SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 13 Mac 2014

"BN Itu Syaitan" : PKR Hina Najib Dan Rosmah...Inilah Kebodohan namanya????

Photo: "BN Itu Syaitan" : PKR Hina Najib Dan Rosmah...Inilah Kebodohan namanya????Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang menghina kepimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada sesi ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi.

Beliau yang bercakap pada ceramah di hadapan kira-kira 100 pengunjung berkata negara mengalami kemerosotan ekonomi kritikal sambil dakwaan Najib membeli ayam dengan arga RM1 seekor tidak masuk akal.

"Itu kangkung sekarang harga sudah turun. Dia (Najib) betul-betul 'Suey' (malang), kita perlu hati-hati kerana dahulu dia kata harga kangkung sudah turun tetapi keesokan harinya harga kangkung naik semula.

"Sekarang dia (Najib) kata kamu (rakyat) jangan mengadu lagi, kamu ada pilihan dengan menukar cara hidup kamu. Saya (Najib) boleh dapat satu ayam dengan harga RM1 sahaja," katanya di ceramah PKR di Taman Mesra, semalam.

Beliau kemudiannya bertindak lebih agresif dengan menghina isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ekoran perbelanjaan bil air tahunan kediaman rasmi Perdana Menteri mencecah RM300,000.

"Bil air rumah Rosmah di Putrajaya bernilai RM300,000 setahun dibelanjakan. Kita lihat cara hidup dia (Rosmah) apabila dia minum Espresso dan kita minum Kopi-O.

"Dia (Rosmah) mandi macam badak dalam rumah, kita air pun tiada (di rumah). Dia pergi membeli belah dengan menaiki jet peribadi dan kita orang Kajang paling kurang beli Proton Saga Aeroback," katanya.

Disamping itu, Lih Kang turut menyelar BN sebagai sebuah parti yang cilaka selepas parti tersebut didakwa beliau parti yang sengaja menaikkan harga barang sekaligus meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

"Semua harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik, semua harga naik.. cilaka betul BN," katanya.

Selain itu, beliau turut menghina BN apabila menyifatkan pemimpin BN sebagai syaitan manakala pemimpin PKR adalah malaikat yang tidak dikenali.

"Saya ikut kata Tun Mahathir apabila pernah berkata bahawa BN yang dikenali syaitan .

"BN yang dikenali sebagai Syaitan manakala PKR adalah malaikat yang tidak dikenali," katakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang menghina kepimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada sesi ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi.

Beliau yang bercakap pada ceramah di hadapan kira-kira 100 pengunjung berkata negara mengalami kemerosotan ekonomi kritikal sambil dakwaan Najib membeli ayam dengan arga RM1 seekor tidak masuk akal.

"Itu kangkung sekarang harga sudah turun. Dia (Najib) betul-betul 'Suey' (malang), kita perlu hati-hati kerana dahulu dia kata harga kangkung sudah turun tetapi keesokan harinya harga kangkung naik semula.

"Sekarang dia (Najib) kata kamu (rakyat) jangan mengadu lagi, kamu ada pilihan dengan menukar cara hidup kamu. Saya (Najib) boleh dapat satu ayam dengan harga RM1 sahaja," katanya di ceramah PKR di Taman Mesra, semalam.

Beliau kemudiannya bertindak lebih agresif dengan menghina isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ekoran perbelanjaan bil air tahunan kediaman rasmi Perdana Menteri mencecah RM300,000.

"Bil air rumah Rosmah di Putrajaya bernilai RM300,000 setahun dibelanjakan. Kita lihat cara hidup dia (Rosmah) apabila dia minum Espresso dan kita minum Kopi-O.

"Dia (Rosmah) mandi macam badak dalam rumah, kita air pun tiada (di rumah). Dia pergi membeli belah dengan menaiki jet peribadi dan kita orang Kajang paling kurang beli Proton Saga Aeroback," katanya.

Disamping itu, Lih Kang turut menyelar BN sebagai sebuah parti yang cilaka selepas parti tersebut didakwa beliau parti yang sengaja menaikkan harga barang sekaligus meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

"Semua harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik, semua harga naik.. cilaka betul BN," katanya.

Selain itu, beliau turut menghina BN apabila menyifatkan pemimpin BN sebagai syaitan manakala pemimpin PKR adalah malaikat yang tidak dikenali.

"Saya ikut kata Tun Mahathir apabila pernah berkata bahawa BN yang dikenali syaitan .

"BN yang dikenali sebagai Syaitan manakala PKR adalah malaikat yang tidak dikenali," katakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan