Dalam kita memandang sinis
pemilihan CEC DAP yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa
memerhati keadaan politik UMNO. Rata-rata, keadaan di peringkat
Cawangan dan Bahagian telah pun panas di mana bahang pemilihan mula
terasa. Taktik dan strategi sama ada kotor atau bersih bercampur-baur
dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan
agama, bangsa dan tanahair....Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini
yang membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam
sejarah iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup
matinya atau hilang kekalnya umat Melayu di dunia.
Pada
dasarnya, UMNO telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam
PRU-13 yang lalu. Namun begitu, walaupun telah memberi kemenangan
kepada UMNO, orang-orang Melayu menyimpan semacam keraguan terhadap
parti ini kebelakangan ini. Seimbas membaca blog-blog yang menyokong
UMNO akhir-akhir ini, kita tidak dapat mengelak dari mengesan perasaan
ragu-ragu, yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara
menempelak keras.
Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai
‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan bijak.
Seharusnya, pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO
dalam PRU-12.
Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yang diragui
oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini. Apakah benar ia merupakan
masalah peribadi atau masalah sikap para blogger? Apakah setiap komen
dan setiap rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang
sama degnan blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan
sikap blogger tersebut?
Jika kita memberi sedikit perhatian,
kita akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu
secara dekat pada hari ini ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA
dan juga pengurusan GLC. Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami
apakah yang dikhuatiri oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini.
Secara dasarnya, orang-orang Melayu melihat isu jenayah dan isu
menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini adalah berpunca
dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang dan
orang-orang Cina.
Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan
tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai
kemudahan, telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan
Akta Hasutan yang dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang
seperti Namewee untuk menghina Islam dan Melayu.
Ternyata apa
yang dikhuatiri itu benar-benar berlaku. Begitu juga dengan peningkatan
kadar jenayah yang berlaku sejurus selepas kerajaan tunduk kepada
pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA.
Kerajaan
mungkin menafikan yang penghapusan Akta tersebut merupakan satu
kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk memberi berbagai alasan
untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan. Namun, dukacita
dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan orang-orang
Melayu terhadap UMNO, sekurang-kurangnya setakat hari ini.
Bagaimanapun, setakat hari ini juga, harapan terus diberikan kepada UMNO
kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai Pakatan Rakyat untuk
membela nasib mereka.
Persepsi bahawa kerajaan lebih
mengutamakan pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang
Melayu bimbang terhadap keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam
isu-isu yang berkaitan ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu
melihat pembangkang sebagai pengkhianat negara yang bersekutu dengan
kuasa besar untuk menguasai dunia. Sekiranya kerajaan terlalu tunduk
kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan terperangkap dalam
strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.
Bertitik tolak dari persepsi itu juga, orang-orang Melayu turut bimbang
jika kerajaan membuka peluang kepada orang-orang Cina untuk menguasai
GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan. Ini kerana
orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan
menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan
juga perniagaan.
Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap
perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak
Barisan Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah
diberikan hampir segala-galanya oleh kerajaan.
Berdasarkan
senario ini, mana-mana individu yang ingin bertanding dalam pemilihan
yang akan datang wajib menangani persepsi ini dengan baik. Sikap
sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan mengampu perlu dikawal
kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat bahawa UMNO
telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam menghadapi
pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan
datang. Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu
bertahan selama sepenggal?
Orang-orang Melayu (baca: penyokong
UMNO) ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’ dari segi
minda dan sikap. Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh
asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus
dilakukan dengan cara meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta
mengadaptasinya dalam mengharungi zaman untuk kekal menjadi pemerintah
di negara ini.
Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati ciri-ciri ‘transformasi’ ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan