KUANTAN
Umat Islam terutamanya di negara majmuk mempunyai peranan besar bagi
membetulkan persepsi yang mengaitkan Islam dengan keganasan, ekstremisme
dan pelampau.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sehubungan itu, umat Islam perlu bersatu padu menghadapi cabaran bagi memperbetulkan persepsi salah tersebut.
"Jika perkara itu tidak diendahkan, masyarakat Islam akan berada dalam keadaan lemah, berpecah- belah dan bermusuhan sesama sendiri.

"Kita sebagai umat Islam harus memperbetulkan perkara ini terutamanya
dalam masyarakat majmuk. Kita tidak boleh berpecah dan hanya sibuk
menguruskan hal masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Seminar Pendekatan Wasatiyyah 'Pemacu Peradaban Negara' dan majlis pelancaran Pendekatan Wasatiyyah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin; Pengarah IWM, Mohd. Yusof Din; Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dan Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharuddin Mat Isa.
Sementara itu, kata Adnan, IWM memiliki peranan besar untuk menyedarkan dan menyatukan umat Islam dalam berhadapan dengan ancaman semasa yang tidak pernah putus.
"Justeru, IWM disarankan supaya turun padang sehingga ke kampung dan kawasan pedalaman bagi menerangkan konsep sebenar wasatiyyah atau kesederhanaan kepada segenap anggota masyarakat," ujarnya.
Katanya, konsep wasatiyyah tidak sepatutnya sekadar dicanangkan dalam program-program besar yang diadakan sebulan sekali tetapi perlu disampaikan secara dekat kepada setiap rakyat di negara ini.
"IWM perlu digerakkan secara lebih agresif, tidak semestinya hanya menganjurkan program-program besar, malah perlu pergi ke segenap tempat, lokasi dan kampung-kampung.
"Untuk itu, IWM perlu merekrut lebih ramai cerdik pandai Islam serta menyediakan kursus yang tepat, mampu menyediakan mereka berhadapan dengan anggota masyarakat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan