Tiba-tiba sahaja angin tenggara berhembus kuat membisikkan
cerita yang tidak terjangka sama sekali. Kemenangan pusingan pertama
umat Islam ke atas Gereja Katholik berhubung KALIMAH ALLAH turut
menaikkan nama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat
Isa.....Nasharuddin Mat Isa atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nasha merupakan
antara figur yang memperjuangkan hak umat Islam di negara ini sehingga
akhirnya dia kehilangan jawatan sekalipun tidak diterajang keluar oleh
PAS secara rasmi.
Salah seorang lagi 'rakannya' adalah Hasan
Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor. Bagaimanapun, Hasan Ali dalam
cubaannya yang gagal untuk meletakkan harga tinggi ketika PRU13 lalu,
kurang mendapat perhatian berbanding Nasharuddin Mat Isa.
Menurut orang yang empunya cerita, sudah ada pasukan yang ditugaskan
untuk berbisik kepada Nasharuddin Mat Isa agar melupakan baiah dan
takliq cerai talaq tiga yang menjadi pegangan para pemimpin PAS
memandangkan takliq dan baiah tersebut tidak sah menurut ajaran Islam.
Nasharuddin cuba dipujuk untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO
serta mengambil bahagian dalam perebutan jawatan Naib Presiden di mana
Nasharuddin dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah memandangkan
trend sekarang adalah ORANG AGAMA.
Bagaimanapun, kami di TFK difahamkan, Nasharuddin tidak memberikan sebarang respons berhubung pujukan tersebut.
Nasharuddin masih kekal sebagai ahli PAS biasa sehingga kini.
Bagaimanapun, Nasharuddin Mat Isa mempunyai 'peranan' tersendiri dalam
UMNO dan PAS walaupun dari segi luaran, Nasharuddin Mat Isa masih ahli
PAS.
Ramai yang membuat kesimpulan, Nasharuddin Mat Isa sengaja
dibiarkan lepas bebas oleh PAS untuk berfungsi sebagai 'JAMBATAN'
antara UMNO dan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan