SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 15 April 2014

SANDIWARA LIM KIT SIANG...SEDARLAH????

Photo: SANDIWARA LIM KIT SIANG...SEDARLAH????Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak akan menentang usaha PAS untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat kerana mahu menjaga hati penyokong PAS.

Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan seumpama itu sehari selepas saya membuat kenyataan di facebook dan twitter dengan tajuk, “ PKR dan DAP khianat kepada perjuangan PAS? UMNO menyelamatkan PAS daripada mati lemas”.

Kenyataan ini jelas menunjukan bahawa Lim Kit Siang adalah “political animal” yang akan melakukan apa sahaja demi kelangsungan dinasti Lim terutama sekali di Penang. Ini kerana bekas pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua secara terbuka memberi ingatan keras kepada PAS agar jangan meneruskan hasrat tersebut kerana hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan pembangkang dan menjelaskan DAP akan menggagalkan usaha parti sekutunya itu.

Apa yang diperlukan adalah pendirian DAP bukan pendirian Lim Kit Siang. Jelas Lim Kit Siang mengikut jejak langkah Lee Kuan Yew bilamana menangani isu Melayu.Jika pada persidangan di Dewan Rakyat nanti Lim Kit Siang tidak menentang rang undang undang hudud manakala Wakil Rakyat DAP yang lain menentang rang undang undang tersebut maka jelas Lim Kit Siang hanya mahu menjaga hati para penyokong PAS dan bukan pendirian DAP menyokong hukum hudud.

Ini juga merupakan pemberian “gula-gula” dari Lim Kit Siang kepada para pemimpin PAS dan Wakil Rakyat PAS di Dewan Rakyat kononnya beliau menyokong perjuangan PAS sedangkan tindakan Lim Kit Siang boleh di ibaratkan sebagai "polical envy" disertakan dengan agenda tersembunyi ( Hidden Agenda ) ia ini demi kelangsungan dinasti Lim khususnya di Penang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak akan menentang usaha PAS untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat kerana mahu menjaga hati penyokong PAS.

Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan seumpama itu sehari selepas saya membuat kenyataan di facebook dan twitter dengan tajuk, “ PKR dan DAP khianat kepada perjuangan PAS? UMNO menyelamatkan PAS daripada mati lemas”.

Kenyataan ini jelas menunjukan bahawa Lim Kit Siang adalah “political animal” yang akan melakukan apa sahaja demi kelangsungan dinasti Lim terutama sekali di Penang. Ini kerana bekas pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua secara terbuka memberi ingatan keras kepada PAS agar jangan meneruskan hasrat tersebut kerana hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan pembangkang dan menjelaskan DAP akan menggagalkan usaha parti sekutunya itu.

Apa yang diperlukan adalah pendirian DAP bukan pendirian Lim Kit Siang. Jelas Lim Kit Siang mengikut jejak langkah Lee Kuan Yew bilamana menangani isu Melayu.Jika pada persidangan di Dewan Rakyat nanti Lim Kit Siang tidak menentang rang undang undang hudud manakala Wakil Rakyat DAP yang lain menentang rang undang undang tersebut maka jelas Lim Kit Siang hanya mahu menjaga hati para penyokong PAS dan bukan pendirian DAP menyokong hukum hudud.

Ini juga merupakan pemberian “gula-gula” dari Lim Kit Siang kepada para pemimpin PAS dan Wakil Rakyat PAS di Dewan Rakyat kononnya beliau menyokong perjuangan PAS sedangkan tindakan Lim Kit Siang boleh di ibaratkan sebagai "polical envy" disertakan dengan agenda tersembunyi ( Hidden Agenda ) ia ini demi kelangsungan dinasti Lim khususnya di Penang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan