Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 Sept ini bagi
menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi......Beliau berkata gerakan itu membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
“Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada
permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu
lihat pihak majikan memberikan kemudahan perumahan, perubatan dan juga
menjaga kebajikan mereka.
“Ini bagi memastikan Malaysia
dianggap sebagai sebuah negara yang memerlukan pekerja asing tetapi
menjaga kebajikan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis
Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.
Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang
berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata PDRM sentiasa berada dalam keadaan
bersiap siaga jika ada pihak yang mengugut untuk melancarkan perang
terhadap polis berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan
keselamatan itu menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang, Isnin
lepas.
Beliau mengulas khabar angin menyatakan beberapa
kumpulan kongsi gelap akan melancarkan perang terhadap pasukan itu
berikutan tindakan polis memerangi jenayah berat, khususnya yang
melibatkan senjata api.
“Walaupun saya tidak campur tangan
dalam urusan polis kerana saya telah memberikan kuasa sepenuhya (kepada
Polis Diaraja Malaysia) untuk melancarkan gerakan besar-besaran namun
saya ingatkan supaya polis lebih berhati-hati.
“Pada waktu yang
sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah
adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan