Sememangnya ada sesuatu yang sangat pelik tentang kes
MH370. Misteri kehilangannya, pelbagai kaitan dalam misteri tersebut,
drama kepantasan Amerika Syarikat menghulurkan bantuan dan sebagainya, selain KAJANG MOVE, keputusan Mahkamah Rayuan dan cubaan menggulingkan kerajaan.
Dalam kebanyakan hal, yang paling kuat bergendang adalah Anwar Ibrahim. Belum apa-apa lagi, dia sudah memalu gendang lebih awal. Contoh terbaik ialah kes Lahad Datu-Semporna. Beberapa bulan sebelum 1 Mac 2013, Anwar Ibrahim sudah menyanyikan lagu, "Sabah Dah Nak Hilang". Ke sana ke mari dia berceramah, berkempen yang Sabah bakal hilang dari Malaysia dan Barisan Nasional akan menderita kekalahan dalam pilihanraya kerana kehilangan Sabah, memandangkan kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional berada di Sabah.
Namun dalam kes MH370, jangankan melawat dan bertemu dengan ahli keluarga mangsa - benda yang sangat disukai oleh Anwar Ibrahim - bercakap tentang insiden itu juga, terlalu berat dilakukan oleh Anwar.
Orang yang paling banyak tahu, orang yang sangat peka, orang sangat 'pakar' dengan teori konspirasi, tiba-tiba hilang minat, tiba-tiba tidak boleh bercakap, tiba-tiba hilang peka... sesuatu yang amat mustahil dan sesuatu yang sangat janggal.
Siapa sebenarnya yang menghalang Anwar Ibrahim daripada bercakap tentang MH370? Adakah Azmin Ali? Adakah Wan Azizah? Atau sebenarnya ada taukeh besar yang memintanya agar tidak memberikan sebarang ulasan agar mengurangkan skop syak wasangka selepas apa yang berlaku dalam kes Lahad Datu-Semporna yang sehingga ke hari ini, kes tersebut masih tergantung dan Tian Chua pula berjaya menunda-nunda tarikh perbicaraannya.
Sepatutnya petang ini merupakan tempoh rasmi permulaan kempen untuk PRK DUN Kajang. Namun, semenjak sebulan lalu, Anwar Ibrahim sudah aktif berkempen dan berceramah tanpa menghiraukan batasan undang-undang dan peraturan pilihanraya.
Adakah Anwar Ibrahim yang sebelum ini tutup mulut, akan mula buka mulut menerusi kempen rasmi PRK DUN Kajang? Adakah dia akan menjadikan insiden MH370 sebagai pembuktian karomahnya dan menyalahkan Kerajaan UMNO-BN dengan alasan-alasan yang telah dicaknakan oleh para penyokong dan pendokongnya selama beberapa hari ini di media sosial? Adakah Anwar Ibrahim akan bercakap, mengutuk dan mengkritik keengganan Kerajaan Malaysia menggunakan Kapal Selam Scorpene yang kemudian dikaitkannya pula dengan Altantuya Shiiribu, Najib Abdul Razak, rasuah, dan komisyen Perimekar?
Sesungguhnya misteri MH370 tidaklah terlalu misteri berbanding misterinya perangai Anwar Ibrahim yang boleh bertukar-tukar warna kulit bagaikan sesumpah!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan