SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 1 Februari 2014

PRK Kajang - Kenali Rupa Seorang MACAI / BALACI??????

Biasa dengar/baca kan orang duk sebut2 perkataan MACAI atau BALACI .... ramai yang layan walaupun tak faham maksud sebenar benda tu. Hinggakan asal namanya penyokong parti lawan atau yang tak sama pendirian, akan terus dilabel sebagai MACAI atau BALACI kepada parti lawan atau pemimpin.

Nak tahu macamana rupa seorang MACAI atau BALACI kepada pemimpin / parti ? Ni ha ...Antara kata2 Aziz yang melayakkan beliau digelar MACAI/BALACI adalah -

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”

“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” - Keadilandaily

Hahahaha ...... ni betul2 ikhlas punya hujah dari sudut undang2 atau hujah seorang Macai - Hujah yang jenis ' asal ada hujah tak kisahlah ia memperbodohkan diri sendiri asalkan tugas dilaksanakan' !

Menghalang sesiapa bertanding dalam Prk ? Bukankah itu akan menafikan hak seorang rakyat dalam sepertimana termaktub dalam Perlembagaan ? Kan lebih senang dan logik jika dikecam pihak yang MEMULAKAN angkara ?

Memanglah tidak salah dari sudut undang2 untuk SENGAJA menyusahkan rakyat melalui pengosongan kerusi kerana alasan peribadi tapi itu harus dilihat sebagai satu kekurangan yang perlu diperbaiki supaya perkara sama tidak diulangi.

“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,”

Kenapa bertanding semasa PRU13 tidak sampai setahun yang lalu kalau merasakan diri itu tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat ? Bagaimana kalau benda ni jadi trend kepada wakil2 rakyat yang lain ...... ikut suka hati mak bapak mereka nak lepaskan kerusi ? ( Tapi saya tidak fikir perkara ini akan berulang lagi dengan rela hati kerana SEMUA wakil rakyat merasakan merekalah yang paling hebat )



Hujah lain berkenaan sumbangan yang bakal Anwar berikan kepada Selangor sekiranya beliau berada dalam DUN nampak sangat dangkal. Apa bezanya berada didalam sebagai wakil rakyat dengan berada di luar sebagai Penasihat Ekonomi atau berada dimana2 tempat lain didunia sekalipun ?

Yang penting adalah IDEA dan NASIHAT yang mampu Anwar berikan dan dalam dunia tanpa sempadan ini, lokasi fizikal Anwar tidak penting.

Kalaupun berada dalam sidang DUN sebagai wakil rakyat, belum tentu idea dan nasihat Anwar akan di dengar .... kan ? Malah, kalau jadi MB sekalipun beliau akan terikat dengan kataputus dan sokongan dewan.... kan ? Melainkan Anwar mahu jadi MB yang tidak pedulikan pandangan orang lain dan main redah jer kerana percaya idea beliau sajalah yang terbaik.

SEMUAnya hanyalah alasan2 untuk menutup niat sebenar Anwar. Hanya yang pendek akal saja akan terima semua alasan2 dangkal begini. Maka digunakanlah MACAI yang ada kedudukan sikit untuk memberi legitimasi kepada alasan2 dangkal itu .....

Dan pengikut2 yang pendek akal pun percaya dan terimalah segala seadanya ........ dan seterusnya, ada pula yang sanggup jadi MACAI tak berbayar yang tolong sebarkan alasan2 dangkal itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan