Puak pembangkang nampaknya cukup tidak
puas hati apabila berita kehilangan pesawat MH370 mengalihkan perhatian
dari Ketua Pembangkang yang telah didapati bersalah Jumaat lepas.
Rata-rata komen mereka di media sosial tidak segan silu memperlekeh
tragedi kehilangan ini sambil mengutuk kerajaan.
Berbagai-bagai teori dikemukakan bagi mengaitkan tragedi tersebut dengan
kes Anwar Ibrahim. Mereka juga merungut kononnya kerajaan lambat
bertindak, lambat mengumumkan perkembangan terkini, sengaja
menyembunyikan fakta dan berbagai-bagai lagi. Mereka mempersoal langkah
mencari dan menyelamat dan aset yang digunakan. Malah mereka mencemuh
keprihatinan para pemimpin kerajaan, terutama Datin Seri Rosmah sebagai
lakonan.
Kesimpulannya, mereka hanya ingin mengutuk kerajaan,
dan langsung tidak prihatin terhadap mangsa MH370 . Mungkin dengan
memaki hamun kerajaan setiap hari memberikan mereka satu kepuasan jiwa
yang tidak terhingga. Oleh itu, segala kemarahan atas keputusan mahkamah
yang mendapati Anwar bersalah dihamburkan sepenuhnya dalam
memperkatakan tragedi MH370.
Anwar sendiri, di dalam blognya
langsung tidak prihatin dengan apa yang terjadi terhadap MH370. Anwar
terlalu sibuk cuba membela diri dan mencari publisiti. Anwar benar-benar
kecewa apabila demonstrasi yang dirancang semalam tidak menjadi mungkin
kerana rakyat terlalu sibuk risaukan MH370. Penafian Anwar yang beliau
tidak pernah meliwat telah ditenggelamkan berita tragedy tersebut.
Lebih malang bagi Anwar apabila dalam usaha Anwar untuk menafikan yang
beliau bersalah, Majlis Peguam pula tiba-tiba mengesahkan bahawa beliau
seorang peliwat. Petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam adalah seperti
berikut:
“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara
lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas
apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang
dewasa.”
Majlis Peguam berhujah bahawa kesalahan di bawah
Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika
liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan. Sedangkan, Anwar
melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.
Jelas, Majlis Peguam cuba memutar-belit undang-undang negara dan cuba menghalalkan liwat.
Anwar selama ini begitu bersungguh-sungguh menafikan beliau meliwat,
dan kononnya tuduhan liwat hanyalah konspirasi dan fitnah UMNO tetapi
kenyataan akhbar Majlis Peguam tersebut secara langsung menolak semua
penafian Anwar sekali gus, diri Anwar sendiri ke dalam gaung.
Sehingga kini, Anwar mahupun peguambelanya masih belum memberi sebarang komen mengenai kenyataan akhbar Majlis Peguam.
Nampaknya, walaupun kehilangan MH370 dianggap oleh penyokong PR sebagai
‘mengganggu’ strategi Anwar untuk membuat kecoh sempena keputusan
rayuan kesnya, tetapi ia telah memberi sedikit kelebihan kepada Anwar
apabila rakyat terlepas pandang akan kenyataan akhbar Majlis Peguam.
#PRAY FOR MH370 #PRAY FOR ANWAR #PRAY FOR MALAYSIA JUSTICE SYSTEM
BalasPadam