SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 6 Mac 2014

Anwar Perjudi Nasib Rakyat Bila Minta Khalid Tangguh Perjanjian Air????


Photo: Anwar Perjudi Nasib Rakyat Bila Minta Khalid Tangguh Perjanjian Air????Tiada siapa dapat menafikan hakikat sejak lebih seminggu lalu rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang yang keseluruhannya berjumlah lebih 7 juta orang sedang berada dalam mood gembira dan kelegaan kerana masalah air yang melanda beberapa kawasan penempatan kini sudah menampakkan cahaya penyelesaiannya.

Mereka lega kerana projek pembinaan Loji Rawatan Langat 2 (Langat 2) yang sebelum ini sekian lama sengaja ditangguhkan kelulusannya oleh PR Selangor sejak 2010 akhirnya akan diberi kebenaran pembinaan dalam tempoh 30 hari selepas Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Pusat dan Selangor ditandatangani tempohari.

Pun begitu belum sempat proses pembinaan lagi loji Langat 2 mendapat kebenaran secara rasmi tiba-tiba sahaja semalam (5 Mac 2014) Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meminta Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan Langat 2 dengan alasan perlunya diambil kira pandangan konsesus para pemimpin PR yang lain.

Rakyat marhaen yang tengah sengsara keperitan tiada bekalan air bersih boleh dia minta tangguh-tangguh lagi. Elok-elok khalayak baru nak merasa lega dia pula sibuk buat perangai tak tentu hala minta ditangguhkan.

Kita tahulah dalam bab tangguh-menangguh sudah menjadi kegemaran luar tabie Anwar dek kerana pengalamannya yang sudah terbiasa merekodkan 69 kali penangguhan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah dalam tempoh lebih kurang tiga tahun dulu. Tapi isu sekarang kita bercakap soal keperitan rakyat dan penyelesaiannya yang tidak boleh lagi ditangguh-tangguh.

Tak cukupkah selama ini sudah lebih 4 tahun projek pembinaan Langat 2 tertangguh dek kerana keegoan dan permainan politik PR sehingga kesan buruknya menimpa rakyat jelata? Sepatutnya Anwar sebagai bos besar belajar berlapang dada dengan membiarkan Khalid memperbetulkan kesilapan lamanya dulu demi kepentingan rakyat.

Nampaknya kesedaran yang dirasai Khalid berhubung peritnya rakyat marhaen menghadapi saat sukar mendapatkan bekalan air tidak dikongsi bersama oleh Anwar dan pimpinan PR yang lain. Kepentingan politik kepartian masih juga jadi keutamaan bagi Anwar dan keldai tunggangannya yang lain.

Terlalu tebal mainan politiking kepartian melampau yang meresap dalam jiwa Anwar sehingga tergamak memperjudikan nasib dan kehidupan sekalian rakyat. Sesuka hatinya mahu menetapkan prioriti tanpa mengambil kira kepentingan khalayak. Baru berangan nak menjadi Menteri Besar sudah tunjuk lagak, kalau jadi Perdana Menteri habis haru-biru rakyat dibuatnya.

Setakat ini perkembangan semasa menunjukkan Khalid masih kekal dengan pendirian menghormati MoU yang ditandatangani dan besar harapan khalayak umum untuk melihat Khalid istiqamah dan tidak tunduk pada tekanan dalaman partinya sendiri yang mahu beliau menangguhkan kelulusan pembinaan loji rawatan Langat 2.

Cukuplah sekali dulu Langat 2 ditangguhkan selama lebih 4 tahun. Jangan sesekali Khalid mengulangi kesilapan lama. Abaikan sahaja mainan politiking raja tangguh seperti Anwar. Ingati semula lafaz sumpah di depan Sultan Selangor untuk mengutamakan rakyat, jangan nanti di penghujung hayat di sumpah seranah pula oleh rakyat.Tiada siapa dapat menafikan hakikat sejak lebih seminggu lalu rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang yang keseluruhannya berjumlah lebih 7 juta orang sedang berada dalam mood gembira dan kelegaan kerana masalah air yang melanda beberapa kawasan penempatan kini sudah menampakkan cahaya penyelesaiannya.

Mereka lega kerana projek pembinaan Loji Rawatan Langat 2 (Langat 2) yang sebelum ini sekian lama sengaja ditangguhkan kelulusannya oleh PR Selangor sejak 2010 akhirnya akan diberi kebenaran pembinaan dalam tempoh 30 hari selepas Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Pusat dan Selangor ditandatangani tempohari.

Pun begitu belum sempat proses pembinaan lagi loji Langat 2 mendapat kebenaran secara rasmi tiba-tiba sahaja semalam (5 Mac 2014) Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meminta Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan Langat 2 dengan alasan perlunya diambil kira pandangan konsesus para pemimpin PR yang lain.

Rakyat marhaen yang tengah sengsara keperitan tiada bekalan air bersih boleh dia minta tangguh-tangguh lagi. Elok-elok khalayak baru nak merasa lega dia pula sibuk buat perangai tak tentu hala minta ditangguhkan.

Kita tahulah dalam bab tangguh-menangguh sudah menjadi kegemaran luar tabie Anwar dek kerana pengalamannya yang sudah terbiasa merekodkan 69 kali penangguhan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah dalam tempoh lebih kurang tiga tahun dulu. Tapi isu sekarang kita bercakap soal keperitan rakyat dan penyelesaiannya yang tidak boleh lagi ditangguh-tangguh.

Tak cukupkah selama ini sudah lebih 4 tahun projek pembinaan Langat 2 tertangguh dek kerana keegoan dan permainan politik PR sehingga kesan buruknya menimpa rakyat jelata? Sepatutnya Anwar sebagai bos besar belajar berlapang dada dengan membiarkan Khalid memperbetulkan kesilapan lamanya dulu demi kepentingan rakyat.

Nampaknya kesedaran yang dirasai Khalid berhubung peritnya rakyat marhaen menghadapi saat sukar mendapatkan bekalan air tidak dikongsi bersama oleh Anwar dan pimpinan PR yang lain. Kepentingan politik kepartian masih juga jadi keutamaan bagi Anwar dan keldai tunggangannya yang lain.

Terlalu tebal mainan politiking kepartian melampau yang meresap dalam jiwa Anwar sehingga tergamak memperjudikan nasib dan kehidupan sekalian rakyat. Sesuka hatinya mahu menetapkan prioriti tanpa mengambil kira kepentingan khalayak. Baru berangan nak menjadi Menteri Besar sudah tunjuk lagak, kalau jadi Perdana Menteri habis haru-biru rakyat dibuatnya.

Setakat ini perkembangan semasa menunjukkan Khalid masih kekal dengan pendirian menghormati MoU yang ditandatangani dan besar harapan khalayak umum untuk melihat Khalid istiqamah dan tidak tunduk pada tekanan dalaman partinya sendiri yang mahu beliau menangguhkan kelulusan pembinaan loji rawatan Langat 2.

Cukuplah sekali dulu Langat 2 ditangguhkan selama lebih 4 tahun. Jangan sesekali Khalid mengulangi kesilapan lama. Abaikan sahaja mainan politiking raja tangguh seperti Anwar. Ingati semula lafaz sumpah di depan Sultan Selangor untuk mengutamakan rakyat, jangan nanti di penghujung hayat di sumpah seranah pula oleh rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan