SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 20 Mei 2014

Dyana Kata Islam Tidak Sesuai Untuk Negara Pelbagai Kaum dan Agama ! ?

Photo: Dyana Kata Islam Tidak Sesuai Untuk Negara Pelbagai Kaum dan Agama ! ? Pas Masih Nak Sokong ???minah Liberal dari Dap ni tapi bila keluar kenyataan2 yang bagi saya mampu memesongkan pemahaman golongan muda dek terpengaruh dengan auranya, atau lebih teruk lagi memberi kesan negatif kepada akidah mereka yang menerima bulat2 apa yang diperjuangkan beliau, saya terpanggil juga nak komen sepatah dua.
Bagaimanapun, Dyana dalam satu temubual oleh sebuah portal berita baru-baru ini menafikan menentang hukum itu secara sendirinya.

"Saya tidak menentang hudud tetapi saya menentang pelaksanaan hudud pada situasi ketika di mana kita mengamalkan pendakwaan terpilih.. dan juga kerana kita sedang berada di dalam negara pelbagai kaum, agama dan kepercayaan," katanya. 

Standardla orang politik membelit lidah kalau nak menolak Hudud demi menjaga undi, macam2 hujah dan alasan kita dah dengar baik dari Pas maupun Umno. Tapi sekurang2nya alasan2 yang diberikan masih boleh kita terima dan paling tidak pun, baru2 ni kita dengar kedua Umno dan Pas dah boleh nak berpakat mengadakan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu Hudud ini.

Tapi alasan Dyana menolak Hudud kerana keadaan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan kepercayaan HARUS DI TOLAK !

Ia sama dengan berkata yang Islam itu tidak sesuai bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama seperti negara kita !

Apakah Pas menyokong calon yang sebegitu ? Demi kuasa politik ? Demi menjatuhkan Umno ?

Saya petik kata2 dari seorang ulama Pas -

Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia

Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan. Menghindarinya bermakna mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama. 

Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterimasecara universal. 

Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita. Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. 

Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Apakah kerana ulama itu sudah pencen, maka Pas mahu menyokong calon Dap yang berpendirian Islam itu tidak sesuai untuk negara yang pelbagai kaum, agama dan kepercayaan ?
 Pas Masih Nak Sokong minah Liberal dari Dap ni tapi bila keluar kenyataan2 yang bagi saya mampu memesongkan pemahaman golongan muda dek terpengaruh dengan auranya, atau lebih teruk lagi memberi kesan negatif kepada akidah mereka yang menerima bulat2 apa yang diperjuangkan beliau, saya terpanggil juga nak komen sepatah dua.
Bagaimanapun, Dyana dalam satu temubual oleh sebuah portal berita baru-baru ini menafikan menentang hukum itu secara sendirinya.

"Saya tidak menentang hudud tetapi saya menentang pelaksanaan hudud pada situasi ketika di mana kita mengamalkan pendakwaan terpilih.. dan juga kerana kita sedang berada di dalam negara pelbagai kaum, agama dan kepercayaan," katanya.

Standardla orang politik membelit lidah kalau nak menolak Hudud demi menjaga undi, macam2 hujah dan alasan kita dah dengar baik dari Pas maupun Umno. Tapi sekurang2nya alasan2 yang diberikan masih boleh kita terima dan paling tidak pun, baru2 ni kita dengar kedua Umno dan Pas dah boleh nak berpakat mengadakan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu Hudud ini.

Tapi alasan Dyana menolak Hudud kerana keadaan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan kepercayaan HARUS DI TOLAK !

Ia sama dengan berkata yang Islam itu tidak sesuai bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama seperti negara kita !

Apakah Pas menyokong calon yang sebegitu ? Demi kuasa politik ? Demi menjatuhkan Umno ?

Saya petik kata2 dari seorang ulama Pas -

Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia

Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan. Menghindarinya bermakna mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama.

Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterimasecara universal.

Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita. Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia.

Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Apakah kerana ulama itu sudah pencen, maka Pas mahu menyokong calon Dap yang berpendirian Islam itu tidak sesuai untuk negara yang pelbagai kaum, agama dan kepercayaan ?
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan