Heboh ketika ini soal pilihan raya
kecil (PRK) DUN Kajang. Semua sudah maklum punca dan sebab ianya
diadakan.
Walaupun, ada cadangan Barisan Nasional (BN) supaya
tidak bertanding tetapi demokrasi memberikan rakyat khususnya
pengundi-pengundi di kawasan Kajang membuat pilihan menentukan parti
mana harus mewakili suara mereka.
Sebelum ini, sudah sembilan
bulan DUN Kajang diwakili PKR. Kerajaan negeri juga kuat sehingga
berjaya menguasa dua pertiga DUN Selangor.
Sama ada pengundi
Kajang berpuashati dgn keadaan itu selepas sembilan bulan sejak PRU 13
akan dapat BN mengetahuinya dlm PRK ini.
Diharap bekas Adun Kajang tidak dapat imbuhan lebih besar.
BN tentu hendak menguji sokongan rakyat kepadanya walaupun ianya di
negeri seperti Selangor yang kedudukan Pakatan Rakyat (PR) adalah kuat.
Cuma agak pelik mengapa
seorang yang sudah terpilih sebagai ADUN bersedia meletakkan jawatan hanya sembilan bulan.
Apakah yang mendorong En Lee Chin Cheh melepaskan peluang yang
diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat yang sudah mengundinya
sedangkan perkhidmatan kepada rakyat adalah suatu penghormatan dan
diberikan kepada bilangan yang terhad dalam negara kita ini?
Adalah diharapkan En Lee tidak mendapat apa-apa imbuhan untuk
menggantikan kehilangan elaun sbg seorang ADUN yang pada kadar terbaru
boleh melebehi setengah juta ringgit (dan tidak bercukai) sehingga PRU14
– empat tahun dari sekarang.
Bagaimanapun, adalah baik dan
ikhlas sekiranya En Lee meletakkan jawatan kerana beliau merasakan tidak
layak untuk berkhidmat kpd rakyat Kajang.
Tetapi beliau yang
terus berada dlm PKR, menyatakan beliau berkorban untuk parti kononnya
bagi memperkuatkan kerajaan PR di Selangor.
Ini satu hujah yang tidak logik kerana kedudukan PR sebenarnya adalah lebih kuat berbanding selepas PRU 12.
Oleh itu, tentunya tidak dapat dielakkan timbul sangkaan dan andaian
bahawa En Lee, yang meletakkan jawatan untuk Ketua Umum PKR, pastinya
mendapat imbuhan lebih besar daripada segala pulangan yang boleh
diperolehinya jika terus berkhidmat kepada penduduk Kajang.
Anwar mungkin mahu ikut jejak Najib dan Muhyiddin pernah jadi Menteri Besar
Beliau bersedia menukar alamatnya dalam Mykadnya utk membuktikan yang beliau bermaustatin di Selangor.
Pada dasarnya, ini boleh memenuhi syarat baginya bertanding di DUN Kajang.
Bagaimanapun, umum mengetahui Datuk Seri Anwar Ibrahim menetap di
rumahnya di Kuala Lumpur dan mengundi di kawasan parlimennya, Permatang
Pauh.
Jadi sebenarnya, dimanakah tempat pemastautin Anwar
Ibrahim? Adakah alamat di Mykad cukup membuktikan beliau bermaustatin di
Selangor sedangkan diketahui umum yang rumah nya di Kuala Lumpur dan
beliau pengundi di Pulau Pinang.
Semua pemimpin PR tahu apa
sebenarnya berlaku tetapi tidak ada sesiapa yang begitu tegar
memperjuangkan kebenaran akan menegur sesama sahabat satu pakatan
politik. Nampak benar, semuanya dihalalkan dalam mengejar cita-cita.
Sekarang timbul pula pengakuan YB Rafizi Ramli bahawa beliau yang
mengilhamkan strategi Ketua Pembangang bertanding di DUN Kajang, iaitu
mengambil inspirasi daripada Perdana Menteri Turki Erdogan yang
memulakan kerjaya politiknya sebagai Datuk Bandar Istanbul atau Joko
Widodo, Datuk Bandar Solo, yang bakal muncul sbg calon popular Presiden
Republik Indonesia.
Pengakuan Rafizi ini jelas bermaksud bahawa
Ketua Pembangkang Parlimen itu sudah pasti memgambilalih jawatan
Menteri Besar Selangor selepas kemenangan PRK Kajang.
Kalau
sudah begitu, apa salahnya mengaku sahaja supaya pengundi Kajang dan
rakyat tahu keadaan sebenar bukannya apabila disoal mengenai jawatan
Menteri Besar Selangor, Anwar hanya menepis.
Agak pelik mengapa
Anwar Ibrahim perlu bermula sebagai Menteri Besar untuk membuktikan
beliau layak dan mampu menjadi Perdana Menteri.
Erdogan dan
Joko Widodo tidak bernasib baik seperti Anwar kerana kedua-dua mereka
tidak berpeluang menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan negara masing-masing.
Apapun Kajang lebih dekat dengan Putrajaya
Pendek kata, Anwar sudah cukup sedia jadi Perdana Menteri. Hanya yang
diperlukan ialah kemenangan secukupnya dari segi kawasan pengundi Melayu
dan Bumiputera.
Ataupun adakah sebenarnya PKR hendak Anwar
mencontohi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang kedua-duanya pernah menjadi menteri besar bagi negeri
masing-masing?.
Secara kebetulan, mereka berdua memegang tampuk
pentadbiran politik negara hari ini dan menjadi penghalang kepada
cita-cita Anwar Ibrahim ke Putrajaya. Mungkin Rafizi malu nak sebut
kenyataan ini kerana agaknya contoh dari luar negara akan membuktikan
beliau sebagai seorang yang kononnya berpandangan luas.
Mungkin juga Rafizi sebenarnya terlupa contohnya di depan mata tanpa perlu meneropong jauh-jauh.
Strategi PRK Kajang nampaknya membuka luas tembelang PKR di Selangor.
Tidak berapa hari sebelum bermulanya Strategi PRK Kajang, Anwar Ibrahim
mengutarakan cadangan diadakan usaha “National Consensus” sesuai dengan
kedudukan Ketua Pembangkang Parlimen.
Media asing sibuk melaporkan cadangan itu sebagai bukti sikap kenegarawan Anwar Ibrahim.
Sekarang ada pula Strategi PRK Kajang. Kalau lah betul-betul hendakkan
“national consensus” adalah lebih baik tidak diadakan pilihan raya kecil
di Kajang kerana keredaan sengketa politik diperlukan untuk mengujudkan
suasana yang bolih membantu kearah konsensus itu.
Gesaan
kearah “National Consensus” datangnya daripada Anwar Ibrahim dan hasrat
mahu jadi Menteri Besar Selangor ala Erdogan dan Joko Widodo juga
datangnya dari Anwar sendiri.
Kalau kedua-duanya bercanggah,
bagaimana agaknya cita-citanya menuju ke Putrajaya? Apa yg pasti, Kajang
lebih dekat dgn Putrajaya daripada Permatang Pauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan