Mahkamah Rayuan hari ini
menggariskan beberapa alasan berhubung keputusan pembebasan Cif
Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan
hukuman gantung kerana membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu,
tujuh tahun lalu....Salah seorang ahli panel tiga hakim bersidang, Datuk
Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, kuorum itu sebulat
suara berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam pelbagai
aspek ketika mencapai keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap
kedua-duanya.
Ketika membacakan penghakiman ringkas, Hakim
Tengku Maimun menyatakan, hakim berkenaan antaranya gagal menimbang
pembelaan alibi iaitu berkaitan diari polis yang mencatatkan Azilah
tiada di tempat kejadian, sebaliknya berada di Bukit Aman.
Beliau turut berpendapat, isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya
yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya turut tidak diberi
pertimbangan sewajarnya oleh hakim bicara.
Mahkamah turut
menyatakan pendirian bahawa hakim bicara tersilap arah ketika memutuskan
isu berhubung maklumat yang diterima yang membawa kepada pendedahan
Azilah dan Sirul Azhar berhubung tempat kejadian.
Keputusan
hari ini bagaimanapun hanya menyentuh isu-isu utama yang dibangkitkan
ketika penghujahan yang didengar selama dua hari berturut-turut iaitu
pada 24 dan 25 Jun lalu.
Pada sesi penghujahan, peguam bela ada
membangkitkan isu kemungkinan hakim bicara telah mengakses bahan-bahan
di internet dan mempengaruhinya membuat keputusan tidak memihak terhadap
perayu-perayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan