SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 11 Mac 2014

Wan Azizah dan skrip lama PKR diputar semula...????

Photo: Wan Azizah dan skrip lama PKR diputar semula...????PKR hanya mengulangi skrip lama apabila meletakkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah bagi menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihanraya kecil DUN Kajang.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, penduduk Kajang akan kerugian besar jika mereka memberi kepercayaan kepada Wan Azizah untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Beliau yang juga bekas rakan karib Anwar memberitahu, tidak mustahil Wan Azizah akan meletakkan jawatan selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, semata-mata bagi memberi laluan kepada suaminya.

"Mereka telah menggunakan muslihat serupa bagi membuka ruang kepada Anwar untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada PRK di kawasan tersebut pada 26 Ogos 2008.

"Saya berharap penduduk Kajang menjadikan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebagai asas pertimbangan untuk menolak Wan Azizah sebagai wakil rakyat mereka," katanya.

Wan Azizah diumumkan sebagai calon PKR bagi PRK DUN Kajang hari ini bagi menggantikan Anwar selepas Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan Jumaat lalu.

Anwar didapati bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Nallakaruppan turut bertekad akan membantu calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berkempen di DUN Kajang.

"Saya akan berusaha habis-habisan bagi memastikan dinasti keluarga Anwar tidak bertapak di Kajang," jelasnya.

Beliau menambah, penduduk Kajang juga sewajarnya memilih Mei Fun bagi membolehkan BN berbakti kepada mereka.

"Wan Azizah boleh menabur pelbagai janji, namun saya tidak yakin beliau mampu melakukan perubahan di Kajang," ujarnya.PKR hanya mengulangi skrip lama apabila meletakkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah bagi menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihanraya kecil DUN Kajang.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, penduduk Kajang akan kerugian besar jika mereka memberi kepercayaan kepada Wan Azizah untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Beliau yang juga bekas rakan karib Anwar memberitahu, tidak mustahil Wan Azizah akan meletakkan jawatan selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, semata-mata bagi memberi laluan kepada suaminya.

"Mereka telah menggunakan muslihat serupa bagi membuka ruang kepada Anwar untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada PRK di kawasan tersebut pada 26 Ogos 2008.

"Saya berharap penduduk Kajang menjadikan apa yang berlaku di Permatang Pauh sebagai asas pertimbangan untuk menolak Wan Azizah sebagai wakil rakyat mereka," katanya.

Wan Azizah diumumkan sebagai calon PKR bagi PRK DUN Kajang hari ini bagi menggantikan Anwar selepas Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan Jumaat lalu.

Anwar didapati bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Nallakaruppan turut bertekad akan membantu calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berkempen di DUN Kajang.

"Saya akan berusaha habis-habisan bagi memastikan dinasti keluarga Anwar tidak bertapak di Kajang," jelasnya.

Beliau menambah, penduduk Kajang juga sewajarnya memilih Mei Fun bagi membolehkan BN berbakti kepada mereka.

"Wan Azizah boleh menabur pelbagai janji, namun saya tidak yakin beliau mampu melakukan perubahan di Kajang," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan