Takut disaman RM 10 juta, Rafizi Ramli menarik balik
kenyataan di blognya yang konon memfitnah Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Zahid Hamidi berhubung pemilikan saham yang di dakwa ke atasnya
dalam syarikat Bouestead yang mempunyai kontrak dengan Kementerian
Pertahanan dimana Zahid pernah menjadi menterinya dulu....Macamlah dalam
negara ini pernah ada kes dimana Mahkamah memutuskan supaya responden
yang didapati bersalah dalam apa-apa kes saman, membayar jumlah sama
seperti yang dituntut plaintif.
Dulu bukan main heboh lagi Rafizi dengan dakwaan
Semua penyokong Pakatan Rakyat melihat tindakan ini sebagai satu
tinddakan yang benar-benar memalukan Pakatan Rakyat. Geramnya aku
sehingga hampir saja aku bersetuju dengan label yang dibubuh orang UMNO
bahawa Rafizi bukan Ahli Parlimen Pandan tapi ahli Parlimen Pondan!!
Apa yang Rafizi takut sangat? Patutnya biar Mahkamah yang putuskan sama
ada kenyataan itu fitnah atau tidak, bukan Rafizi tarik balik kenyataan
tersebut. Makin besar kepala lah Zahid Hamidi lepas ni sebab dia boleh
buat strategis Pakatan Rakyat macam Rafizi tarik balik kenyataan dalam
blog.
Ini baru satu kes saman, Rafizi ada berderet lagi kes
saman di belakang (paling banyak dari NFC), tidak termasuk satu
pertuduhan jenayah dibawah Akta BAFIA. Kalau dalam satu kes ini pun
sudah tarik 'hand-brake', cuba bayangkan apa kesudahannya dalam kes-kes
Mahkamah lain yang disebutkan di atas.
Jelas kelihatan disitu
bahawa Rafizi tidak punyai kekuatan dalaman yang diperlukan untuk
menjadi pemimpin yang baik, tegas dan berani. Dia mudah takut, gelabah,
tidak seperti mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Masalahnya,
tindakan Rafizi telah menyebabkan semua penyokong Pakatan Rakyat
(termasuk aku sendiri) yang menggunakan maklumat dari blognya itu untuk
menghentam Zahid, kini berada dalam keadaan serba salah kerana pada
bila-bila masa dari sekarang akan dituduh sebagai penipu oleh blogger
UMNO.
Itu belum lagi disebutkan bagaiman kredebiliti Rafizi
sebagai 'scandal buster' tersohor di Malaysia ini akan tercalar akibat
tindakannya menarik balik kenyataan ke atas Zahid ini.
Aku tak
pastilah siapa yang nak percayakan Rafizi lepas ni dan sama ada Pakatan
Rakyat akan terus mempunyai kredebiliti bila membawa ke tengah isu-isu
berkaitan penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin
UMNO kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan