SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 6 Februari 2014

PKR Susahkan Rakyat Untuk Kepentingan Mereka – PSM???

Rakan Pakatan Rakyat, Parti Sosialis Malaysia kesal sikap berdolak dalik Parti Keadilan Rakyat mengenai Pilihan Raya Kecil Dun Kajang...Apa lagi agenda mereka jika tidak untuk meliampas nafsu dalam mengejar cita cita untuk berkuasa. Terlalu kepingin mereka pada apa yang dinamakan kuasa atau power. kerana dengan power mereka raja dan boleh berbuat apa saja.
Jika dulu tidak pernah berlaku perkara sebegini kerana tiada pihak yang memiliki kuasa selain dari pemerintah sendiri. SEkarang setelah mereka diberi sedikit kuasa setidak2nya di SElangor, mereka rasakan diri bagai raja dan boleh berbuat apa saja disitu.
Yang menjadi santapan enak kita hari ini ialah Datuk Nalla telah keluar dari khemahnya dan merayu untuk dicalunkan di kajang memenentang Anwar. Kita tak rasa ini akan dibuat dengan mudahnya kerana beberapa perkara perlu diambil kira dan dihurmati. Kita ada cara dan peraturan yang perlu diikut. Jika kerusi itu kerusi china , maka MCA seharusnya tetap mendominasi disitu.
Atau jika ikhtiar lain sudah kehabisan Nalla boleh keluar bertanding seiring dengan MCA dibawah payung lain.
W/bagaimana pun kita teruja dengan kesungguhan Nalla yang bekerja bukan untu kuasa tetapi untuk santapan hati dia yang hanya akan puas jika gimmick politik oleh pakar gimmick itu dapat dihentikan serta merta.
sama2 kita tunggu calun mana bakal diletak disitu oleh ke2 pihak menjelang 11 Mac nanti.


http://youtu.be/94d8b80z_sU 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan