SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 17 Mei 2014

DS Najib meminta Malaysiakini menarik balik artikelnya dalam masa 48 jam...Jika tidak, ia akan disaman....SYABAS DS NAJIB???

Photo: DS Najib meminta Malaysiakini menarik balik artikelnya dalam masa 48 jam...Jika tidak, ia akan disaman....SYABAS DS NAJIB???PRESIDEN UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kini telah memulakan tindakan untuk mengambil tindakan saman ke atas laman web pro-pembangkang Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam krisis politik Terengganu baru-baru ini.

Dalam notis tuntutan yang diserahkan kepada laman web itu semalam, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Umno dan Najib yang juga Perdana Menteri, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Menurut laporan Malaysiakini berhubung tindakan itu, Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?”.

Katanya, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

“Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.

“Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik,” menurut notis itu.

Najib dan Umno menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, menerbitkan penarikan balik artikel itu dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan serupa dalam tempoh 48 jam.

Malaysiakini juga dituntut membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk, termasuk kos dan perbelanjaan.

Jika tiada maklum balas dalam tempoh itu, prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu.

Dalam reaksi segeranya, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, langkah itu dijangkakan selepas akhbar Umno Utusan Malaysia melancarkan serangan kepada pembaca Malaysiakini bulan lalu.

Katanya, Malaysiakini sentiasa menawarkan hak menjawab dan bagi menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu.

“Beliau amat dialu-alukan menjelaskan mengapa beliau fikir pandangan terhadapnya dan Umno adalah salah,” kata Gan (kiri).

Katanya, perdana menteri dan Umno juga patut menyatakan pandangannya untuk disiarkan Malaysiakini daripada mengancam organisasi media dengan prosiding fitnah.

Terengganu sebelum ini dilanda krisis apabila bekas menteri besar dan dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar Umno dan menjadi wakil bebas, sekali gus menyebabkan parti itu hilang penguasaan dan menjadi kerajaan minoriti.

Ia bagaimanapun kembali seperti sedia kala selepas ketiga-tiga mereka menyertai semula Umno tidak lama selepas itu.
PRESIDEN UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kini telah memulakan tindakan untuk mengambil tindakan saman ke atas laman web pro-pembangkang Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam krisis politik Terengganu baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan