SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 2 Mei 2014

TIAN CHUA MAHU RAKYAT TUNJUK KUASA.????

Photo: TIAN CHUA MAHU RAKYAT TUNJUK KUASA.???? Tindakan Pakatan Rakyat menganjurkan demo GST dilihat secara jelas cuba memperkudakan rakyat demi agenda peribadi pemimpin mereka.

Dalam perhimpunan semalam, beberapa pemimpin PKR jelas menghasut rakyat dengan fakta yang salah hanya semata-mata untuk menaikkan kebencian kepada kerajaan.

PKR melalui Naib Presidennya, saudara Tian Chua dilihat paling lantang menyampaikan kenyataan-kenyataan yang berunsur provokasi melampau dan fakta yang salah kepada peserta demo semalam yang berlangsung di sekitar kawasan Dataran Merdeka .

Tian Chua dalam kenyataan di hadapan penyokongnya telah mendakwa bahawa GST yang akan dikenakan oleh kerajaan akan membebankan rakyat. "Rakyat Malaysia sangat kecewa apabila kerajaan ambil langkah membebankan rakyat dengan cukai GST", ujar Tian Chua sambil disambut sorakan oleh penyokong.

Walaupun GST dilihat tidak memberi kesan langsung kepada negara-negara lain yang melaksanakannya, PR dilihat tetap mengunakannya sebagai satu modal untuk meraih sokongan penyokongnya yang kebanyakannya secara jelasnya masih belum memahami konsep GST yang sebenar.

Dalam ucapan Tian Chua itu, beliau juga dilihat cuba menghasut penyokongnya agar bersatu untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang didakwanya melakukan penindasan terhadap rakyat miskin dan turut menyeru agar semua penyokong Pakatan Rakyat bersatu untuk tunjukkan kuasa yang ada di tangan rakyat.

“Kita harus sedar apakah kesannya kepada keadaan ekonomi kita jika cukai GST dilaksanakan. Sebab itu hari ini kita berhimpun untuk tunjuk kuasa rakyat dan bantah pelaksanaan cukai tersebut,” jelas Tian Chua di hadapan ratusan penyokongnya sambil disambut dengan laungan reformasi.

Merujuk kepada demo semalam, sasaran pemimpin Pakatan untuk mengumpulkan 100ribu rakyat untuk berdemo secara jelasnya gagal kerana dianggarkan hanya kira-kira 20ribu peserta sahaja yang hadir dimana 90 peratus dari peserta terdiri dari kalangan kaum Melayu. Hal ini turut disahkan oleh portal terkenal pro pembangkang.-
 
Tindakan Pakatan Rakyat menganjurkan demo GST dilihat secara jelas cuba memperkudakan rakyat demi agenda peribadi pemimpin mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan