SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 20 Mei 2014

Khalid selar sikap ahli PKR tak hormat adab berpolitik??

Photo: Khalid selar sikap ahli PKR tak hormat adab berpolitik??Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelar sikap sesetengah ahli parti itu yang tidak menghormati adat serta adab ketika berpolitik.

Menteri Besar Selangor itu yang juga calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti, berkata tujuan berpolitik bukan untuk memburukkan orang lain, sebaliknya untuk berbakti kepada kepentingan ahli parti dan rakyat.“Saya faham politik satu perkara yang membenarkan orang buat kenyataan tidak betul. Bagaimanapun, dalam demokrasi moden, kita mesti hormati antara satu sama lain.
PKR akan mengadakan beberapa tatacara supaya kita menghormati antara satu sama lain, walaupun berpolitik” Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

“Kalau tidak, negara kita tidak akan dipercayai oleh negara lain dari segala kesahihan demokrasi yang kita ada sekarang. Justeru, PKR akan mengadakan beberapa tatacara supaya kita menghormati antara satu sama lain, walaupun berpolitik.

“Ahli PKR di negeri ini perlu menghormati antara satu sama lain bagi mengekalkan kepercayaan terhadap parti mereka,” katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Shah Alam Endure Ride 2014 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan seorang ahli PKR yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pemilihan parti sehingga menimbulkan kekecohan di hadapan ibu pejabat parti itu, Jumaat lalu.

Ahli PKR Cabang Kuala Selangor, Zulkifli Abdullah, ‘menyerang’ Abdul Khalid kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan beliau yang didakwa membayar duit kepada pengundi ketika pemilihan.
Rakaman kekecohan selama dua minit 11 saat turut dimuat naik di laman sosial Youtube, secara jelas memaparkan Zulkifli melepaskan kemarahan kepada Khalid.

Sebelum ini, S Manikavasagam yang mencabar Abdul Khalid sebagai penyandang Ketua PKR Cabang Kuala Selangor, menyerahkan bukti yang didakwanya berkaitan politik wang membabitkan Abdul Khalid kepada pentadbiran parti pada peringkat Pusat.

Dakwaan Manikavasagam itu mendorong Abdul Khalid mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas Ahli Parlimen Kapar itu kerana menuduhnya mengamalkan politik wang pada hari pemilihan cabang.

Manikavasagam turut digantung keahlian kerana mendedahkan kepincangan dalam pemilihan parti kepada media, sekali gus tidak layak bertanding dalam pemilihan parti.
 
Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelar sikap sesetengah ahli parti itu yang tidak menghormati adat serta adab ketika berpolitik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan