SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 15 April 2014

Kuat Main Wayangnya....Anwar Mungkin Tarik Diri Tanding Presiden ????

Photo: Kuat Main Wayangnya....Anwar Mungkin Tarik Diri Tanding Presiden ????Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding menentang isterinya dan penyandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pemilihan parti yang akan datang sedang mempertimbangkan semula keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding atau sebaliknya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti di Isnin, penyandang Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Anwar masih berunding dengan pasukan guamannya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dua isu yang mempengaruhi keputusannya adalah dari perspektif politik dan undang-undang.

"Anwar berkata beliau mahu mengambil alih kepimpinan parti tetapi keputusan Mahkamah Rayuan menjadi penghalang kepada dirinya.

"Namun, beliau akan membuat keputusan apabila tiba masanya nanti," kata Saifuddin.

PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) jika Anwar meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan presiden.
Bagaimanapun, tanggapan itu disangkal peguam PKR, Radzlan Jaludin yang mengatakan Anwar masih boleh bertanding berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9 (4) Akta Pertubuhan.

Di bawah Seksyen 9 (4), RoS boleh memberikan pengecualian kepada individu yang dibatalkan kelayakan dengan menyediakan permohonan yang dihantar kepada pertubuhan itu.
Difahamkan Anwar telah menghantar permohonannya tetapi masih menunggu maklum balas daripada RoS.

Ahad lalu (13 April) adalah hari terakhir bagi calon untuk menarik diri daripada bertanding.

Bayaran pendaftaran pencalonan tidak akan dipulangkan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding menentang isterinya dan penyandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pemilihan parti yang akan datang sedang mempertimbangkan semula keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding atau sebaliknya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti di Isnin, penyandang Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Anwar masih berunding dengan pasukan guamannya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dua isu yang mempengaruhi keputusannya adalah dari perspektif politik dan undang-undang.

"Anwar berkata beliau mahu mengambil alih kepimpinan parti tetapi keputusan Mahkamah Rayuan menjadi penghalang kepada dirinya.

"Namun, beliau akan membuat keputusan apabila tiba masanya nanti," kata Saifuddin.

PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) jika Anwar meneruskan hasrat untuk bertanding jawatan presiden.
Bagaimanapun, tanggapan itu disangkal peguam PKR, Radzlan Jaludin yang mengatakan Anwar masih boleh bertanding berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 9 (4) Akta Pertubuhan.

Di bawah Seksyen 9 (4), RoS boleh memberikan pengecualian kepada individu yang dibatalkan kelayakan dengan menyediakan permohonan yang dihantar kepada pertubuhan itu.
Difahamkan Anwar telah menghantar permohonannya tetapi masih menunggu maklum balas daripada RoS.

Ahad lalu (13 April) adalah hari terakhir bagi calon untuk menarik diri daripada bertanding.

Bayaran pendaftaran pencalonan tidak akan dipulangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan