SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 15 April 2014

ADUN DAP Selangor tidak puas hati usul gaji dan elaun dipotong.????

Photo: ADUN DAP Selangor tidak puas hati usul gaji dan elaun dipotong.????Usul pemotongan sebahagian elaun Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco kerajaan negeri Selangor untuk disalurkan kepada tabung kebajikan membangkitkan rasa tidak puas hati wakil rakyat DAP.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata pemotongan itu sebenarnya tidak perlu dilaksanakan, malah menyifatkan kenaikan gaji dan elaun yang diterima anggota pentadbiran negeri itu adalah hak mereka.

"Kenaikan gaji dan elaun yang itu membabitkan peruntukan RM15,750 hingga RM29,000 bagi anggota pentadbiran negeri dan RM11,250 bagi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) adalah hak mereka.

"Saya tetap berpendirian bahawa elaun ini tidak perlu dipotong kerana ia dibuat bukan atas dasar suka-suka tetapi diluluskan persidangan ini sebelum ini," katanya ketika membahaskan Usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Tambahnya, kenaikan gaji serta elaun yang berkuat kuasa awal tahun ini dilaksanakan berikutan rizab negeri yang tinggi dan rakyat pastinya memahami keadaan itu.

Pendapat sama turut disuarakan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang mempersoalkan pelaksanaan pemotongan itu malah menegaskan kenaikan gaji serta elaun sudah diperkenan Sultan Selangor pada persidangan sebelum ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan usul itu menyatakan gajinya, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco akan dipotong antara RM3,750 hingga RM15,074.85 untuk disalurkan ke Tabung Amanah Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias menyifatkan pelaksanaan pemotongan gaji dan elaun itu dilakukan akibat 'terpaksa' kerana dibayangi gesaan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang meminta Abdul Khalid mengkaji semula kenaikan itu.

"Sebelum buat keputusan untuk naikkan gaji dan elaun, mereka perlu fikirkan kadar yang sesuai tetapi mengapa pada masa itu kerajaan negeri tidak terus salurkan (dana pemotongan) kepada tabung amanah itu?" katanya.

Pada November tahun lalu, persidangan DUN meluluskan kenaikan gaji dan elaun ahli dewan iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 bagi gaji Menteri Besar; EXCO kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat pada 2011.Usul pemotongan sebahagian elaun Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco kerajaan negeri Selangor untuk disalurkan kepada tabung kebajikan membangkitkan rasa tidak puas hati wakil rakyat DAP.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata pemotongan itu sebenarnya tidak perlu dilaksanakan, malah menyifatkan kenaikan gaji dan elaun yang diterima anggota pentadbiran negeri itu adalah hak mereka.

"Kenaikan gaji dan elaun yang itu membabitkan peruntukan RM15,750 hingga RM29,000 bagi anggota pentadbiran negeri dan RM11,250 bagi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) adalah hak mereka.

"Saya tetap berpendirian bahawa elaun ini tidak perlu dipotong kerana ia dibuat bukan atas dasar suka-suka tetapi diluluskan persidangan ini sebelum ini," katanya ketika membahaskan Usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Tambahnya, kenaikan gaji serta elaun yang berkuat kuasa awal tahun ini dilaksanakan berikutan rizab negeri yang tinggi dan rakyat pastinya memahami keadaan itu.

Pendapat sama turut disuarakan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang mempersoalkan pelaksanaan pemotongan itu malah menegaskan kenaikan gaji serta elaun sudah diperkenan Sultan Selangor pada persidangan sebelum ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan usul itu menyatakan gajinya, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco akan dipotong antara RM3,750 hingga RM15,074.85 untuk disalurkan ke Tabung Amanah Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias menyifatkan pelaksanaan pemotongan gaji dan elaun itu dilakukan akibat 'terpaksa' kerana dibayangi gesaan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang meminta Abdul Khalid mengkaji semula kenaikan itu.

"Sebelum buat keputusan untuk naikkan gaji dan elaun, mereka perlu fikirkan kadar yang sesuai tetapi mengapa pada masa itu kerajaan negeri tidak terus salurkan (dana pemotongan) kepada tabung amanah itu?" katanya.

Pada November tahun lalu, persidangan DUN meluluskan kenaikan gaji dan elaun ahli dewan iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 bagi gaji Menteri Besar; EXCO kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat pada 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan