SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 26 Ogos 2013

Azmin Ali Paling Layak Ganti Wan Azizah Sebagai Presiden PKR????

Angin bertiup kencang ketika ini apabila timbulnya spekulasi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikatakan bakal bertanding untuk merebut jawatan Presiden dan menentang Datuk Seri Dr. Wan Azizah dalam pemilihan awal tahun hadapan......Tidak mustahil spekulasi tersebut akan berlaku memandangkan Azmin sememangnya terkenal dengan sikap suka merebut jawatan selain petah berbicara, yakni gemar memutar-belit kenyataan.

Sebelum PRU13 lagi, rakyat dapat melihat tingkah Azmin yang pandai menyusun strategi bagi membolehkan dirinya dilihat bijak untuk mengelola parti PKR seterusnya meraih undi dari rakyat Malaysia.

Setiap hujah dan fakta yang terkeluar dari mulut Azmin, ada pihak-pihak yang tidak pandai berfikir dan membuat kajian terlebih dahulu akan terus mempercayai serta menyokong teguh perjuangan politik Azmin.

Hinggakan bagi mengekalkan kuasa di Selangor, Azmin terlebih dahulu beraksi di barisan hadapan supaya tidak ada sesiapa pun dapat menidakkan azam juga keinginan beliau untuk menjadi Menteri Besar di mana mengusir Khalid Ibrahim dari terus memegang jawatan tersebut.

Disebabkan azam yang tinggilah, Wan Azizah yang seharusnya lebih berkuasa dari Azmin pun tidak dapat membangkang arahan Azmin yang mahukan Wan Azizah tidak bertanding di Selangor. Sedangkan, itulah keinginan Wan Azizah setelah sekian lama menjadi boneka kepada Azmin dan juga suaminya sendiri, Anwar Ibrahim.

Selepas selesainya PRU13, Azmin terus membidas keputusan Ketua Umum Pembangkang yang tidak bersetuju Khalid Ibrahim diangkat sekali lagi memegang jawatan MB Selangor kerana berpendapat Si Gagap tidak pandai menguruskan dan mentadbir negeri Selangor sepenggal yang lepas. Tetapi, tidak ada sesiapa yang mengendahkan kenyataan keras dari Azmin kecuali Zuraidah atau Mak Lampir.

Kecewa kerana dirinya dipinggirkan, Azmin mengambil sikap berdiam diri dan tidak begitu menonjol memandangkan dirinya seolah-olah telah dimalukan kepada penyokong-penyokong PR hatta Anwar sendiri menolak sepi Azmin selepas pakatan pembangkang berjaya mendapatkan kemenangan di 3 buah negeri, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Situasi yang sama juga berlaku dalam siri penjelahan demonstrasi pembangkang, Blackout 505 apabila Azmin membangkang tindakan yang dibuat oleh ketuanya, Anwar Ibrahim yang bergitu beria-ia tidak mahu menerima keputusan PRU13 yang majoritinya dimenangi oleh BN.

Sudah jelas dan terang dilihat di sini, Azmin semakin berkobar-kobar untuk merebut jawatan tertinggi dalam PKR dan mahu menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang lain. Cuma, setiap pendekatan yang Azmin lakukan sejak sebelum PRU13 menampakkan usaha beliau sia-sia dan tidak menjadikan azam Azmin untuk berjawatan tinggi menjadi kenyataan.

Justeru, dalam isu untuk pemilihan jawatan Presiden bagi menggantikan Wan Azizah yang bakal bersara tahun hadapan, Azmin nampaknya sudah melakukan sedikit kajian dan menukar strategi perjuangannya.

Kalau beberapa bulan lepas Azmin beria-ia dan tegas dalam mengeluarkan pendapatnya, kali ini Azmin menggunakan matlamat yang membolehkan beliau menggenggam jawatan Presiden PKR. Iaitu cara yang lembut dan ‘merendah diri’.

Apabila timbulnya spekulasi yang beliau mahu bertanding merebut jawatan Presiden, Azmin cepat-cepat menepis spekulasi itu dan tidak mahu mengulas panjang.

Selain Azmin menegaskan, kerjanya sekarang adalah memberikan tumpuan lebih untuk memastikan anak-anak muda tertarik kepada PKR dan mengukuhkan kedudukan parti itu untuk tempoh 5 tahun akan datang ini.

Azmin juga mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia nampak menarik dan berjaya merealisasikan matlamatnya, iaitu menarik anak-anak muda menyertai PKR.

Hakikatnya, ini hanyalah propaganda Azmin sahaja supaya keinginan beliau untuk bertanding dan mendapatkan jawatan Presiden PKR akan tercapai.

Ini kerana, melalui renungan semula yang dibuat Azmin, sejak beliau terlalu tegas mengeluarkan kenyataan sebelum PRU13 berlangsung di mana setiap kenyataannya menunjukkan dirinya lebih layak untuk satu-satu jawatan, ramai yang menyangkal kenyataan beliau. Akhirnya, Azmin sendiri yang gigit jari kerana terlepas peluang untuk memegang jawatan yang besar.

Bayangkan, berapa kali kehendak Azmin tidak diendahkan oleh Anwar hatta pemimpin-pemimpin PKR yang lain, Jadi, untuk tidak mahu dirinya terus berasa malu, dalam isu pemilihan jawatan Presiden, Azmin menggunakan matlamat lain seakan-akan sudah tidak berminat merebut jawatan apa sekali pun.

Melalui cara yang tampak jujur di mata penyokong-penyokong PKR, maka, mereka akan menukar sokongan 100% dari tidak bersetuju kepada bersetuju supaya Azmin bertanding tahun hadapan atas dasar yang dibawa oleh Azmin iaitu mahu melakukan penjenamaan semula. Pada anak-anak muda, mereka sentiasa mahukan pembaharuan dalam dunia politik. Dan apabila Azmin memberitahu matlamat kerjanya sekarang adalah membina semula parti, anak-anak muda akan terus percaya sementalah sepanjang Wan Azizah memegang jawatan sebagai Presiden, tidak ada langsung penjenamaan parti semula yang berkesan telah berlaku.

Inilah bentuk ‘komunikasi’ yang diguna pakai oleh Azmin untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku anak-anak muda dan penyokong-penyokong PKR supaya dirinya mendapat manfaat dari isu yang timbul ini.

Jadi, kerana Azmin sememangnya pandai mengatur propaganda selain bijak memutar-belit kenyataan, memang layaklah untuk menggantikan Wan Azizah yang sudah sekian lama ‘tertidur’ di atas takhta parti pembangkang.

Tatkala Azmin sudah berjaya menaiki takhta tersebut, bermulalah episod ketegasan Azmin semula dan mengusir sesiapa pun yang selama ini menganggu azam beliau dari tercapai termasuklah Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan