkempen ialah selepas penamaan calon? Dan jika mengikut keputusan mesyuarat SPR, tempoh berkempen hanya akan bermula pada 11 Mac 2014.

Sikap membisu SPR berhubung perkara ini dikhuatiri akan membuatkan penguatkuasaan undang-undang pilihanraya menjadi lemah dan dimanipulasi oleh PKR itu sendiri.

SPR harus bertindak segera, sebagaimana SPR bertindak dengan mengecam Ahmad Maslan baru-baru ini. SPR harus perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya.

Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka ‘tidak bertaring’ dan takut kepada tekanan dari Anwar Ibrahim dan sekutunya.
Sekadar bertaraf pemerhati, penulis amat terganggu dengan tindakan PKR yang sudah pun memulakan kempen untuk pilihanraya kecil Kajang sejak beberapa hari yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan