SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

MANA PERGI SEMUA ULAMA PAS YANG BERJUANG KAN ISLAM DI MANA PAS DALAM ISU KALIMAH ALLAH ..????


Hari ini merupakan prosiding kes rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald Roman Katholic di Mahhkamah Rayuan Putrajaya. Prosiding bermula jam 8.30 pagi tadi.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman sebagai membantah permohonan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di Mahmakah rayuan.Seramai 20 orang wakil gereja dan 120 orang Islam hadir namun hanya 60 sahaja dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
Buat masa sekarang keadaan di luar mahkamah masih tenang. Nasharudin Mat Isa dilihat di perkarangan mahkamah seketika tadi.

Dalam isu kalimah Allah hanya NGO yang pro kerajaan sahaja dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah. Antaranya ialah Arus Baru dan PERKASA. Di mana PAS atau mana-mana NGO Islam yang pro PAS dalam hal ini. Mereka cukup agresif dengan apa yang berlaku di luar negara tetapi nasib “maruah Islam” di dalam negara sendiri tidak diperjuangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan