SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 2 Mei 2014

NAMPAKNYA PENGUNDI MELAYU NAK LARI DARIPADA MULUT HARIMAU, TERMASUK MULUT BUAYA.????

Photo: NAMPAKNYA PENGUNDI MELAYU NAK LARI DARIPADA MULUT HARIMAU, TERMASUK MULUT BUAYA.????Peranan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilihat semakin lari daripada matlamat asal iaitu membantu perkembangan ekonomi bumiputera apabila semakin banyak peniaga kaum lain dan warga asing di premis itu.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS Shah Alam, Amran Yahya berkata, kehadiran golongan tersebut mula ketara selepas pengurusan premis berkenaan diambil alih oleh anak syarikat PKNS, Private Real Estate Company (PREC) pada awal tahun ini.

Menurutnya, keadaan terbaharu itu ternyata meresahkan lebih 200 peniaga Melayu di situ yang khuatir mereka lama-kelamaan tidak mampu lagi bersaing seterusnya terpaksa gulung tikar atau berpindah ke tempat lain.

“Dengan keadaan sekarang, kita bimbang kadar sewa akan dinaikkan berlipat kali ganda seterusnya memudahkan bangsa asing masuk ke sini sehingga peniaga Melayu tidak lagi mampu bersaing.

“Jika perkara sebegini tidak dibendung, kompleks ini akan berubah menjadi pusat beli-belah yang lain, bukan lagi bersifat tradisional dengan peniaga serta pengunjungnya majoriti orang Melayu.

Tinjauan di kompleks berkenaan mendapati, beberapa ruang yang sebelum ini dibiarkan kosong kini sudah diduduki termasuk restoran-restoran besar yang dimiliki oleh bukan Melayu dan warga asing.

Sebelum ini, kawasan terbabit disewakan secara sementara kepada peniaga-peniaga kecil Melayu terutama ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Amran menambah, kadar sewa juga berkemungkinan besar akan dinaikkan berlipat kali ganda apabila perjanjian sewaan baharu diserahkan kepada semua penyewa berkuat kuasa Jun ini.

Beliau memberitahu, pihaknya tiada halangan sekiranya PREC mahu membuat perubahan bagi ‘menghidupkan’ kompleks itu tetapi kemudahan asas sedia ada seperti pendingin hawa dan tandas perlu dibaik pulih terlebih dahulu.

“Kalau mahu naikkan sedikit kadar sewa pun masih tidak mengapa asalkan setimpal dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

“Malangnya, selepas habis waktu pejabat, pendingin hawa dimatikan menyebabkan para pengunjung tidak selesa kerana suhu yang hangat," ujarnya.

Selain itu jelasnya, beliau amat berharap PREC sebagai pengurusan baharu kompleks itu mempunyai sifat bertanggungjawab dan ikhlas mahu membantu peniaga bumiputera.

Amran berkata, beliau tidak mahu pendapatan yang diperoleh hasil menguruskan Kompleks PKNS disalurkan ke tempat lain sehingga menjejaskan sumber rezeki para peniaga di situ.

“Dulu pernah berlaku pihak pengurusan mendakwa mengalami kerugian tetapi apabila kita minta tunjukkan bukti seperti laporan kewangan, mereka tidak mahu beri.
 
Peranan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilihat semakin lari daripada matlamat asal iaitu membantu perkembangan ekonomi bumiputera apabila semakin banyak peniaga kaum lain dan warga asing di premis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan