SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 1 Februari 2014

ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN BERTARAF DUNIA.....Timbalan Presiden PKR?????


Azmin Ali berpandangan penduduk di Malaysia harus bersyukur kerana pemimpin bertaraf dunia seperti Anwar Ibrahim ini sanggup turun untuk bertanding di DUN Kajang. Semua ini bagi merealisasikan cita-citanya untuk menawan Putrajaya seperti mana yang diperkatakan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli. Menurut Azmin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, ketokohan ketua pembangkang itu bukan sahaja dikagumi di Malaysia malah di seantero dunia. Oleh itu, kesanggupan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang merupakan satu 'anugerah' untuk penduduk Kajang. Biarpun Kajang telah terkenal dengan sate Kajang, tetapi kali ini disebabkan Anwar pemimpin bertaraf dunia, Kajang kini semakin disegani dan dikenali di dunia sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan