
Azmin Ali telah mengupah sebilangan samseng dan menyertai SAMM dalam perhimpunan semalam. Mereka telah diarahkan untuk membuat kacau dan mencetuskan provokasi agar berlaku pergaduhan sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Chegu Bard dan Anwar Ibrahim sendiri.
Semuanya bermula apabila beberapa orang pemuda yang turut dikatakan anggota Rejimen Anarki memulakan pergaduhan dan menjadikan wartawan serta wakil media sebagai sasaran. Unit Amal yang turut masuk campur untuk meleraikan pergaduhan, akhirnya menjadi sasaran pemuda-pemuda berbaju hitam itu.
Baju hitam katanya mewakili SAMM dalam perhimpunan tersebut. Dan SAMM pula berdemonstrasi untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan melawan undang-undang di negara ini yagn telah memenjarakan Anwar Ibrahim. SAMM turut disokong oleh beberapa pihak yang mewakili LGBT termasuklah sekumpulan lelaki Cina Gay yang membawa slogan Anti GST, Sokong LGBT yang tertulis dalam tulisan Cina.
Sudah dua minggu gaduh mulut antara Azmin Ali dengan Chegu Bard tercetus ekoran pendedahan oleh Chegu Bard kononnya Azmin Ali main kotor dalam pemilihan PKR di mana Azmin Ali cuba mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR. Turut bersaing untuk merebut jawatan tersebut adalah Saifuddin Nasution dan Khalid Ibrahim.
Dalam 'pergaduhan' antara Azmin Ali dan Chegu Bard, yang paling banyak bercakap dan paling lantang bersuara menggunakan media sosial adalah Chegu Bard. Manakala Azmin Ali pula tidak memberikan sebarang respons, sekaligus cuba memperlihatkan seolah-olah Chegu Bard tidak sepenting mana pun dalam organisasi tersebut.
Dan mengenali Azmin Ali ialah, pemimpin paling kanan dan paling senior dalam PKR itu, lebih banyak bertindak secara diam-diam berbanding bercakap pung-pang-pung-pang. Sudah ramai pemimpin-pemimpin PKR yang akhirnya bertindak keluar parti kerana tindakan senyap Azmin Ali.
Justeru pengakuan daripada ahli SAMM yang dengan jelas menuduh punca pergaduhan tersebut dicetuskan oleh pemuda-pemuda upahan Azmin Ali, besar kemungkinan ada asasnya.
Yang pasti, Azmin Ali yang terkenal dengan kerja-kerja strategiknya,tidak akan membiarkan Chegu Bard bermaharajalela mencercanya. Cara terbaik ialah dengan membuktikan bahawa SAMM yang dipimpin oleh Chegu Bard adalah TELUR BUSUK dalam PKR dan Chegu Bard sendiri merupakan anasir yang membusukkan PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan