SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 24 Ogos 2013

Doakan Semoga Kesucian Kalimah Allah Terpelihara???

Saat ini sekitar 300 orang umat Islam sedang berhimpun di ruang legar luar Istana Keadilan Putrajaya bagi menyuarakan sokongan dalam memperahankan kesucian kalimah Allah S.W.T.
Dari yang bertongkat yang sihat, tua dan muda masing-masing bersemangat. Laungan takbir, selawat dan zikir bersilih ganti bagaimana pun semuanya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Mahkamah Rayuan tika ini sedang mendengar hujah balas dari peguam bela Islam selepas peguam bela Kristian selesai berhujah. Dijangkakan sekitar jam 12.30 atau 1.00 tengahari keputusan rasmi akan diperolehi.

Mudah-mudahan keputusannya kelak memihak kepada kita, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan