SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 11 Mac 2014

PRK Kajang: Perbalahan PR Jadi Kelebihan BN????

KAJANG – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbalahan besar dalam pakatan pembangkang yang cuba disembunyi daripada pengetahuan rakyat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membuat kejutan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Timbalan perdana menteri berkata sehubungan itu kempen BN akan turut menonjolkan kemelut yang dihadapi pembangkang itu.

“Pakatan pembangkang fikir mereka gabungan yang mantap sedangkan jelas berlaku perbalahan besar, sama ada dari segi dasar mahupun antara kepimpinan.

“Jadi ini peluang besar untuk kita laksanakan gerakan lebih ofensif bagi menjelaskan perkara yang dibangkitkan lawan mengenai BN, selain isu yang membelenggu pakatan itu,” katanya kepada pemberita selepas selesai penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi hari ini.

Hadir sama Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan ketua-ketua sayap melibatkan Wanita, Pemuda, dan Puteri Umno.
Photo: PRK Kajang: Perbalahan PR Jadi Kelebihan BN????KAJANG – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbalahan besar dalam pakatan pembangkang yang cuba disembunyi daripada pengetahuan rakyat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membuat kejutan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Timbalan perdana menteri berkata sehubungan itu kempen BN akan turut menonjolkan kemelut yang dihadapi pembangkang itu.

“Pakatan pembangkang fikir mereka gabungan yang mantap sedangkan jelas berlaku perbalahan besar, sama ada dari segi dasar mahupun antara kepimpinan.

“Jadi ini peluang besar untuk kita laksanakan gerakan lebih ofensif bagi menjelaskan perkara yang dibangkitkan lawan mengenai BN, selain isu yang membelenggu pakatan itu,” katanya kepada pemberita selepas selesai penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi hari ini.

Hadir sama Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan ketua-ketua sayap melibatkan Wanita, Pemuda, dan Puteri Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan