SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 20 Mei 2014

AKHIRNYA DYANA SOFYA BERTERUS-TERANG, DIA TIDAK SUKA HUDUD DAN TIDAK AKAN SOKONG HUDUD???

AKHIRNYA DYANA SOFYA BERTERUS-TERANG, DIA TIDAK SUKA HUDUD DAN TIDAK AKAN SOKONG HUDUD???Dyana Sofya membuat kenyataan, TIDAK AKAN MENYOKONG HUDUD dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan daripada masyarakat pengundi Cina, sekaligus cuba menafikan bahawa pencalonannya oleh DAP menjadi petunjuk bahawa DAP sudah mengendurkan tentangan terhadap hudud.

DAP dalam keadaan resah apabila reaksi yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi setia mereka, tidak begitu menggalakkan walaupun pada masa yang sama, cukup yakin pencalonan Dyana Sofya akan menambahkan undi daripada pengundi-pengundi Melayu, khususnya pengundi muda di Teluk Intan.

Walaupun berselindung dengan alasan kononnya DAP tidak menentang Islam dan tidak menentang undang-undang Islam, sebaliknya beranggapan, hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana kepelbagaian kaum, agama dan bahasa, hakikatnya pengertian mudah daripada kenyataan Dyana Sofya ialah, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Mungkin seorang peguam yang kiblatnya adalah DAP, Dyana Sofya barangkali gagal menterjemahkan maksud hukuman hudud yang bersifat mencegah dan merawat berbanding menghukum. Kononnya DAP lebih memandang kepada usaha menegakkan keadilan sistem kehakiman, menghapuskan rasuah, mengurangkan jenayah dan sebagainya yang semuanya bersifat retorik. Kononnya juga, elemen-elemen tersebut jauh lebih besar berbanding hudud. Walhal hudud merupakan penawar kepada 'penyakit-penyakit' berkenaan. '

Kebimbangan tentang nilai hudud sepatutnya tidak timbul. Yang perlu dibimbangkan adalah perlaksanaannya, adakah bersifat menghukum mahupun mendidik. Ini adalah kerana walaupun seseorang itu mungkin 'bebas' daripada hukuman hudud kerana tidak menepati syarat-syarat ketat yang dikehendaki oleh hudud, si pelaku jenayah masih tidak mampu melepaskan diri daripada hukum takzir yang juga merupakan sebahagian daripada undang-undang syariah.

Justeru retorik yang ditunjukkan oleh Dyana Sofya sebenarnya langsung tidak berasas kerana maksud sebenar daripada kata-katanya itu adalah HUDUD TIDAK BOLEH DIJALANKAN DI NEGARA INI KERANA DAP TIDAK SUKA!!!

Dyana Sofya membuat kenyataan, TIDAK AKAN MENYOKONG HUDUD dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan daripada masyarakat pengundi Cina, sekaligus cuba menafikan bahawa pencalonannya oleh DAP menjadi petunjuk bahawa DAP sudah mengendurkan tentangan terhadap hudud.

DAP dalam keadaan resah apabila reaksi yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi setia mereka, tidak begitu menggalakkan walaupun pada masa yang sama, cukup yakin pencalonan Dyana Sofya akan menambahkan undi daripada pengundi-pengundi Melayu, khususnya pengundi muda di Teluk Intan.
Walaupun berselindung dengan alasan kononnya DAP tidak menentang Islam dan tidak menentang undang-undang Islam, sebaliknya beranggapan, hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana kepelbagaian kaum, agama dan bahasa, hakikatnya pengertian mudah daripada kenyataan Dyana Sofya ialah, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Mungkin seorang peguam yang kiblatnya adalah DAP, Dyana Sofya barangkali gagal menterjemahkan maksud hukuman hudud yang bersifat mencegah dan merawat berbanding menghukum. Kononnya DAP lebih memandang kepada usaha menegakkan keadilan sistem kehakiman, menghapuskan rasuah, mengurangkan jenayah dan sebagainya yang semuanya bersifat retorik. Kononnya juga, elemen-elemen tersebut jauh lebih besar berbanding hudud. Walhal hudud merupakan penawar kepada 'penyakit-penyakit' berkenaan. '

Kebimbangan tentang nilai hudud sepatutnya tidak timbul. Yang perlu dibimbangkan adalah perlaksanaannya, adakah bersifat menghukum mahupun mendidik. Ini adalah kerana walaupun seseorang itu mungkin 'bebas' daripada hukuman hudud kerana tidak menepati syarat-syarat ketat yang dikehendaki oleh hudud, si pelaku jenayah masih tidak mampu melepaskan diri daripada hukum takzir yang juga merupakan sebahagian daripada undang-undang syariah.

Justeru retorik yang ditunjukkan oleh Dyana Sofya sebenarnya langsung tidak berasas kerana maksud sebenar daripada kata-katanya itu adalah HUDUD TIDAK BOLEH DIJALANKAN DI NEGARA INI KERANA DAP TIDAK SUKA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan