SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 13 Mac 2014

Kes liwat Anwar ~ Hakim tidak boleh buat ceramah pertahan diri - Ketua Hakim Negara????

Photo: Kes liwat Anwar ~ Hakim tidak boleh buat ceramah pertahan diri - Ketua Hakim Negara????Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak pembangkang nak cakap banyak mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu dapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan...sila dengar komen Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

Katanya adalah menjadi ikrarnya untuk memastikan badan kehakiman bebas dan tidak berat sebelah.

Ariffin berkata sejak menjadi Ketua Hakim Negara beliau tidak fikir kebebasan kehakiman telah dilanggar.

Beliau menyatakan demikian pada wartwan selepas merasmikan Persidangan Hakim-hakim Malaysia di Pulau Pinang Khamis ketika diminta mengulas keputusan keatas Anwar yang cuba dipertikaikan oleh pihak pembangkang.

Pembangkang juga mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hukum denda RM4,000 keatas Karpal Singh kerana didakwa buat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak.

Ariffin enggan ulas keputusan berkenaan kerana rayuan akan dibuat oleh Anwar dan Karpal.

Katanya Anwar dan Karpal pernah dibebaskan sebelum ini oleh mahkamah.

"Kenapa mereka kata dibebaskan adil dan bila dihukum tidak adil.Ini tak betul,"katanya.

Menurut Ariffin para hakim terbuka untuk dikritik. Namun mereka tidak dapat mempertahankan diri.

Katanya hakim tidak boleh pergi ceramah dan buat roadshow untuk pertahankan diri mereka.

Ketua Hakim Negara itu kata undang-undang adalah untuk semua orang samada ia dari pihak pembangkang maupun kerajaan.

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ketua umum PKR itu selepas mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lepas.

Mahkamah Tinggi mendenda Pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh RM4,000 atas pertuduhan menghasut terhadap Sultan Perak lima tahun lalu.

Ketika diminta mengulas perhimpunan haram yang dirancang pihak tertentu bagi membantah keputusan mahkamah itu, Arifin berkata ini bukan caranya untuk menyelesaikan isu.

"Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Harap jangan menghukum apa yang akan berlaku di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Proses (mahkamah) dapat didengar semua orang. Semua orang mendapat layanan yang sama di mahkamah," katanya.

Arifin berkata badan kehakiman juga terbuka kepada kritikan tetapi ia perlu adil dan orang ramai perlu menunjukkan kepada mereka apa yang salah.

"Semua prosedur mencukupi bagi memastikan kebebasan dan integriti badan kehakiman tidak terjejas. Badan kehakiman adalah satu badan yang paling lemah.

Sesiapa sahaja boleh menyerang kami, tetapi kami tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Kami hanya boleh mempertahankan diri dalam penghakiman kami. Kami tidak boleh terus menafikan itu dan ini," katanya.
Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak pembangkang nak cakap banyak mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu dapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan...sila dengar komen Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan