SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 17 Mei 2014

Manikavasagam : 'Khalid Nak Saman, Saya Tiada Masalah'???

 Calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor S Manikavasagam hari ini dilihat memutar belit kenyataannya sebelum ini dengan menafikan beliau pernah menyebut nama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai individu memberi rasuah sebaliknya pegawai menteri besar yang terlibat dalam rasuah.

Manikavasagam berkata, beliau tiada masalah jika Khalid mahu menyamannya dan mendakwa ketika pengundian sedang berjalan pada Ahad lalu, jentera kerajaan negeri termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin juga berada dalam pusat mengundi.

"Saya tak tuduh Khalid beri rasuah, boleh lihat video saya.

"Khalid nak saman, saya tiada masalah. Kami akan tetap bertanding dan tidak akan berundur. Kami akan memberikan saingan yang sengit," katanya yang tidak berpuas hati dengan Lembaga Displin PKR ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.

Dalam pada itu, Manikavasagam hari ini telah hadir ke pejabat PKR bagi membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bagi mempertimbangkan semula pergantungannya daripada bertanding.

Jelas beliau, hukuman yang diterima itu tidak adil dan meminta JPP menilai semula serta memberi peluang kepada beliau untuk terus bertanding Ketua cabang untuk menentang Khalid Ibrahim.

"Ini demokrasi, jangan gantung dan benarkan saya bertanding.

"Tak perlu takut dengan (kenyataan) media kerana Chegubard dan Khalid pun pergi kepada media," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Lembaga Displin PKR telah menggantung lapan ahli PKR termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mustapha Mohd Talib selepas didapati melanggar tatatertib semasa pemilihan parti.

Mustapha digantung serta merta kerana didakwa membuat ugutan melalui perbualan telefon terhadap pembantu khas penyelaras DUN Bukit Melawati untuk menamatkan khidmat Manikavasagam sebagai penyelaras DUN itu.

Manakala Manikavasagam juga digantung serta merta dari PKR kerana mendakwa Khalid terlibat dalam politik wang dan mendedahkannya kepada media yang disiarkan dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, selain akhbar Utusan Malaysia pada keesokan hari.
 
Kak Yong Shariena's photo.
Kak Yong Shariena's photo.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan